29 May 2014

Minggu Orientasi Di Kolej Matrikulasi Kelantan ;)

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan dalam post
yang lepas. So hari ni berakhir sudah minggu orientasi yang sebenarnya bagi aku agak longgar jadual dia berbanding yang aku dengar dari senior2. Kitorang sebagai first batch di Kolej Matrikulasi Kelantan takde senior, so fasilitator semua sukarelawan yang datang dari mcm mcm universiti. UiTM, UIA n mcm mcm lahh

Sangat best (gile kau tak best) sebab fasi2 semuanya baik2. Hehe. So here lengkap pasal orientasi di KMKt :)

Day 1- 25Mei 2014



Hehe. Korang mesti fikir apa kena mengena dengan ayam ni ? Haha. Tak ni actually aku otw pegi Selising, aku nampak banyak gila ayam makan something tengah jalan. Bayangkan bas depan aku langgar banyak gila ayam. Mati wehhh. Kesian betul.

matrik kelantan

Haa ni sebenarnya tengah jammed. Banyak gila kereta berbaris nak masuk KMKt. 


Haha. Tu roomate aku Lily, orang Johor. Haha. Time ni tak bercakap sangat dengan dia. Sembang dengan mama dia ja. Haha. Sorang lagi Maya. Dia org selangor. See roomate aku org selatan. Nak jumpa org utara dekat sini susah laa.

Pukul 5 lepas habis rehat dalam bilik, kami semua kena pergi Dewan Ibnu Yunus ambik peralatan barang. Tapi ramai yang tak dapat sebab ramai kan.
Dewan matrik kelantan

Cehhwahh. Ni masa first time usya Dewan Ibnu Yunus. Hehe


Oh yaa, time ni saja je diorang nak check berapa ramai pelajar datang dari setiap negeri. Orang Kelantan yang dapat Matrik Kelantan ramai juga la, tapi bila JDT bangun je, perghhh ramai gila. Selangor pon. Time dia suruh orang Penang bangun tak ramai pon. Aku tak kenal. Seorang ja aku kenal, tu pun budak sekolah aku. Paah.

Day 2- 26Mei 2014

Dewan Ibnu Yunus

Haha, ni first day pagi kuliah subuh :) Nak tau aku bangun pukul berapa ? Haha. Pkul 5.03am. Kelam kabut. Masalahnya budak bilik aku pun baru bangun. Second day aku bangun awal sikit laa. 4.45am. Haha

kafe matrik kelantan

Haaa ni kafe KMKt. Ada dua kafe, tapi perempuan banyak ke kafe ni sebab kafe satu lagi laki yang conquer sebab dekat dengan blok diorang.

kafe matrik kelantan



 Hm, ni time Perasmian Perlantikan Watikah Mentor. Semua kena pakai tudung cream ni. Aku benci gila tudung ni. Aku memang tak suka tudung arini. Aku suka pakai bawal lagi. Tension bila kena pakai tudung ni.

Haha ni time tengah tension. Keh3

matrik kelantan

Haa dekat KMKt yang tak best sebab kawasan dia berbukit bukau. So dari dewan nk g balik bilik atau nak ke kafe memang kena naik tangga je. Time ni nk pegi kafe, berebut nk g awal so panjat bukit la. Haha. Aku pun salu jugak panjat. Hihi


See, semua gambar orang lain ja aku ambik. Asal aku tak selfie ? Haha sebab aku pakai tudung burukk !! Hahaha. Aku benci. Macam makcik2.

bilik tutoran matrik kelantan

Oh yeah, lepas balik bilik mandi tukar baju kitorang semua dah dapat kelas LDK sebenarnya. Aku dapat sains modul II (yelahh sebab aku mana ambik bio dekat sekolah). Dan paling tak best dapat tingkat 2 :( Penat ! Dan kebanyakan budak kelas aku semuanya penah ambik bio dekat sekolah. So diorang memang takdak basic ICT macam aku.


Setiap kelas tutoran ni ada wifi kottt. Haha. Tapi still lambat. Aku kalau lambat aku bukak mobile data ja. Kat blok ni ada line sikit berbanding kawasan lain. Line dalam bilik lagi lah nak sent message pun takleh pegi.

kelas tutoran matrik kelantan

ice breaking

 Oh yaa, ni time ice breaking. Hehe. Kena perkenalkan diri dekat budak ldk kitorang. Aku dah laa tengah melayan wifi time tu, tiba-tiba lecture tu cakap "Saya nak yang belakang sekali perkenalkan diri dulu". Tersentak wehh. Taktau nak cakap apa. 


Balik dari kelas tutoran ada riadah. Sebelum ke matrik aku fikir riadah tu berehat dalam bilik or gi laa buat apa apa yg kita suka. Hahaha. See katil aku berselerak gila. Tak sempat nk kemas apa semua.

senamrobik matrik kelantan

Haaa ini dia riadah. Senamrobik tengah panas macam ni. Actually time tu dalam pukul 5 lebih. Tapi kelantan panas gila. Habis jaa senamrobik ni kitorang duduk ikut susunan. Para fasi nak ambik gambar dari atas. Susunan kami duduk berbentuk 'KMKt' 

Kolej Matrikulasi Kelantan

Cantik wehhh. Haha. Aku dduk depan. Huruf K. Haha.


 Malam tu ada taklimat apa tah bersama felo dan ketua kediaman.

Day 3- 27 Mei 2014


Budak Amar ni takdak kena mengena dalam gambar ni. Haha. Yang ni kami kena buat presentation.



Lepas tu petang ada riadah lagi :( haha. Tapi riadah untuk haritu tak de apapun. Kitorang dibahagikan kepada dua group. Satu group 5ratus lebih pelajar. Setengah gi dengar taklimat tentang KAKOM. Setengah lagi pegi jungle tracking. So aku kena g dengar taklimat. So tak dak apa pun riadah petang tu. Tapi budak jungle tracking cakap penat gilaa panjat bukit dalam hutan.


Haaa malam tu ada Alumni. Ada doktor dan engineer datang masa tu.

Day 4- 28 Mei 2014


Saja jaa ambik gambar pagi tuu. Haha. Sejuk. 24°C.


Pagi tu lepas breakfast. Pukul 8 ada progran Dhuha dan ceramah pasal Israk Mikraj :)


Haaaa ni diaa nak habaq mai. Haha. Petang riadah tu group aku pulak kena g jungle tracking. Panas kann ?



jungle tracking matrik kelantan




Penat gila. Sumpah penat. Kaki rasa lemah gila nak angkat kaki teruskan mendaki.


dewan kuliah matrik kelantan

 Ni pulak malam lepas riadah apa semua perjumpaan dengan ketua kediaman blok C (aku duduk blok C). Diorang ni sebenarnya lecture ye. So malam tu kitorang lantik ketua blok, bendahari, setiausaha dan macam2 lah.

