20 May 2014

Kolej Matrikulasi Kelantan

Assalamualaikum

Seperti yg tidak diketahui ramai, aku dapat tawaran ke matrikulasi. Nak tau kat mana ? Alhamdulillah Matrik Kelantan. Eh kelantan ada matrik ke? Ada sygg. Baru jaa bukak November 2013. Selaku lepasan Spm 2013 yg tidak berjaya ke ipta, keh3 (org ckp matrik tempat bahan buangan budak spm yg tak dapat pegi U) kiranya aku ni first batch laa nk langkah kaki jejak di Matrik Pasir Puteh Kelantan niii. Tapi ada jugak yg dapat UPU tapi tolak nak pegi matrik, so jangan bersedih yee. Sobs3. Hahahaha.



Cantik tak Matrik Kelantan ? Hahaha nanti sampai sana aku amek gambar banyak2. Muahaha.
Tarikh daftar untuk aliran sains taun ni 25Mei (lagi 4hari jaaa, tak sabarrr gila). Dah banyak persiapan yg aku buat. (Yelah 4 hari ja lagi takkan tak siap lagi haha). Gambar nak 8keping jaaa. Kebanyakan U sampai berbelas keping. Yg paling tak bestnyaaa semua matrik kat Malaysia (rasanya Pahang guna Bank Islam) ni menggunakan Bank Bsn a.k.a Giro nak masukkan duit elaun Rm250 tuuu, tapi kelantan punya menggunakan Bank Muamalat. Adehh. Aku dah ada dh pon bsn, tapi kena buat akaun muamalat plak. Takpalah. Islamik sikit kann. Muahaha.

Oh yaa, sebenarnya aku dapat aliran sains ye dan aku yakin aku dpt modul II sebab aku tak amek bio pon time sekolah. Hahaha. Mesti org tertanya, asal tak pegi U teros? Untuk pengetahuan semuaa, aku tak dapat U. Tau UPU tulis apa "Dukacita anda tidak terpilih ke IPTA." Hahaha sedih gilaa bhaii. At least member aku dapat laa jugak course pengurusan hotel laa apa, aku ? Hahaha. Tadak rezeki mungkin.

Takpalahh. Lagipun sebelum matrik kat kelantan tu dibina pon takdir aku memang dekat situ. So nak buat apa sedih UPU tak dapat. Hahaha. Aku sebenarnya tengah tak sabar+risau. Haha. Kenapa risau ? Sebab aku dengar cerita matrik banyak budak 7 8 A masukk. Aku yg dapat 5A ni mcm mna ? Boleh survive ka. Dah laa tak penah dduk asrama. Mcm2 barang aku taktau nak bawak. Hahaha. Jadual kelas matrik 8pg sampai 5ptg. Kadang2 aku terfikir seorang diri. Dulu nak SPM pon aku tak stdy terok mcm tu lagi. Hahaha. Siyes. Aku nii jenis malas. Org cakap matrik kena rajin. Dduk matrik kena rajin. Haha. Mungkin ni wasilah kat diri aku bertemu dengan org2 yg rajin supaya aku juga rajin. Hehehe. Siyes kot. Aku dari fom1 sampai fom5 kawan yg Allah pertemukan mesti yg over bijak. Hahaha. Spm 8 9 A. Mungkin Allah nak aku pon terikut bijak kot. Muahahaha. 
Okay merapu.
Okay lahh. Takat ni jaa. Nanti dah sampai sana aku update lagi belog aku ni. Haha. Tak sabar nak jumpa kawan baru. Mesti kawan baru aku tu bijak2 kann. Hahaha. Hari sabtu pgi dah gerak sana. Agak2 sampai pukul berapa la yee. Okay lah byee.

Assalamualaikum

7 comments:

  1. wah,cantiknya!matrik baru ye ni?kerusi dewan kuliah pun tak cabut plastik lagi=)

    btw,tahniah!belajar rerajin tau!

    ReplyDelete
  2. Yeee matrik baruu. Hehe tenkiuuuu. :D insyAllah beljar rajin2. Heeee

    ReplyDelete
  3. nice blog. nk tnye, dpt tahu masuk matrik bulan bape ?? ade tak dlm sebulan lepas dpt result ? sebab tahun lepas result spm umum lmbt kan ?

    ReplyDelete
  4. @saiful eikmal : hmm. Dalam sebulan jugak laaa sebab result dulu keluar 20 March. Dlm hujung bulan april dah dpt tau result mtrik.

    ReplyDelete
  5. ouh pkay. thanx for your information. :)

    ReplyDelete
  6. kak nak tnya, nk buka bank muamalat tu brape kna bayar yer???

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaahh akak x ingt. tapi muamlat tk silap murah je

      Delete

Eh? Dah baca ? Comment dulu boleh ? ^_^