1 September 2019

Tak Sangka Aku Sambung Master UTM Skudai

Assalamualaikum.



Sebab setiap kali student whatsapp je mesti tanya "Akak buat apa skrg, kenapa akk tak tak update blog dah" membuatkan harini aku terpikir nk type. Sebenarnya aku update je blog tapi pasal psychology hahahah lol dan aku tau orang duk tunggu post aku yg cerita more to my personal life. Hahah dh nama personal blog kan mesti la sepatutnya cerita pasal experience, tapi tu la kalau perasan sejak kebelakangan ni aku dah tak update apa apa cerita or pengalaman personal life hahha. Sebab.. entah laa. Bila kita dah matang sikit, kita rasa tak perlu pun nk exposed setiap langkah kita kat public, cukuplah orang terdekat or orang yg kita trust ja tahu. Tapi takpalah, sebab beberapa orang request kan.

Banyak benda jadi before this. Bulan Feb - Jun aku internship dekat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) , yep Penang Second Bridge. Kenapa aku pilih company ni sebenarnya panjang sgt cerita dia haha. Tapi mcm semua org tahu, aku degree Geofizik dan company aku intern tu tak de geofizik pun sebenarnya, mcm more towards operation and maintenance bridge tuu. But that doesn't mean Im not happy to be part of JKSB. In fact aku rasa JKSB tu sangat dekat dgn aku dan orang² kat situ sangat² baik.

So after intern, aku sambung master dekat UTM, fully research. Eventho aku tak konvo lagi lol. Aku tak suka bila orang tanya kenapa pilih UTM, kenapa bukan USM. hahaha sebab aku sendiri tak de jawapan utk tu. Aku pilih UTM bukan sebab ranking kos engineering paling hebat dalam Malaysia ni tapi tak de sebab pun. Aku tak pernah pilih UTM. Dan aku tak expect pun. Tapi everything jadi sangat easy dan suddenly papp aku ada kat sini. Lol. Japgi aku cerita why at last aku endup di Johor hahaha. Dia macam ibarat kau baru jumpa someone, tetiba orang tu terus nak masuk minang kau. Kau jadi macam eh eh eh japp nak fikir dulu. But suddenly semua jadi smooth and kau jadi kawin dgn org tu dalam waktu yg sgt singkat.


Masa first time tgk offer letter, aku duk pikir gak, perlu ke register 28 August sebab ye lah student research kan suka hati nak register bila, sept ke oct ke nov ke as long as offer letter masih valid. Tapi supervisor aku ni macam nak aku masuk sept. Aku ingat nak tunggu konvo dulu. Aku pulak dapat offer letter ni 20 Ogos hahaha, so dalam masa seminggu tu aku duk relax relax tak settle any surat yang kena isi semua tu. hahaha. (Kepada adik adik yang tengah baca,takut korang tak paham kan.. Akk sambung master as Reseach student. Jadi nak masuk master ni senang je, pergi jumpa mana mana lecturer yang kita suka then cakap nak buat research bawah guidance dia. Lecturer ni di kira supervisor kita sepanjang master tu. Jadi apa apa nak balik rumah cuti ke kena bagitau supervisor. Dia macam boss kita la.)

28 August 2019

Pagi tu kat homestay aku duk relax relax tak keluar check out sebab apa yang aku bayangkan pendaftaran master ni macam kau pegi satu ofis, pegi kaunter tunjuk letter dan mungkin dia akan isi apa apa la kat komp dia, then aku dpt bilik n masuk bilik. Tapi sampai je 9 lebih kat tempat aku daftar tu (kitorang naik by grab) aku nampak khemah besar and ramai sangat orang.


Aku fikir, ya Allah ni sekali budak degree ke apa. Rupanya tak, memang 28 ogos tu adalah pendaftaran postgraduate. Sebenarnya bukan 28 je, tapi start dari 26 - 28 ogos 😂. Aku ni kira daftar hari terakhir for postgraduate. Nasib baik kan aku tak g daftar selain dari 28 hahaha.

So aku pun tinggalkan family aku dalam khemah ni dgn brg yang sgt banyak hahahaha apak memalukan haha yela orang lain kan naik kereta so brang mesti tinggal dalam kereta. Aku pulak naik grab hahaha. Barang semua kena bawak g tempat pendaftaran. Part of my family je datang sebab bapak aku kerja and dia malas nak drive ke Johor, so kitorang naik bas. 