Day 5- 29 Mei 2014


Ni hari terakhir orientasi. Kitorang g lawat makmal kimia.



Ni bilik pensyarah :)



Habis dengan kelas LDK ada raptai majlis penutup orientasi. Sory banyak video aku takleh upload sebab sini line lembab. Ni video masa orientasi Game Siput and yg ni video  Raptai.


Sedih gila time ni. Fasi2 semua dah nak balik. Ramai yang buat persembahan, ucap sorry dekat fasi.


So ni last sekali majlis penutup orientasi. Fasi semua teringin nak ambik gambar dengan kembar. Dekat matrik kelantan ada 5pasangan kembar. Haha. Takpa lah. Takat ni ja aku punya post.

UPDATE

Ramai adik adik yg cari akk dekat fb twitter nak tanya pasal matrik kelantan. So ni jawapannye

Akak, kat matrik memang takde line ke? 

Jawapan: Dulu time batch kitorang baru baru masuk, line memang takde. Sampai nak call semua tak boleh. Masuk bilik takleh buka data. Tapi lama lama tetiba line mcm dah ada. Tapi ada je kawan akk cakap blokB memang sampai sekarang line nak buka data and call kadang kadang tak dapat.

Akak, pemakaian kasut/ tudung macam mana?

Jawapan: Dulu akk sebelum masuk matrik pun asyik tercari kakak senior tanya benda yg sama. Huhu. Dekat web/surat memang tulis kena pakai kasut pvc kulit, tapi akk tk penah beli pun. First day pun dh pakai kasut warna warna. Dia asalkan bertutup. Kalau nk gerak cepat pakai je kasut sneaker. Tapi lelaki sampai habis sem diorang pakai je kasut kulit hitam. Ada laa certain pakai kasut canvas nike semua. Haaa lupa nk kasik tahu, korang pakai laa kasut ape pun tpi make sure spare kasut hitam. Maknanya kena beli PVC tu ke? Eh tkkk. Kasut yg bertutup apa apa je, yg ada reben ke ap ke yg nmpk mcm formal. Sebab ? Korang akn ada kelas dinamika. Nanti jadi mcm kwn akk. Call mak dia sruh hntr kasut hitam sebab tk bwak spare. Koko plak kena pakai kasut sukan. Bukan kasut converse high cut berbagai bagai ye. Kasut sukan. Yg tebal gemuk tu. Hahaha. Habis kelas koko nak balik tukar pun bole. Tudung ? Tudung pakai je apa pun. Nk belit belit shawl cena pun tkpe. Tapi lama lama konfom korang pun dh malas nk belit. Pakai bawal je. Haha

Modul diorang pilih ke kita ?

Jawapan: Modul diorang pilih. Pilih berdasarkan result spm. Tapi ada ja kawan akak biologi dapat B+ tapi dapat modul 2, and ada yg bio C tapi terpilih ke modul 1. Hmm mungkin rezeki ke apa taktau la. Tapi masa minggu orientasi adik boleh mohon nk tukar. Dan batch kitorang 100% semua yg mohon dapat tukar ke modul yg diorang nak.

Akak, bilik berapa orang ?

Jawapan: Bilik ada 4 orang. Dan mostly blok perempuan memang penuh 4 orang kecuali aras 3. Bergantung pada batch korang jgk. Kalau sikit mgkn boleh jadi dua org je utk aras 3. Blok lelaki pun sama. Mostly 3org satu bilik. Nanti lepas minggu orientasi lagi laa. Ramai yg dapat asasi la, SPA so bilik korang akan jadi sikit. Ada je aras akak duduk sorang sebab semua dh pindah.

 Akak nak tengok bilik asrama matrik kelantan ?

 Jawapan :





Semua ni gambar dulu dulu. Katil still susun camni. Sekarang dh ubah. Meja loker katil katil loker meja. Means, katil gabung dua tengah tengah. So kalau guling guling langgar laa roomate korang tu. Haha. Taktau laa kenapa nk kena ubah. Penat sangat harituu. Loker bukan ringan nk angkat. Mungkin sebab ramai buat aduan cakap bilik panas sebab kipas tengah tengah satu je. 

Hmm btw, akk dah tengok senarai nama fasi korang punya. Semua baik baik jangan risau. Diorang tk buli punya :P hehe. Apa apa nak tanya komen je bawah. Nanti akak reply. Or boleh cari kat twitter n facebook :)

Assalamualaikum.


189 comments:

  1. Best la blog awakk!! Tk jemu klau baca hahaah.. teruskan menulis ye:")

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa. Singgah baca sini. hikhik. Happy Study ^^

    ReplyDelete
  3. blogwalking :) waa, bestnyer :)

    ReplyDelete
  4. Singgah sini .Matrik kelantan dekat kok lanas eh ? Dalilah asal penang ke ?
    akak study dekat kelantan jugak , jom lepak lepak sama-sama kalau ada masa .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ahh. Dekat kok lanas. Yep. Asl penang. Hehe. Ohh. Haha. InsyaAllah. Jumpa tegur2 lah kalau kenal. Haha

      Delete
  5. hehehe congrats dpt matrikulasi..good luck!

    ReplyDelete
  6. wah beshnyer..tanhniah yer..good luck..

    ReplyDelete
  7. Salam bestny ..apa2 pun tahniah ye..smoga berjya sehingga fasa seterusny..insyaALLAH :)

    http://ssurianahyana.blogspot.com/

    follower ke-106 kat sini ^_^

    ReplyDelete
  8. Ossom aa... #kmkt hati mesti baik

    ReplyDelete
  9. Saling Follow Blog :D salam dari blogger indonesia ya ^_^

    ReplyDelete
  10. Akak. Nk tnyo. Hostel dia ni bape org ea? Hehee.. Sy tk suka ramai2. Hehee.. Dropped kt blog sy ea kak !

    ReplyDelete
  11. dalam satu bilik ada brape orang yer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anonymous Satu bilik ada 4 org. Tapi bergantung pada batch korang. Batch akk tak ramai, so aras 3 semua dalam 3 org je. Tapi aras lain mmg akan penuhkan 4 laa. Lelaki pun sama. Satu bilik almost 3 org je.

      Delete
  12. Salam kak, pemakaian stokin memang wajib ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm. Itu taktau nak cakap laa. Nak kata tak mcm wajib pulak. Tapi first first jee semua pakai stokin. Masuk sem dua. Ramai je pakai kasut tak pakai stokin.

