9 January 2015

Matrikulasi Kelantan Banjir ?

Assalamualaikum

Bila banjir ? Bile ? Hahahaha. Kay muhong jaaa. Saja jaa letak tajuk camtuu , nak naikkan traffic la katakan  haha. Sebenarnya kmkt tak banjir pun, cuma kat sini tak dak air. Dah banyak hari kitorang semua hidup tanpa air. Dugaan demi dugaan Allah turunkan kat Kelantan ni. Memula dekat sini asyik hujan je. Hujan siang malam. Berhenti jap pastu hujan balik. Sampai kitorang sidai baju dalam bilik.
Time ni roomate baru tak pindah lagi.

Aku duduk dalam kolej ni memang tak ambik tau langsung pasal hal luar sampailah aku dengar kat kawasan lain dah banjir teruk dah. Kmkt ? Naik air depan tangga je.


Serius, sapa hati dia rasa tak cukup kuat, tak payah laa jejak kmkt. Aku dengar tak de air sebab tangki yg pam air bersih tuu rosak. Sebab banjir. So mana kitorang dapat air ? Jeng jeng jeng ..

 
Maaf ye yan, letak gambar tak bagitau.

Bila aku upload gambar ni, semua orang tanya, eh korang mandi air longkang ? Memang itu longkang, tapi air yang datang tu air bukit. Tapi sebenarnya, bagi aku memang macam air longkang pon. haha kuangjaa. Takde lah, Bau dia bau tanah so aku tak berminat nak letak air tu dekat kulit aku. hahaha. So acena dapat air bersih ? hehehe.

Sehari sebelum air takde kitorang dah tadah air dah. Tapi gile kau nak cukup air tu dalam 2-3 hari. Aku guna air bersih aku tuu untuk wuduk ja. 26 Dec tak silap aku lah, aku dgn jiran-jiran aku semua mandi kat blok A sebab dapat tau satu-satunya blok yang still keluar air. Dua hari kot aku mandi sana. Aku tanya budak laki, diorang semua mandi kat bilik tuto n lab. Hari ketiga blok A dah takde air, so kitorang berjalan laa jauh sampai ke lab untuk mandi. Aku siap bawak baldi aku yang air dah tinggal suku je untuk tambah lagi.

Berat kott nak angkat sampai tingkat 3

Hari keempat ? Agak-agak ada air lagi ke? Pukul 6 pagi, hari keempat tuu, kitorang dah hangkut baju bakul semua ke lab nak mandi, serius taktau pun seluruh kmkt dah tkde air. Sampai lab nampak toilet laki diorang tarik paip bomba masuk toilet. Time tu dah syak lab dah tak de air. Lari naik lab bio, tingkat satu. Pun takde air.

Dapat air dari paip bomba.

Macam desperate gile nak air bersih, orang lain rilek jee mandi air longkang. Tapi serius sepanjang air tkde aku tak penah lagi ambik dari longkang tu untuk mandi. Baju ? Hehe. Aku tak basuh baju berhari jugak laaa, memula basuh baju guna air hujan, bila dah berhari dah terpaksa sangat aku bawak trun basuh guna air yg turun dari blok A. Jernih air tuu, entah dari mana datang pun taktau.

Cuti maulidur rasul tuu, ramai yg balik sebab tak tahan tak dak air. Sunyi je aras 3 time tu, n pagi jumaat tu aku pegi KB Mall. Time nak keluar tuu Pengarah tegur kitorang. Dia cakap petang ni ada orang mai buat boarding apa tah bawah tanah punya nak keluarkan air kat blok asrama. Time naik bas pegi kb, jalan raya semua dah surut , dan nampak kayu something mcm almari yg pecah dekat tepi jalan. Diorang kumpulkan. Padi semua mati. Kesian.

Dan aku ingat kat KB Mall ada air laa, tapi masuk2 jaa, pergghh bapak panas weh. Aircond takdak. Air mineral dalam pacific terhad 2 botol untuk seorang. Tu pon botol yg normal tuu. Bukan botol besar. Tapi yang best barang semua murah. Hahaha. Seluar slack RM9, baju laki 70% diskaun.