Hari pendaftaran tu sebenarnya semua benda tak settle. Aku tk cuci gambar lagi, setem pun tak matikan. Tapi aku relax je kan. hahaha. Lepas semak dokumen tu dia suruh naik atas. Aku pikir dah nak settle, sekali naik tingkat atas, aku terkejut sebab tempat pendaftaran ni macam kat bank. ramai gila orang hahaha. Kena ambik nomber doh.




Ada dekat 10 kaunter, once settle registration, kena pegi urus kaunter payment yuran. Settle yang tu kena pegi buat kad matrik plak.


Segan jugak orang duk tengok kita senyum kat depan tu. Masa turn aku, aku ambik gambar macam biasa la. Lepastu aku cakap kat orang yang snap muka aku tu "Nak tengok gmbar tu boleh?" Dia tunjuk la kat komp dia. Aku ter cakap kat dia "Alaaa tak cantik laaa, gambar yg sy upload masa online registration lagi cantik" hahahahah. Aku ni jenis sembur dulu baru fikir apa yg dah aku cakap lol. Lepastu duk sat dlm 5 minit kad matrik siap.


Tadaaaa, dia pakai gambar yang aku upload online hahaha. Bagus jugak jadi orang yg sejenis disagree ni. Selesai kad matrik, kena g active kan id utm. Then settle baru nak g carik hostel. Kolej kat utm ni tak payah kejar point merit semua ni. Kalau kau nak kolej, kau apply je la nama kau. Sapa cepat dia dapat. Dah penuh g letak nama kat kolej lain. Ha macam tu la. For postgraduate, usually dorang bukak utk dua kolej je, KDSE and Kolej 9. Mungkin sebab aku register hari ketiga utk postgraduate, KDSE dah full. So terpaksa g kolej 9.


My first thought "Mana tong sampah and penyapu" hahaha. Sebab kalau kat usm ada je every bilik. Tapi sini takde. Means kena bawak sndri la kot. Lepastu aku nk g mandi, aku cari shower tak jumpa hahahah. Semua jamban ja.  



Aku dengan pegang tuala duk pusing blok tu cari orang. Terjumpa aunty india tengah menyapu. Aku tanya dia "Aunty, toilet kat mana ya" dia tunjuk toilet yang aku pegi tadi. Aku kata "Bukan, saya cari shower, tak de shower pun" Dia kata "Sini toilet banyak rosak, itu pegi tgk toilet atas" Aku pun lari la naik atas. Tapi toilet semua jamban hahahahaha. Aku cangak lama sikit dalam toilet tgkat atas ni then baru perasan shower tu dalam jamban HAHAHAHA. 


Bodohnya aku tak perasan hahahaha. Patut la aunty tu kata toilet sini bnyak rosak sebab aku mengadu tak jumpa shower. Lepastu aku duk pikir sorg sorg aku, nanti undergrad masuk mesti ramai tapi sinki satu ja hahahah. Baru aku paham masa zaman degree dlu orang cakap "Awak ni bertuah sebab dapat USM, facility sini semua okay, kalau pegi uni lain tak macam ni pun. 


Serius desasiswa usm, kalau ada rosak ke apa, kau tinggal bukak lappy then register kerosakan, esok pagi orang datang repair. Dekat sini sinki dia dah la satu lepastu pecah bawah tu, kira kalau aku bukak air sinki tu, air tu direct jatuh ke lantai. Aku cari pantri tak jumpa, sebab aku nak iron tudung and nak ambik air panas, tapi tak jumpa. Time tu aku rasa tak berbaloi harga kolej 500 ratus lebih tapi semua benda tak de. Even desa usm yg harga 300 lebih pun ada iron and air coway every aras. 

Aku tak mandi pun tenghari tu sebab tak sempat dah, ada taklimat utk postgrad. Nak makan lagi kan. Dah la settle kad matrik, carik hostel, hantar family balik pun take time. tetiba 2.30 briefing. Dah macam orientasi degree plak hahaha.