      Delete
  13. Dia ad kata nanti amik stuff dekat bilik rekreasi, stuff apa ea? And locker guna mangga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dia tulis tu utk hari first sampai sini ekk? Hmm peralatan yg kena ambik tu mcm baju koko, tudung utk orientasi, beg kmkt, lab kot. Dulu batch kitorang amek dekat dewan. Mgkn tak nak jadi mcm kitorang sebab ramai so dia buat kat blok. And lagi satu. Kitorang ada tinggalkan barang barang tak nak pakai mcm kipas, buku rujukan dekat bilik bacaan. Sampai nanti terus cari bilik bacaan dekat ground floor ye. Mcm mcm barang kitorang tinggal. Locker tk guna mangga. Guna kunci. Make sure tk hilangkan. Sebab nanti kena bayar.

      Delete
    2. Ohh okayy. Thanks kak dilahh :D

      Delete
    3. Okayyy sesama. Nanti sampai matrik belajar rerajin k. 😄

      Delete
  14. Salam akak. Saya bakal pljar KMKt 24/5 ni daftar. Heheehe. Mcm mana nk contact akak dgn lbih dekat eh? Wechat/twitter/wassep?

    ReplyDelete
  15. salam akak,sy pn dpt twaran kmkt..mcm sronok je kt sana,smuany nmpk baru..sy nk tny!ade kmudahan pngngkutan x kt sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Wahh tahniah. Welcome to kmkt then. 😊 pengangkutan ? Maknanya nk outing ke ? Ada. Ada bas yg amek student nk pegi KB Mall ke. Kalau nk pegi dekat dekat naik prebet je :)

      Delete
  16. slam,, akak nk tnya, mmg wjib pakai bju kurung ka spnjg kelas??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Yep. Tapi kitorang dekat dekat nak hbis sem ramai je dh stat pakai dress. Ikut laa kalau dik nak pakai jubah pon bole. Tapi tshirt/blouse tk boleh pakai :)

      Delete
  17. slam.. then kalu bab kasut.. mmg wjib paki brtutup ka spnjg kelas?? sndal or slipar mmg xleh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Yep. Mmg kasut bertutup je boleh pakai. Selipar sandal tk bole dik. Tapi kalau ada kelas malam boleh jeee nak pakai apa apa pon

      Delete
  18. Sorry for disturb...I have some questions....Can I wear formal shirt instead of baju kurung?? Then, I saw the t-shirt of co-curiccular of students at kmkt are same...May I know that the shirt is given or needed to buy ourselves??Thank you^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Only chinese and indian are allowed to wear formal shirt like kemeja. The co-curiccular shirt is given and you dont need to buy it. I think it will be given on the first day you register there. :)

      Delete
  19. Salam Kak, jungle trekking tu memang wajib eh? Sbb saya tak pernah ber'jungle trekking' hihi. Btw, baju yang diberi tu ada saiz besar tak n tuding yang labuh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Dalam jadual orientasi korang ada jugak junggle trekking ek ? Nanti sebelum naik bukit, lecture koko akn tny ada yg sakit tak. Kalau tak nak pegi bagi sebab sakit apa. Jaga jaga ada pacat ye. Hahaha. Baju boleh mintak nk saiz besar, and tudung pon. Kalau nk labuh cakap je kat fasi :)

      Delete
  20. Salam akak. Nk tnya. Suasana study kt sana ok tak? Bnyak saingan tak. Thank you! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Semua okay. Sekarang libry pun dh cantik. Banyak sofa. Hehe. Saingan ? Biasa lah ramai budak budak datang dgn spm staright A, 7, 8 A. Budak mrsm, sbp. Tapi result spm tak menjamin apa apa pun. As long as adik rajin, nk berjaya insyaAllah boleh. Kawan akk 1A spm pun boleh kalahkan budak 8,9 A :)

      Delete
  21. Ohh. Thanks a lot. Lecture sana baik2 je kn? Hehe. Bnyk tnya la pulak. Risau sgt klau tak boleh nk catch up study. Ramai kwn2 ckp yg bljr kt mtrik ni ssah. Grrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Takpe tanya je. Tk kesah pun. Yep. Semua baik baik je. Nanti pegi sana jangn panggil diorang 'cikgu' plak. Haha. Pgl madam/sir kay ? Hehe. Matrik tak susah cuma laju. Seminggu hbs satu bab. So tak leh stdy last minit. :)

      Delete
  22. Salam sis, bilik air share berapa orang ye? Kebiasaanya bangun pukul berapa kalau tak nak berebut mandi? Sorry banyak tanya pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tak silap akk ada 6,7 bilik shower kot. Share satu wing. Satu wing blok ada 12 bilik rasanya. Akk aras 3 so tak ramai. Satu bilik 3 org je. Hmm minggu orientasi mmg tak boleh nk elak dari beratur sebab nak mandi. Tapi kalau hari kelas biasa tk berebut sangat pun. Kalau full pun tggu kejap dah bole mandi. Kalau tak nak kena tggu bangun laa awal awal pukul 6. Tak pun bangun lewat pkul 7. Time tu tk de org. Hehe. Ala. Kelas stat pukul 8, akk salu je mandi pukul 7 lebih.

      Delete
  23. Salam kak. Skrang akak smbung bljar kat mne? Curious ni nk thu. N lgi satu. Skrng sy dpt dua twrn kak. Diploma sains n matrik ni. So,skrng tgh terawang2 lagi nk plih mne yg terbaik. Mse study sana akak bljr dlm bhs ingrris ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Akk baru hbs matrik dik. Baru seminggu duk rest rest kat rumah. Nanti baru keluar result UPU. Taktau lagi sambung mana. Hm ikut adik laa. Kalau rasa adik kuat semangat and sanggup sacrifice utk dpt yg nak pegi je matrik. Yepp. Semua in english kecuali budak akaun. :)

      Delete
  24. As Salam kak.. 24/5/15 ni sy pegi mendftar kat kmkt..thnks,,smua kakak share sgt berguna..doakan sy cemrlang n enjoy kat kmkt yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sama sama. InsyaAllah. Enjoy pun enjoy jugak, stdy nanti jgn lupa ye. Hehe. Hope batch korang lagi baik dr kitorang. :)

      Delete
  25. Hello akak. Saya nak tanya kat surat tawaran ke kmkt tu ada tertulis pelajar kena beli baju berkolar lengan panjang. Perlu ke baju tu? Kalau memang perlu, kita pakai untuk apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yeke ? Batch akak tak de pulak. Baju tu kaler apa? Apa apa je ? Hmm. Tak pasti laa dik. Mungkin baju smart casual kot. Sebab kalau ada perjumpaan apa apa, kena pakai pakaian smart casual. Means baju apa apa je, kitorang pakai baju tshirt lengan panjg biasa je. Dan kalau outing pun pakai smart casual. Alah, kalau dik perempuan tak berkolar pun bukn org tau, pakai tudung kan. Lelaki mmg kalau nk outing pakai baju berkolar. Hm. Hope membantu. :)

      Delete
    2. Hello akak. Thanks for replying :D sorry kak saya ni bukan melayu so x jadi pakai tudung. And saya ni perempuan :) Baju tuh mereka kata warna putih. Kalau x lengan panjang boleh tak untuk perjumpaan? Baju macam blouse boleh dipakai atau tidak? saya imagine baju lengan panjang berkolar tu untuk aktiviti sukan atau aktiviti lasak lain (yang kapas lembut tu) tapi baju sukan mereka berikan kepada pelajar kan? Baju yang kak kata tu dipakai semasa aktiviti formal kan?