Esok tuu, air dah ada. Tapi air tuu aku tak pasti datang dari mana. Bawah tanah laa kot. Mmg bukan air yg Pasir Puteh punyaaa laa. Sampai sekarang air kat kelantan stiil tak dak. Kesian. Tapi sekejap jaa air ada. Ttba air tak dak balik, sebab ramai yg guna. Dia tak sempat penuhkan tangki. Blok A tak dak air langsung. Blok laki tingkat bawah ja kot. Tak pasti. Tapi sejak buat boarding air bawah tanah tuu, air ada kejap tak de. Cmtuu laa.

Sampai laa kemarin, dengar ura ura cakap matrik kelantan akan cuti sebab dengar ada orang dapat penyakit sbb guna air longkang tuu. Pagi khamis tu buat perjumpaan, dan Pengarah cakap kitorang dapat cuti sampai selasa ni. Dan semalam jugak aku bertolak balik. Tak sangka jalan Gerik dah bukak. Semalam 9 orang dari kitorang akan penuhkan bas apa tah yg mmg akn singgah butterworth laa senang cita. Hati aku cakap tanak arr, nak naik ngn geng2 budak2 utaqa nii. Tak sangka aku dah pilih salah bas.


Malam tu , semua orang tido, aku ja takleh tido sebab bas tu bawak laju dan asyik potong time selekoh. Kaki aku asyik nk tekan brek sebab dia ikut rapat sangat dengan lori. Dlam pukul 12 cmtu aku tertido. Tetiba bas tu melelong dan dia brek mengejut sampai aku terjatuh dari tempat duduk and sound effect dan hentakan diaa perghhh. Memang kalau kau ada dalam tuu kau fikir kau nak mati je.


Fon aku melunsur ke depan n aku dah tak kisah dah. Pukul 1 time tuu, bas tu langgar tiang lampu jalan. Aku tanya orang depan dia cakap bukan salah driver. Memang jalan tu gelap, dan memang tak nampak. Lagi satu meter mcm tu baru perasan ada tiang.



Then kitorang tukar bas, pkul 6 baru aku sampai. Alhamdulillah aku masih hidup. N now aku tak beli apa2 tiket bas balik lagi sebab tak pasti cuti ni akan extend atau tak. Nak ups dah kot. Aduii. Btw, it was a big experience. 

27 comments:

  1. Alhamdulillah semua dah ok sekarang ni :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .. Akk sy nak tanya tentang cara pemakaian kasut dekat matrik kelantan . Die tak kisah ke pakai kasut warna ape pun n fesyen mcm mna pun aslkn bertutup ke atau pakai wrna hitam n mesti kasut kulit/pvc ? Sebab dekat surat nie die tulis pakai kasut kulit/pvc .. Masa akk dulu die tulis mcm mne ye ? Sy betul2 nak thu .. Sy pning sikit .. Hrp akk dapat reply . Sbb sy pun dpt matrik kelantan .. :)

    ReplyDelete
  3. Wasalam. Cara pemakaian kasut dia tak kisah pun sebenanya. Pakai je warna apa pun kasut converse pun boleh asalkan bertutup. Memang dekat surat/web dia cakap kena pakai kasut hitam pvc tapi tak pakai pun takpe. Akk tak penah pun beli kasut tuuu. Huhu. Btw tahniah terpilih ke matrik klntn.

    ReplyDelete
  4. Ouhh .. Hehe , thanks sbb reply . Btw lagi satu , boleh ke klu kite pakai maxi dress masa nak pergi kuliah/tutoran ? Atau memang wajib pakai baju kurung je .. Hehe , sy bakal jadi junior akk lh . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehh. Tapi first first masuk ramai yg tk berani lagi. semua baik baik pakai baju kurung. Dah sem 2 ramai laa pakai dress. Tapi kalau adik nak try pakai, pakai je laa. Takde org marah pun. Haha yeye. Tapi akk dah nk nak keluar matrik. Tinggal paper fizik je lagi. :)

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, sy pn dpt kt kmkt utk sesi 15/16. Nk tanya psl pakaian lelaki cmner eh. Dorang mmg pakai kemeja & seluar slack ke kuliah ke? Kasut pula mmg yg kulit hitam ke boleh pakai kasut lain²? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walasam. Yep. Memang kena pakai kemeja and seluar slack. Kasut so far mmg semua pakai kasut kulit hitam tuuu. Cuma ada laaa yg dh tukar pakai kasut converse bila tinggal lagi sebulan nak hbs matrik. Btw tahniah terpilih ke matrik kelantan :)

      Delete
  6. Akak nak tanye yang pasal air tu dh okay ke sekarang?