Supervisor aku plak baik terlebih, sampaikan dia suruh student phD dia ambik aku dari kolej 9 pegi tempat briefing haha. Akak phD tu plak baik nak mampos hantar aku ke hulu ke hilir, pegi Aeon, pegi kedai runcit beli barang, padahal dah kawin dah doh. 😂 

So itu lah ceritanya. Dan aku rasa ramai sangat tanya aku "Why UTM". Sebab master ni orang sambung dekat dekat rumah je, tapi tu laa... Sebenarnya aku register and apply online for master USM lama dahhh. Bulan march.


Masih valid offer letter ni. Hahaha. Masa tu aku tengah intern lagi kt JKSB dan aku bagitau sv aku a.k.a manager dept civil&structural pasal master aku. Dia pulak suggest aku buat tajuk yang aku propose tu dekat school civil USM, since barang or alat testing banyak dkt situ. So aku pun whatsapp one of the lecturer dekat school civil. Dia siap ajak pegi rumah dia lagi. Dan yes aku pegi rumah dia, dpt la makan makan sikit sambil menyembang hahaha. Dia okay je nak ambik aku as student dia, but dia ada project dia sendiri lah dan tak pakai aku punya proposal. If aku sambung master bawah dia, aku dibayar elaun sebanyak RM1.3k every month. Offer letter from USM dah ada tinggal nak g tukar je nama school and tajuk.

Tapi day by day aku duk baca research paper pasal project Dr tu, aku jadi tak minat. Benda tu macam susah sebab dia banyak guna knowledge engineering yang aku tak de. So aku pun tolak jadi student bwah dia. Dan after tolak master dengan dia aku terfikir nak kerja je la. Malas nak sambung. Sebab ramai expect aku kerja. Tapi jujur aku sendiri confuse sama ada habis degree nak kerja or nak sambung master. Why aku macam confuse? Sebab aku tak minat kerja. Aku tak nak masuk industri. Sebab aku rasa tak motivated. Apa yang industri tawarkan tak sama dengan apa yang aku value. Rewards yang industri bagi bukan apa yang aku priority. My life priority is growth and knowledge. So it's very important for me to do anything which will lead to growth and learning something new. Kalau cari kawan pun, aku tak kawan dgn orang seronok seronok. That person need to have something that push me to grow, tell me something that I dont know, give information and beneficial things for me. 

Kalau masuk industri, yess aku belajar benda baru, aku ada experience handle itu ini. Tapi hakikatnya, tidak setiap hari aku feed brain aku. Tidak setiap hari aku dapat sesuatu. Most of the time, you spend depan laptop, sembang kosong dgn coworker, kutuk orang ni kutuk orang tu, makan tempat yang sama, time yang sama. Semua routine yang sama. Tak de new challenge, tak de adventure. Tak de sesuatu yang challenge you punya brain. Takde benda yang you kena tak risk and that risk lead you to grow and revolve to be someone new. You are staying in your comfort zone every single day. Every single day you ikut telunjuk boss. Ikut telunjuk orang kerana money. Money. Itu la rewards from industri. Aku tak cakap aku tak value money. Tapi growth and self development lagi important for me.

Tapi sebab semua orang dalam dunia ni expect "If kau belajar degree, kau kena kerja industri" lain la kalau kau kos pendidikan. Orang expect kau masuk education field la kan. Dan aku jadi doubt and macam 'terpaksa' buat sesuatu to fit in to the idea of society instead buat apa yang aku suka. So aku apply kerja after degree. Apply beratus ratus. Tak kira dah kerja apa pun, customer service ke, kerani ke, hr ke, receptionist ke. Semua level aku apply. Sebab kalau boleh aku tak nak duk rumah. Kalau aku apply kerja bidang aku je mmg tahun depan pun belum tentu dapat kerja so aku tak memilih langsung bab kerja. Tapi satu pun tak dapat. Dan aku tahu sebab apa. Sebab setiap hari aku doa "Oh Allah, beri lah aku satu pekerjaan yang sesuai dengan diri aku, kerja yang aku minat nak buat, pekerjaan yang buat aku rasa happy, kerja yang buat aku jumpa orang baik baik" Jadi doa aku ni sebenarnya oppose dengan tindakan aku. Dia macam ibarat kau habis SPM and tak minat belajar dah dan nak kerja, tapi expectation orang suruh kau belajar. Lepastu kau apply semua kos yang memang kau tak minat langsung, lepastu doa supaya dapat kos yang kau minat. hahahah.