      Delete
    3. Ohh. Non muslim ke. Alamak tak perasan plak. Rasanya non nuslim kalau perjumpaan pakai je blouse ke apa. Tak kisah. Lengan pendek pun boleh. Dekat surat memang suruh beli baju lengan panjang semua, tapi kalau kat matrik ramai ja yg pakai macam macam. Tapi spare ja baju lengan panjang. Kalau bukan warna putih pun takpaa. Sebab nanti study week nak pergi libry, nak pergi cubical tanya soalan dekat lecturer tak kan nak pakai baju lengan pendek plak kan.
      Yep baju sukan mereka bagi.
      Yep. Baju smart casual tuu untuk perjumpaan mcm formal jugak laa. Macam kalau ada artis jemputan ke, penceramah luar nanti pengumuman suruh pakai baju smart casual. Tapi mcm akak cakap smart casual tu pakai je baju apa apa.

      Delete
    4. Okays kak ������ thank you so much. Akak sorry saya nak tanya lagi,,, boleh x kita pakai jeans? Jeans macam bukan smart casual. Kalau adik ada soalan lagi,,, saya akan tanya kak... ☺☺☺ blog kak memang banyak membantu,,, bnyk cerita pasal matriks ������

      Delete
    5. Jeans tk dibenarkan dekat matrik. Slack je. Kalau nk outing ke apa mmg pakai slack hitam tu. Tapi akk perasan ada ja pakai slack hitam yg fit kaki tu cuma jeans mmg tk boleh. Hahaha okayy. Tanya jaa tk kesah.

      Delete
    6. Okaysss thank you kak :D

      Delete
  26. assalamualaikum akk..maaf ganggu...sy pun dpt tawaran ke kmkt..sy nk tnya ni..laptop kena guna tak kat matrik??sy xtahu sama ada nak bwk ke tak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Guna tapi tk selalu sgt. Akk tk penah bawak laptop pun, guna yg libry punya je. Sebab kalau nk guna pun utk english n dinamika je. Kalau rasa berani jaga bawak laa. Tapi banyak yg bawak laptop ni salu tgk movie je. Huhu

      Delete
  27. salam.. sory ganggu lagi skali.. just nk tnya ..saya lupa nk uploade gmbar for kad martrik wktu isi online.. sbb wktu tu saya kalut isi untuk pmbyaran yuran.. bila saya tekan dftar.. dah x boleh nk isi balik for gmbr tu.. so.. boleh x nnti hari pendaftaran saya bwk ssoft copy gmbar tu?? ke mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tak pasti. Sbb akk dulu kalau tk upload tak boleh tekan daftar. Dia sruh upload jgk. Hm, takpe bawak je softcopy. Masa batch akk disebabkan ada pelajar kmkt ni 'pandai' sgt diorang upload gmbr selfie la apa. So kitorang masa minggu orientasi, fasi ambik gambar lain utk kad matrik punya. Tak guna pun gmbar yg di upload. Takpe dik jgn risau laa k.

      Delete
  28. Assalamualaikum akak.. tmpg tnya ye.. sluar jeans mmg takdbenarkan ye?? Dan yg kedua.. wkt p kuliah wjib pkai kasut htam brtutup ke? Kalau kaler lain takbleyh ea?? Dan yg ketiga.. bju kalau takberkolar takpe an??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Jeans tak boleh pakai. Tak. Pakai je kasut warna apa pun tapi bertutup. Tak kesah ttup full or ttup depan je. Kalau dik pmpn yg bertudung tak payah berkolar. Kalau tak pakai tdung kena berkolar :)

      Delete
  29. Kak nk tnye klu nk blik tingkt bwh kne mari awl k dia dh tetapkn

    ReplyDelete
  30. Dia tk tetapkan. sebab kalau tgk kolej lain daftar online terus dekat situ bg no bilik ngn blok. Tapi kmkt smpai sana print baru dapat tau bilik ngn blokHmm. Sebenarnya akk pun tak pasti. Tapi ramai cakap sbb dftar sana awal dpat bilik bawah. Akk pukul 9 dah sampai area kok lanas tapi kereta berbaris nak masuk kmkt tu yg lama nak tunggu. Sungguh pnjg. Better mai awai nahh. Hehe. Tapi dduk aras atas best sebab sejuk. Tapi penat laa jgk tiap tiap hari nk pnjat. Kalau dduk aras bawah yg tak best nyaa budak budak aras yg sidai baju tak perah betul betul. So baju korang nnt tk kering kering pastu bau dh jadi lain. Huhu

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum sis..kasut tu..kalau tak pvc / kulit boleh.??
    contoh kasut kain..
    kalau bercorak sikit takpe ke??huhu

    ReplyDelete
  32. Wslm. Yep bole. Pakai je lahh apa apaa pun. Aslkn bertutup. Tapi spare kasut hitam tau. :)

    ReplyDelete
  33. ha yela kasut hitam tu la .. tp bukan kulit bukan pvc..heeee :)
    okay thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kasut hitam untuk dinamika ? Pakai je kasut jenis apa pun, aslkan nampk mcm formal.

      Delete
  34. As Salam. akak, minggu orientasi tu memang pakai baju kurung biasa ke? tak perlu pakai baju yang spesifik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut laa apa yg diorang nak suruh pakai. Kalau dah fasi cakap petang ni pakai baju koko, ikut je laa. Kalau dia kata malam ni perjumpaan pakai smart casula pakai jala. Baju kurung pakai bila majlis perasmian je.

      Delete
  35. salam akak? kat mtrik ni ada aktiviti KO? aktiviti camne ? n stiap ptg ke ad ?
    n outing hari ap ? stiap mg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Takde laa petang petang. Koko ada bila dalam jadual kelas adik ada laa. seminggu skli. Tkde buat apa pun. Nk main ke, nk dduk ke, nk tdo ke. Tapi kena dduk dlm dewan tu laa. Sir jaga. Tapi kdg kdg ada jgk aktiviti. Ikut laa.