    ReplyDelete
  7. Hye akak, nak tanya ckit, plajar perempuan non muslim kena pkai apa ? And asrama tu mcm mn ? Dia bg ikut bangsa ke apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye dik, pakai masa bila? Hari kelas? Non muslim bole pakai bju kurung atau kemeja. Bilik tk ikut race. Random je campur :)

      Delete
  8. Pakai masa kuliah dan orientasi. Blh pakai slack dan skirt melepasi lutut ehh ? Takut la nanti kena marah :p bilik tu dia bg siap ke kena pilih ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan ada tak yg pakai baju tradisional india ?

      Delete
    2. Tak pasti sebab tak perasan. Rasanya tak de sebab baju tu lengan pendek kann? Tapi kalau dik nak bawak, bawak ja laa. Nanti bila ada kawan baru ajak laa dorang pakai :)

      Delete
    3. Masa kuliah pakai formal laa. Baju kurung/kemeja. Bilik nanti hari pendaftaran dapat kunci. Tak bole pilih

      Delete
  9. Thanks akak ♥

    ReplyDelete
  10. hai sis nk tnya. susah tak nk score 3.5 and above untk modul 1 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Agak susah kalau tk reti bhgi msa n still amalkan life mcm sekolah. Matrik mmg kena change jadual. Tk de rehat mcm lepas sekolah. Nk skor 3.5 mmg usaha kena kuat. Hbs satu chpter cover. Tk bole stdy last minit mcm sekolah. Chpter pulak mcm fizik ada 15. seminggu hbs satu chpter. Kalau tk sempat cover minggu tu hbs laaa. Mmg bertimbun laaa. Tuto buat sndri. Jgn tiru member. Past year n ups kena buat smpai hbs.

      Delete
  11. Betul ke sis kalau 3.5 tu dpt course lelong ? susah tk agak2 nk dpt farmasi/fisio untk degree nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik, sapa pulak ckp dpt kos lelong ni. Adik msuk dulu matrik then baru fikir semua ni okay. Kalau dh dpt 3.5+ tapi mintk kos petroleum mechanical, petroleum, engineering kt UTM, kos medic semua ingt sapa yg nk bgi. Pilih kos based result. Kalau tk bru pkir lelong. Farmasi sangat susah utk RU. Tapi ada rumet kawn akak masuk usm dengan pointer matrik 3.7 kira rezeki dia kot. Selalunya 4flat.

      Delete
  12. Sorry kak mencelah hehe. Degree frmsi dkt uitm Kena 4flat ke or 3.6and above dh lepas ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut nasib. At least bgi pointer 3.7 above. Kawan akak, kakak dia 3.68 terlepas masuk, kira mmg rezeki dia. Kalau pointer 3.7 above tu mintk jaa insyaAllah dpt. Tpi tk berani jamin. Gudluck

      Delete
  13. salam kak nk tnya. really2 need ur help . mcm mana nk tukar bilik dkt mtrikulasi ? siries roommate says prangai xleh blah. sy bukak lampu meja study tapi dia marah2 sbb dia tkleh tido. tolong la Bantu sy kak . nk sngt tukar bilik. nnti sy nk study mcmmna emmm

    ReplyDelete
  14. Wslm. Tk bole tukar. Ala biasa la tu. Masuk uni pun adik akan rasa benda yg sama. Ramai jee bermasalah dgn rumet tmbh2 dkat uni. Kalau dia tk bole tido cuba cari alternatif lain. Mcm akak dulu beli kertas A4 kaler, tk kisah kaler apa apa then lekat pkai cellophane tap keliling lampu meja stdy. So lampu tk cerah sgt. Kalau dia bole tido jugk pegi laa bilik stdy kt bawah. Akak selalu ja pegi.

    ReplyDelete
  15. Akak tkde dah eh skrg kes tkde air? setiap tahun mmg akan jd cmtu ke hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tak pasti skrg mcm mana. kes tak dak air smpai 10 hari tu sbb banjir kt klntn dlu. kalau air tk da dlm sehari tu biasa dah. tk bg announcement apa2 esok pgi nk mndi tkdak air. so p kls mmg tk mndi hahha. tapi pas balik kls ada ja. tapi pasti tahun lepas ngn tahun ni mcm mana. dlu msa matrik klntn bru bukak, mcm tu laa cerita dia haha

      Delete

You can comment below even as an anonymous 🤗