Tapi to be honest aku dapat satu interview sebenarnya. Aku apply position bidang sales tak silap aku, tapi boss tu reply application aku and panggil aku interview for position Personal Assistant. Padahal aku tak apply pun kerja PA ni. Masa tu aku dapat agak dah. Boss ni baca resume aku dan dia interested nak ambik aku as PA dia dan bukan position yang aku apply. Jadi? Jadi maksudnya aku tak compete dengan sapa sapa. Dia tak open pun vacancy as PA dekat Jobstore. Dan kalau aku p interview ni konfom aku akan dapat. Boss tu siap emel aku cakap, after interview dia nak aku join presentation dia supaya aku lebih paham apa service yang dorang buat. Memang benarlah tekaan aku. Dia memang offer aku untuk jadi PA dia after read resume aku dan kalau aku accept interview tu, kemungkinan besar aku akan dapat kerja tu. 

So yes aku pergi interview tu. Tapi of course aku sentiasa buat istikharah. Sebab aku sendiri tahu kerja PA bukan kerja aku. Tak kena dengan diri aku yang high in creativity dan tak suka routine ni hahaha. Sehari sebelum interview aku drive sendiri pegi. Tahu tak apa yang jadi? Kereta yang aku drive tergelincir sebab hujan dekat area kilang cement nak masuk area Kuala Kangsar. Bila brek kaki tu memang drift la kereta aku. Langgar kereta orang lane kiri. Saman 300. hahaha. Aku pun balik and tak pergi interview tu. Aku anggap itulah jawapan istikharah aku. So lepas kejadian tu, mak aku dah tak trust aku kerje jejauh ke apa, jadi mak aku suruh aku sambung master je.

Jadi masa tu aku terfikir, mungkin jodoh aku ni dekat Dept Geophysics jugak kot. Aku pun balik ke sv aku kt USM induk, tapi dengan plan yang berbeza. Kali ni aku ada satu proposal yang agak besar project dia. Which is project from company intern aku sendiri. Company JKSB ni kira client based laa. So dorang ada project Rest Service Area (RSA) mcm RnR tuu. Jadi aku nampak satu opportunity yang sangat besar dekat aku since aku kenal Project Manager yang handle project tu. Nak tahu apa plan aku? Korang mesti tak boleh predict punya idea aku hahahaa. Aku plan nak buat master research aku dekat site tuu. Buat geophysics laa. TAPI aku ada satu lagi idea lain yang boleh benefit aku which is aku plan nak register company aku sendiri, sebagai Sdn Bhd. Cuma modal tak silap hampir RM1k jugk nak register SSM ni. 

Aku nak buat survey kat site tu bukan as student tetapi sebagai contractor JKSB. So sekarang ni plan aku bekerja dalam industry plus aku buat master. Aku tak kisah kalau aku kena pass thru kick off meeting, coordination meeting dengan boss boss since aku kenal dorang and aku tahu procedure dorang. Skrg ni plan aku, aku nak jadi CEO kepada satu company, man power aku sapa lagi, student degree and postgrad kt USM laa. Dan at the same time aku boleh guna data survey for thesis master aku. See, aku bukan tak minat industry cuma if aku masuk industry, aku kena jadi boss dan kerja tu harus push aku untuk take risk to let me grow. Dia macam kena grow sebab aku jenis tak boleh dduk setempat. Means if project JKSB aku settle, aku kena cari jalan untuk dapat kan new project. Yang tu paling aku suka. Achieve satu project then fikir untuk new goal pulak. Kerja detail detail ni bukan kerja aku. Aku tak minat. Aku suka buat kerja mcm boss tu lagi. 

Tapi sebenarnya aku tak bagitau sesapa pun pasal idea gila aku ni. hahahha. Harini baru aku open up dekat blog aku. Jadi sebelum aku jumpa sv aku untuk propose project master aku ni, aku pegi jumpa Project Manager dulu. Aku explain dekat dia pasal geophysics punya technique dan aku mintak keperluan target untuk site dia. Maksud aku, apa yang dia nak aku cari dekat tapak tu. Dan Project Manager tu bagi aku dua objective. Satu, to locate active settlement. Dua, to determine water table level. Dia nak tahu water table level sebab dia mempersoalkan adakah air dalam monsoon drain tu datang dari air bawah tanah sebab kadang kdg tak hujan tapi mcam mana air tu muncul. 