      Delete
    2. Outing hari jumaat sabtu. Tapi kitorang dh buat sistem baru dekat dekat nak hbs matrik, laki pmpn outing asing. So seminggu skli je laa :)

      Delete
  36. Salam sis, masa nak daftar online dia mintak no acc bank muamalat tapi saya belum buka acc bank muamalat sebab tak ada bank muamalat kat kawasan saya. So, saya kena kosongkan ruangan tu ke atau macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kalau pendaftaran online boleh klik seterusnya tanpa isi ruangan bank muamalat, kosongkan jelah, tapi nanti kat sana masa dftar, adik akan jammed skit laa. Nk bukak akaun bank muamalat lagi, nk pegi print blik dgn blok, nak pegi amek kunci lagi. And baris nnt jdi pnjg sgt.

      Delete
  37. Sorry for disturb again, kak..May I know digi line at there is strong??N the wifi speed is fast?? Thanks:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Digi the only one line has the fastest speed at kok lanas. :) yayy, depend on your room, and blok. If you get blok b i think wifi cant be used n there also no line although you used digi. I dont know why. I dont know wifi at blok A is okay or not, but so far blok c is okay but depend on your room. If your room is near wifi, so the wifi will be fast. :) but wifi at blok asrama is not like your thinking, it will be on 30minutes, and it will off for 10minutes and repeat repeat again. So, if you wanna downloading something, wifi at bilik tutoran and dewan can be used fully.
      Theres are two wifi, kmk wifi and kmk staff. Im not sure kmk wifi password but here kmk staff pasword - kmkstaff123 :)

      Delete
  38. Sis, sijil apa yang perlu dibawa n sijil2 tu kena ada pengesahan pengetua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sijil sijil yg dia suruh sahkan tu sebenarnya tk guna pun. Akk bawak tapi tk mintak pun. Tapi kalau dik nk bwk spare mana tau kn, bawak je sijil koko, sijil behenti skolah, slip spm, ala sijil sijil yg ada dpt masa nk hbs skolah tuhh

      Delete
  39. owh ok. bleh bgtau psal outing x ? hehe. sory byk tnya😁

    ReplyDelete
  40. Eh komen kat atas kan dh ada.Outing hari jumaat sabtu. Tapi kitorang dh buat sistem baru dekat dekat nak hbs matrik, laki pmpn outing asing. So seminggu skli je laa :)

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum akak,
    Best la bace kat blog akak ni... ^^ Sye pon bkal masuk KMKt 24/5 ni. So, kinda nervous la jugak... Hehehehe... Dye memang mase kelas tu mmg wajib pakai baju kurung eh? T.T
    Pastu kn, line Maxis n Celcom laju x kat sane? Hehehehe
    Tq....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Yep. Mmg nk pegi kelas kna pakai baju formal, bju kurung. Akak pakai celcom dulu okay jaaa, maxis pun okay. Cuma digi jaa line paling laju kat sana. Jangan risau laa :)

      Delete
  42. Assalamualaikum kaq... sy dpt utk kmkt... sy nk tnye, utk lelaki, kemeja tu perlu ke yg kosong je atau blh yg ade corak2 skit, means yg belang2 skit ke sbg contoh ???.. N sy dpt utk twrn sains tp nk tukar ke akaun, blh x ??? hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ehh takk. Kemeja ada corak pun boleh. Tk smestinya kosong jaa dik.
      Nak tukar boleh. Tapi nanti kena jumpa pihak kaunseling dulu. Sama ada di approve atau tak. Batch akk semua yg mntk semua dpt tukat :)

      Delete
  43. oooo, thanks kaq ... stu lg nk tnye, mmg majoriti lelaki skit erk kt situ, sbb tgk dr pic2 yg kt ats tu ,perempuan lg ramai ??? sorry tnye , hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok welcome. Haha yaa boleh dikatakan camtuu laa. Setiap kelas laki ada dalam 4 org jaa. Modul 3 batch akk lagi laa. Bnyk kelas yang memang tak de lelaki langsung. Semua pmpn

      Delete
  44. Ooo, syukran kaq ... kaq, nk tnye lg ni, hehe ..mmm, xtvt KO dye tu mmg dok dlm dwan mcm tu je ke ? N xde ke mcm xtvt2 mcm silat ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha takde. Tapi bergantung jugak, kalau dik praktikum dik dapat squash tiap tiap minggu main squash ja lah. Yg lain main ja apa apa pon. Kalau adik dpt koko sem 1 lagi lahh. Sir lagi pentingkan budak kakom dr koko korang. So korang tido jelah. Hahaha

      Delete
  45. Salam kak. Pakaian smart casual tu mcm mne ek ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh rasanya komen kat ats dh ada. Smart casual baju apa apa ja dan seluar apa apa ja

      Delete
    2. Hihi. Tak perasan. Thanks kak. Btw nk tnya pasal setem hasil tu kak. Mcm mne ye. Kena tampal selalu ke dkt surt perjanjian tu. Means kena pergi mati setem hasil kt pejabt tanah dulu ke ? Mohon penjelasan about pengurusan setem hasil tu. Terima kasih ��

      Delete
    3. Alaaa. Akk dh tak ingat pasal setem tu. Akk rasa akk beli jee setem hasil kat pos ofis pastu bawak je pegi matrik. Nanti mentor dik akan ajar camna nk lekat semua.

      Delete
  46. Ooo, haha ... ok, thanks kaq :)

    ReplyDelete
  47. assalam kak..hehe..nk tanya lg..bilik iron kena sedia x?? or kene sediakan sendiri?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Bilik iron ada dekat setiap aras kecuali ground floor. Selalunya bdak ground floor nak iron kena naik satu. Tak silap akk lahh. Jgn dik bawak iron sendiri plak. Nanti payah nk bawak nyorok.

      Delete
  48. Assalamualaikum akaq, sorry nk tnye lg ni ... kalau bab kekemasan diri especially yg lelaki ni, mcm mane.. cnth dye rmbt, perlu ke rmbt tu pendek slalu atau mcm mane ? Hehe ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Oo pasal rambut ekk, akk perasan ramai jaa pendek, tapi tak laa pendek macam sekolah. Kalau panjang sikit pon tk da pengawas. Lekkk laaa. Haha. Tapi mungkin lecture akn tegur. Tapi kalau nk maauk exam mmg rambut kena pendek. :)

      Delete
  49. Ooo kaq, stu lg, utk gmbr passport tu, yg lelaki kene ambek gmbr pkai bju biase ke bju kemeja ? Hehe, sorry byk tnye ....

    ReplyDelete
  50. Sbb biasenye utk kad matrik kan kene gmbr dye pkai bju kemeja, confuse2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan plak sebab akk tak penah amek kad mtrik kawan laki akk nk tgk. Haha. Rasa nyaa tak kisah pun pakai cemana pun. Gipun dik, akk rasa nanti fasi amik lagi sekali gambar utk kad matrik sebab mesti ramai yg masa dftar online terlupa nk upload gmbar la apa.

      Delete
  51. Assalamualaikum.. kak, water cooler ade disediakan x kat sane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, tkde adik oi, ada mesin tapis air yg kena letak syiling tuu. Tapi dik, kat kafe C(kafe antara blok D n C) ada sediakan air n ais. Free je. Tapi utk cawan jalah. Bukan utk tadah satu tong air. Haha. Tapi mana tau nnt batch korang kmkt upgrade letak water cooler :)

      Delete
  52. Asslam kak... saya na tnya sikit..dress ngn jubah dbenarkn pakai tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh, tapi nanti baru baru adik masuk rasa nyaa tak ramai atau mmg tak de lagi yg pakai. Sebab tak berani. Tapi sebenarnya boleh je. :)

      Delete
    2. Tenks akak...

      Delete
  53. hello kak :) saya nak tanya,,, untuk non muslim baju smart casual boleh x pakai baju lengan pendek? kak kata mesti berkolar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. And kasut hitam pvc/kulit tuh bertumit sedikit boleh x? (Macam tinggi 1 inch)
      btw saya non muslim perempuan :D

      Delete
    2. Boleh. Non muslim pakai je apa pun, tapi kena berkolar laa. Takpaa kot kalau tk tinggi sangat. Kalau nampak mcm flat tu pakai jaa. Heels je yg tk bole pakai

      Delete
    3. Okayssss thank you kak ☺☺☺

      Delete
  54. Hye akk saye khairul baru form 4. saya amik course akaun... Ade sub add math,eko dan akaun... sklh ni ade ke course akaun hehe.. sebenarnye cg tawarkan kls sc kejuruteraan kat saye tapi saye tolak sbb cita2 nak jadi akauntan tu yg tolak.. Course ape yg ditawarkan ye kak??? And the important is sis please pray for me ya tqq :D... Tahun depan SPM doakan saye dpt markah cemerlang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye dik. Bagus ek budak bdak sekarang, akk dulu time form 4 taktau pun pasal kolej matrikulasi. Hehe. Bagus ada semngat dan cita cita nak masuk matrik. Hm, dekat matrik, tak de kos kos macam dekat U. Utk matrik biasa ada modul 1, modul 2, modul 3 dan akaun. Utk matrik teknikal, modul yg ditawarkan elektrik,mekanikal, civil kalau tak silap akak. Dan nk masuk matrik add math adik mesti atas dari C. Bergantung berapa ramai yg mohon matrik time batch adik nanti. Kalau ramai mintak, peluang nak dpt tu agak sukar. Ada jaa kawan akk 6A SPM tak dpt matrik. Tapi adik mohon jaa tahun depan. Okay insyaAllah dik, kalau usaha mesti skor spm. Goodluck ye dik 😊

      Delete
    2. Ouhhh camtu yee okok tq kak....

      Delete
  55. Assalamualaikum. Nak tanya macam mana kalau tersalah isi nama masa buat permohonan online ? Ada cara nak tukar balik tak ? Ke boleh tukar masa pendaftaran nanti ? ic orang lain, nama orang lain. Hope boleh reply secepat mungkin T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dik, tak pasti. better call terus KPM and tanya hal ni. kalau nama salah bole lagi kot, tapi takkan IC pon salah? takpaa try call terus.

      Delete
  56. Kak. ...plisss jwb..nk nail bas dari mana kalau sy ni dr Kedah..nak balik Kedah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm, tempah je bas dari HEP, or bole pegi KB terus, cakap je kat taxi nak g beli tiket bas. tk silap area tesco KB.

      Delete
  57. Hai dalilah. sy pun skali dgn dalilah haha matrik kelantan jgak.tp dalilah kos sains kan. Saya akaun btw sy laki. Ahah disebabkan pljr laki xramai mybe dalilah ada perasan kot. hehe. Sy kenal amar tu. Dia dduk aras bawah. Slalu jgak dtg bilik sy. Btw skrg tgah degree sgt xbest, tk sama mcm pengalaman kat matrik. Even kelas pack apa smua panas banjir tiak lecak black out smua tu tp best gila kot dpt pengalaman rare mcm ni dlm satu tahun ye dok? Hahaha. Btw kpd sesiapa yg nk masuk matrik ni...keep going on!! Ni la moment paling bezz! Believe me haha. K la dalilah gudluck in future and study also

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha amin mana ye? Haha kalau tgk muka cam kot. Ha ah roomate mirza haha. Hmm tulaaa. Degree matrik tk sama. Sapa ja tk rindu matrik. Hahaha okok thanks. Goodluck to you too :)

      Delete
  58. Assalam..sya bru je dpat tawaran dri matrik..ap patot sya bt lepas tu ye? Sya cek kt moe..dpt sains n satu tahun..hapy xtrkate..tp blur sbb xthu ap plk yg ptot bt strusnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, tahniah dik, dpt matrik klantan ke, haha. first thing first kalau adik mmg nak matrik, n tak nk tggu result upu, tekan je terima tawaran, past nanti dia bagi laa procedure nak kena buat apa, isi online apa apa ke, print dokumen apa apa. huhu maaf akak dh lama tinggalkan matrik. haha.btw tahniah skli lagi

      Delete
  59. Assalamualaikum...
    Apa khabar.. semoga sentiasa sihat dan ceria selalu..
    Tahniah dia atas kewujudan blog anda yg menaikkan nama KMKt... Semoga anda sentiasa sukses dlm segala bidang..

    From Mohd Yuslan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalm.
      hahaha sir, saya kenal sir hehe.
      haha sama sama, saja ja post blog, tak sangka ramai sangat masuk blog ni sampai sir sendiri masuk.
      Aminnn.. okay terima kasih sir. :)

      Delete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, tahniah adik. Bulan puasa best sgt. Haha. Ada bazar kecik je kt area dewan ibnu yunus. Tapi hakak salu pegi yg luar kat kok lanas. Best sgt bulan puasa haha.

      Haha yep teori semata mata. Praktikal lab je lah. Lab kimia lab fizik lab bio. Haha

      Bilik rehat? Hahaha tak de. Rehat kat blik je. Matrik bukan besar mcm uni. Sakit ke balik blik laa. Kul 1 rehat balik bilik. Ok sesama. Tnya je.