Dan secara jujur aku tak bagitau pun Project Manager tu yang sebenarnya aku nak sign contract dgn JKSB. Sv aku kat USM pun aku tak bagitau. Aku just sembang dengan dia cakap nak buat master je. Sebab ye la aku pun tak dapat persetujuan sv aku kat USM lagi. Aku tak kisah if JKSB tak nak bayar aku se sen pun asalkan company aku, Sdn Bhd yang aku nak daftar ni pernah ada history handle satu project. Pernah sign contract. So yeah after settle meeting dgn Project Manager, aku pegi jumpa SV aku kat USM. You know what??? SV aku reject proposal aku. HAHAHA. Alasan dia sebab nak masuk tapak project kena ada kad CIDB and benda yang aku nak buat ni adalah survey bukan research. Sumpah aku merajuk tahap gilaaa. Aku rasa merajuk sangat sangat hahaha. Aku merajuk sampai aku cakap, AKU NAK JADI SURI RUMAH. AKU TAK NAK KERJA TAK NAK SAMBUNG MASTER. hahahha. 

So berminggu minggu jugak aku tak plan nak buat apa apa. Lama lama aku jadi stress duk rumah sebab buat benda yang sama. Routine yang sama. Tak de goal untuk di achieve. Ketiga tiga plan aku tak jadi, master dekat kejut, master dekat induk and kerja. Lepastu aku dah taktau nak buat apa, aku saja email lect dekat kejut (lecturer lain, bukan yang aku pegi rumah dia tu) tapi dia tak reply. Seminggu lebih aku tunggu dia tak reply. So aku pun saja teringat UTM, sebab masa aku second year dulu aku pernah emel lecturer UTM tanya pasal master. So kiranya aku plan nak sambung  master kat UTM ni since second year lagi lol tapi bila dah habis degree aku tak teringat langsung nak try apply UTM sebab aku rasa mcm jauh dan aku dh dapat offer letter from USM. Rugi laa aku bayar registration RM70. Tapi macam macam jadi yang membuat kan aku give up dgn USM. Macam jodoh aku tu memang tak de dengan USM. 



Aku tak expect apa apa dekat UTM sebab aku just nak emel and tanya je ada project apa apa ke, sudi tak ambik aku as student dia. So aku bukak website UTM cari lecturer. Sebab kan aku blend well dengan any introvert, aku scroll scroll carik lecturer muka introvert. Hahahah. Alah senang je nak detect muka intro ni. Jenis senyum tak luas tu intro la tu. Hahahahah. So aku pick sorang lecturer ni, aku tak baca pun biodata dia, just nak emel and tanya je. Tak sangka dalam masa tiga minit je dia reply. Terus whatsapp aku and paksa aku buat research dgn dia. Kalau kau pun mesti terkejut if ada orang paksa paksa suruh register master and tak bagi time langsung untuk fikir hahaha. 

So itulah kisahnya. Akhirnya aku accept dan tadaaaa aku ada kat UTM. Itulah nama dia rezeki yang datang tidak disangka sangka. Korang yang baca jangan la rasa macam tak productive ke apa. Lain orang lain value dia. Aku memang jenis kena ada benda nak buat and kena ada goals. Kena grow. Rasa macam something wrong kalau tak de purpose ni. Kalau korang suka routine, so buat la routine korang. Tidak perlu compare and follow langkah aku jika korang rasa itu bukan diri korang. Kadang kadang takut ye   bila share personal life dkat public. Sebab people will evil eye you even they dont mean it. Sebab kita tak boleh tengok org tu ada lebih sikit. And manusia ada sense of competitiveness dalam diri  and keep comparing to each other. Benda tu  mcm natural. So I really hope this post boleh jadi information ke or inspiration bukan sebagai sesuatu utk di compare. Dan yang menganggur berbulan bulan tu boleh la try idea aku. hahahaha. Macam Vice Chancellor USM pernah cakap, create your own job. So boleh laa gunakan idea aku tu, pergi register company korang and bukak bisnes sendri. Hahha