      Delete
  61. Salam kak..sy dpt matrik kelantan..tapi saya nk tggu rsult ipg pada 6/6 (kalau lulus iv utk ipg la)sehari selepas daftar matrik..saya nk masuk matrik dlu sbg persediaan jika x dapat ipg..boleh x kalau saya tgguh dulu byaran pendaftaran? Or duit dipulangkan balik tak kalu saya nk masuk ipg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hm. Tak pasti samada bole tangguhkan tak. Sbb ada yg tk byar sebelum msuk sebab dpt pengecualian sbb tk mampu. Tapi tk pasti. Taktau. Try call bhgian matrikulasi. N rasanya duit tak pulangkan balik kalau dh byar.

      Delete
  62. Salam kak..nak tanya bilik bole pilih sendiri ke diorang bg?n lg satu..akak,sye nervous sbb sye sorang je dr sek sye masuk situ..bole bg tips tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Bilik dorg pilih. Hahaha akk dlu pun masuk sesorang. Mana ada budak sekolah akak. Ada. Sorg kot. Tpi tk kenal. Hahaha. Hm. Tips? Alaaa bercampur je ngn semua org. Mmg ramai dr mrsm, sbp semua tpi dorg sama je mcm kita yg biasa biasa ni. Kena rjin je kat matrik. Result spm tak ada apa apa pun. Tips lain? Hmm. Jgn bercinta. Alamat hbs laa result hahaha. Crush crush semua jangan. Nanti adik masuk matrik, adik tau laa cemana best dia hidup dengan kawan kawan, n youll miss them one day haha. Ok goodluck dik. Tayak cuak sgt. Relax relax je. Tk de apa pun.

      Delete
    2. Okayy.thanks for the tips akak��

      Delete
  63. Sis haiii nak tanya hehe dulu kalau time bulan puasa kan , nak keluar pegi beli bazar luar kmkt weekend je ke . Hari biasa x boleh ea . Lagi satu balik bermalam every 2 weeks ke T_T . Thanks :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii. Ha ah weekend jaa. Tapi bazar dlam kmkt ada je cuma kecik n biasa biasa je. Eh tak, tiap tiap minggu bole balik dik :)

      Delete
  64. Hai kak nak tanya, solat dkt kmkt selalu berjemaah ke or minggu orientasi je? And betul ke kalau nk duduk bilik skali dgn kawan, kena dftar sekali dgn dia masa hari pendaftaran tu . Kalau pakai Kasut flatshoes hitam tkpa kan ? hehe sory kak banyak tanya:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Solat jemaah mnggu orientasi je. Oh tu taktau. Sbb akak smpai masa lebih kurang dgn kawan akk tapi jauh benar blik dia, aras lain pulak haha. Rndom. Ha ah tk pa jaaa. Sokay tk bnyk pun hahaha

      Delete
  65. Oraitt .Thankyou so much kak :)

    ReplyDelete
  66. AsSalam kak . matrik nii kan . kalau pakai bju mini kurung boleh x??

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum akak, sy nk tnya. boleh tak kalau nak tukar jurusan drpd akaun kpd sains? sedangkan sy ada basic sains. Kalau sy buat rayuan permohonan pertkaran jurusan, agak-agak dapat tak? :,(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Adik ni msa mohon online matrikulasi tanda nak akaun ke? Ke mintk sains dpt akaun? Kalau msa form 4 n fom5 bljar sains rasa kalau buat rayuan dpt je tukar kecuali kalau add math dpt D n syarat lain tk lepas.

      Delete
    2. Dulu masa trial addmath dpt D. masa tu tak confident nak tnda sains. sy pergi tnda akaun. tapi slepas result spm keluar, addmath dpt B and rasa menyesal pulak tak mintak sains. Adakah saya masih ada peluang ?

      Delete
    3. Oh kalau cmtu nanti masa start minggu orientasi. Akan ada satu hari tu, kita dapat tau kita dpt modul brpa semua then HEP akan keluarkan notis bila bole buat rayun ke modul lain, so time tu adik g try mohon tukar sains. Nanti kena g jumpa kaunselor semua then dia akan sign lulus atau tak.

      Delete
    4. ohhh. thanks akak. tpi kalau saya hntr surat rayuan ke kolej matriks yang kita dpt tu tk apa kan?

      Delete
    5. Assalamualaikum kak.. firsly tq kongsi psl kmkt nie.. bnyk mmbantu reader2 mcm sy.. hehe.. sy un dpt twran kew mtrik Qlate nie untk kos akaun.. alhamdulillah sykur sgt.. tp sy xde kwn dr sklh sy.. sdihhh.. klau adew un prmpuan tu un kos sns.. btw xpe lh nk wk mcm mna.. kta xbleyh nk brgntung pd kwn jew k.. nk tnya biase mggu orientasi kt mtrik brape ari eap??

      Delete
    6. Wslm. Haha sokayy. Akk dlu pun tk de kwn skolah. Kalau ikut post akak 5 hari je. Haha. Sbnrnya akk tk ingt tpi depends post ni 5 hri. Lgipun korang time bulan puasa kan. Mesti tk de aktiviti luar.

      Delete
  68. salam kak. nk tnye bout slip e-pendaftaran. nk dpt mne eh slip tu? kalu dri daftar online, kena tnggu ke mcam mne? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Dik maaf laa kalau tnya pasal urusan nk msuk matrik mmg akak dh tk ingt. Dh dua tahun tinggalkan matrik. Haha. Tpi kalau tk silap slip tu nnt dpt time kt mtrik. Sampai sana pastu dia ada tulis kt mana nk dftar then ada blik n ada komputer. Type ic then dia printkan skli ngn no bilik.

      Delete
    2. kalu tkde slip tu tkpe ke kak? sbb sy xboleh cetak slip tu. kwan2 sy ok je print. sy sndiri pu xtahu sbb knp huhu.

      Delete
    3. Tak pasti dik. Sbb akk dulu rasanya tak de slip apa apa pun kena print. Sbb dekat sana nnt bru dorg tolong printkan.

      Delete
  69. sis, kena bwk tikar ke ? or memang setiap thun pihak kmkt ada jual ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk bwak pun bole. Dekat kmkt rasa nya ada jual kot, tak ingt sbb akak confuse dengan hari pendaftaran akak ke usm hahaha. Tapi kalau tk de jual. Dekat Econjaya depan kmkt tu ada haa jual. Tk bwk dr rumah pun tkpaa. Tpi mahal skit kot.

      Delete
  70. dkt sana susu/gula ada disediakan tak ? or kena bwk sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak da. Kena bawak sndri. Bawak la milo ke. Stok stok mknan bebanyak especially maggie. Haha bole mkn tgh tgh mlm kalau nk stay up stdy.

      Delete
  71. sis,agak2 kalau iron baju dlm bilik,blackout tak satu blok tu hehe n tndas setiap aras ada kan . blok b ke blok c jauh tak .nevesss nk dftr ahad neh tu yg tnya banyak sorry sis����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah rumet akak penah iron dlm blik since dia bwk iron sndri. Blackout satu block. Haha. Selalu ja blackout sbb lect sndri dh ckp kmkt mmg sengaja dia buat setiap blik bole hold beberapa voltage je. Bnda volt besar tk leh. Tapi ramai je pegi psang mcm2 tu yg blckout je salu 😂

      Tandas ada setiap aras. Kena share. Block b ngn c dekat sgt. Sampai rasa mcm nk buat jmbt so bole lalu tak pyh trun tgga nk balik. Hahaha. Blok A yg jauhh. Oo haaaa akak phm perasan tu haha. Lek lek je. Everything gonna be okay. Tk pe tnya je. Okay goodluck dik.

      Delete
  72. Assalam akak nak tny,yuran pendaftaran matrik berapa?

    ReplyDelete
  73. Salam akak. Sy baru ditawarkan matrikulasi kmkt sesi 2017/2018 ..memang happy giler. Tpi xthu step seterusnya. Boleh tak akak terangkan? Plis reply tau. Nak tahu sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. hahaha. akk dh lupa dik. Allah. cuba baca panduan dia bgi. download dlu n paham kan procedure dia. kalau tk phm jugk nnt ws je akk 018-4660129

      Delete
  74. Kak nak tanya...kat matrik tu dia guna bahasa kelantan ke atau bahasa melayu macam biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lecturer guna bahasa health biasa nada what ataupun guna bahasa kelantan??pls tolong reply

      Delete
    2. Tersilap hantar...Lecturer guna bahasa melayu biasa ataupun bahasa kelantan masa ajar??

      Delete
    3. hahahaha hai dik. lawak pulak baca. lecture from bnyk negeri dik. semha lect kt mtrik klntn adalah lecture from mtrik lain n dorg dipindahkan utk ajar kt mtrik klntn. so paki ahasa melayu biaasa

      Delete
  75. Kak...yang tudung warna sama tu..yg akak x suka tu(haha) kolej bagi ke? Ke kena sdiakan sndiri?..sama ke colour stiap thun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kolej bagi. eh tak. tahun lepas cntik. kaler biru n bawal. bukan tudung instant tu hahaha

      Delete
  76. Salam kak nk Tanya , pertanyaan saya mungkin merepek sikit. Hehe. Sepanjang akak dduk kmkt ade kne ganggu x ? Mcm kne ganggu dgn 'benda' hehe. Saya dh nk msuk kmkt 4/6 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.ahaha xde. semuaa okayyy jaa jgn risau. ohhh tahniaahhh dik belajar rerajin. nnt bulan puasa g laa bazar beli akok hahaha

      Delete
    2. Hahaha. InshaAllah. Terima kasih kak. ����

      Delete
  77. Assalam..kak..yg prapendaftaran kat online tu ada deadline ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. haaa akk tk pasti. tapi rasa ada. dftar ja awal²

      Delete
  78. Asalam kak.. nti kuliah, blh ke pakai jubah? Sy brdebar sngt dh ni. Xtau apa nk kena ready awal2. Blh bgi tips tak? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mksud sy, tips apa brng yg prlu bwak. Sy takut trtinggal ke.. xcukup ke.. hehe ^^

      Delete
    2. Sy kmkt batch 2 ... Blh shj nk pkai jubah , tiada masalah , asalkan bersopan , dan kasut mesti bertutup , x kisah kasut apa

      Delete
    3. haa thanks anonymous 😁. tips? hmm klau jenis tk tahan pnas, salu kena aircond kt rumah tu, bwak je kipas. eh tapi x tau skng bole x. tapi zaman akk dibenarkan bwak sbb kipas ada satu je tgh² bumbung. haa lagi satu ada bdk batch lepas complain cermin kecik sgt n x sampai nk tgk. kalau rsa rendah bwak je cermin muka sndri letak kt meja.

      Delete
    4. Oo.. time kasih kak.. xsbar nk dftar nnti 😊

      Delete
  79. Assalam . akak saya nk tnya penempatan blok n bilik tahu lepas dftr online ke mcm mana ? Sbb saya dh dftr online tapi saya xisi bhgn no akaun bank muamalat tu n dia x nyatakan no bilik . mcm mana tu akak . �� risau saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, masa batch akk dulu bilik dpt tau masa kt sana. dh smpai matrik nnt time dftr bru tau. batch tahun lepas rasanya mcmt tu jugk. tk pasti . akk tk ingt utk batch tahun lepas cemana. tapi x yh risau laa, nnt sampai sana mesti dpt tau jugk bilik dapat kt mana.

      Delete
  80. Assalamualaikum sis, saya sebenarnya ditawarkan ke matrik melaka tapi dapat tukar ke matrik kelantan.. sis, nk tanya brang macam baldi kena bawa ke ?? Pastu brang apa lagi yang perlu dibawa ?? Tlg bagi penjelasan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, yep baldi semua bawak. barang2 perlu bawak bole cek kt blog ni

      Delete
  81. Asslm..akk sya pon dpt di kmkt jgak..haha..klau xbwk baldi n gyung xpe ke??n semua gmbr passport klau 4 ckup x?? N kalu akk msih ingt di borang matrik surat branank,kp ibubpa n plajar,n gmbr passport kna tampal dkat rumah lg ke ?..sorry akk sy bnyak tnya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, hm, baldi org pkai nak basuh baju. mesin ada tapi kena pakai syiling tk silap, so kebanyakan mmg basuh tgn. kalau x bawak baldi nnt basuh pakai mesin. gayung x bawak pun xpa. alah, dik psal borang semua ni akak mmg dah tk ingt. huhu. maaf.

      Delete
  82. Kak sya ni pljar yg dh stay kt klntan..klau bju krung sya bwak 10 helai ckup tak??

    ReplyDelete
  83. cukup jeee. kalau nk bwak skit pun boleh. asal rajin basuh

    ReplyDelete
  84. Sy akan smbg pljrn d sini tqvm utk post akak ;) cuma ada gmbr2 dlm blog ni mnmpkkn aurat tgn hehe.. Sm2 kita mnegur ke arah kebaikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniahh. Okay terima kasih sbb tegur.goodluck matriks nanti!

      Delete
  85. Hi,i know blog ni since 2014, but I'm dying to find alumni matrix.. sy cuma nk tnya, ade ke possibility yg kita akan roommate dgn org cina or india.. sbb ni kes aurat ni.. please notice me..

    ReplyDelete

You can comment below even as an anonymous 🤗