20 August 2015

Cara Pemilihan Sistem UPU

Assalamualaikum


Haii, seperti dijanjikan post yang lepas, pasal kos geofizik,  harini im gonna share analisis pemilihan UPU 2015 dan tips cara pilih UPU dengan betul. Btw, analisis ni ada berdasarkan beberapa orang aku yg aku kenal dan aku ada ic diorang so sebab tu aku bole semak pemilihan upu dan result diorang. So korang hati hati simpan ic korang jgn sampai member ambik gambar simpan dalam fon :P. Btw lupa nak bagitau. Semua pelajar pelajar dibawah adalah daripada modul 2 dekat matrik makna kata tak ambik biologi. :)

PELAJAR 1 - CGPA 3.36

Pilihan 1
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK) DENGAN KEPUJIAN#
UPSI
Pilihan 2
IJAZAH SARJANAMUDA PENGIMEJAN DIAGNOSTIK DAN RADIOTERAPI DENGAN KEPUJIAN#
UKM
Pilihan 3
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS PEMUTUSAN)
UUM
Pilihan 4
SARJANA MUDA PENGIMEJAN PERUBATAN (KEPUJIAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 5
SARJANA MUDA FARMASI (KEPUJIAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA
UiTM
Pilihan 6
SARJANA MUDA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN (KEPUJIAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 7
BACELOR SAINS (KEPUJIAN) MAJOR KIMIA
UPM
Pilihan 8
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SAINS AKTUARI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 9
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (MINYAK DAN GAS) KEPUJIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 10
SARJANA MUDA SAINS (KIMIA INDUSTRI)
UTM
Pilihan 11
SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (KIMIA) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 12
SARJANA MUDA OPTOMETRI (KEPUJIAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM

Pelajar 1 ni memang aku nak marah tengok cara dia pilih. Sebab? Cer tengok pilihan 2,4,6,12 dia. Modul 2 tak ambik bio sedangkan dekat panduan UPU syarat dia kena bio untuk 4 kos tersebut. Pilihan 5 dia FARMASI. Korang tak tau Farmasi utk budak 4flat je kalau kat UiTM? So paling cikai pon dekat UiTM result cgpa mesti 3.6 keats. Kenapa aku berani cakap 3.6 ? Sbb kawan aku punya kakak result dia 3.68 dan dapat farmasi dekat UiTM. So korang rasa pelajar 1 punya result UPU apa? Yes. Pilihan 3. Sebelum result keluar pun aku dh agak dia dpt pilihan 3. 


PELAJAR 2- CGPA 3.38

Pilihan 1
BACELOR KEJURUTERAAN (KIMIA)
UPM
Pilihan 2
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KIMIA - GAS)
UTM
Pilihan 3
BACELOR KEJURUTERAAN (MEKANIKAL)
UPM
Pilihan 4
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KIMIA)
UTM
Pilihan 5
BACELOR KEJURUTERAAN (AWAM)
UPM
Pilihan 6
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KIMIA) KEPUJIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 7
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (MINYAK DAN GAS) KEPUJIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 8
SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN AWAM (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 9
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN DENGAN KEPUJIAN MEKANIKAL (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 10
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) KIMIA DAN PROSES (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 11
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) KIMIA DENGAN PERSEKITARAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 12
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA (KEPUJIAN) (PROSES KIMIA INDUSTRI)
UniMAP

Yang ni jenis demand nak Research University. Kalau boleh nak letak UPM, UTM semua. Adik adik. Kalau nak RU sekali pun, tengok result dik. 3.5 pun tak jamin lagi boleh dapat. Buat pengetahun semua oil n gas UTM ambik budak 4flat sahaja. Kalau nak jugak RU kena mintk kos yang tak ramai orang nak. Tapi kalau jenis nak engineering jugak maybe kena pilihan engineering yang orang tak berapa familiar. Contoh Kejuruteraan Geomatik. Tapi kawan aku yang dapat kos geomatik dekat UTM ni pointer cgpa 3.6 keats jugak. Makna kata kalau korang rasa pointer korang bawah 3.5 jangan mintk bebanyak RU dekat UPU. Setakat nak try utk satu pilihan daripada 12 its okay. Pelajar 2 telah terpilih utk pilihan 9.

PELAJAR 3- CGPA 3.56

Pilihan 1
BACELOR KEJURUTERAAN (KIMIA)
UPM
Pilihan 2
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURUTERAAN DENGAN KEPUJIAN (KIMIA)#
UKM
Pilihan 3
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KIMIA)
UTM
Pilihan 4
BACELOR SAINS (KEPUJIAN) MAJOR KIMIA
UPM
Pilihan 5
BACELOR SAINS (KEPUJIAN) MAJOR KIMIA PERINDUSTRIAN
UPM
Pilihan 6
BACELOR SAINS (KEPUJIAN) MAJOR KIMIA PETROLEUM
UPM
Pilihan 7
BACELOR SAINS (KEPUJIAN) MAJOR SAINS BAHAN
UPM
Pilihan 8
BACELOR KEJURUTERAAN (PROSES DAN MAKANAN)
UPM
Pilihan 9
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KIMIA) KEPUJIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 10
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (MINYAK DAN GAS) KEPUJIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 11
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN KIMIA
UMP
Pilihan 12
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) KIMIA DENGAN PERSEKITARAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UTM

Pelajar 3 demand nak UPM sebab tu bole nampak kebanyakan UPM. Kalau tengok pointer bole laa kalau nak engineering. TAPI! Pelajar 3 tak dapat kos kejuruteraan. Sebab ? Masa batch aku terlampau ramai yang nak UPM. Cana aku tau? Hahaha tanya laaa. Dalam kuliah kejap kejap aku pusing sana sini tanya "Kau mintk apa doe kat UPU?" Dan kebanyakkannya semua nak UPM. So pelajar 3 telah terpilih untuk pilihan 7. So adik adik tak semestinya pointer korang 3.5 keats bole dapat pilihan pertama kay?

PELAJAR 4- CGPA 3.20

Pilihan 1
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK) DENGAN KEPUJIAN#
UPSI
Pilihan 2
BACELOR SAINS (DIETETIK)#
UPM
Pilihan 3
IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)#
UKM
Pilihan 4
IJAZAH SARJANAMUDA DIETETIK DENGAN KEPUJIAN#
UKM
Pilihan 5
BACELOR SAINS (KEPUJIAN) MAJOR KIMIA PETROLEUM
UPM
Pilihan 6
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA ELEKTRIK) DENGAN KEPUJIAN
UTHM
Pilihan 7
IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK (KEPUJIAN)
UniSZA
Pilihan 8
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (DENGAN KEPUJIAN) KEJURUTERAAN KIMIA
UNIMAS
Pilihan 9
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (MINYAK DAN GAS) KEPUJIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 10
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
UMP
Pilihan 11
KEJURUTERAAN KIMIA
UMS
Pilihan 12
SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (INSURANS) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM

Pelajar 4 mempunyai penyakit macam pelajar 1, tak baca panduan. Pilihan 2,4,7 adalah untuk pelajar yang ambik bio. Rugi 3 pilihan kena reject mcm tu jaa. Pelajar 4 rugi sebab pointer dia boleh lagi laa kalau nak try engineering dekat UMP ke, UniMap ke. Tapi dia dapat kos Teknologi Kejuruteraan. Yes pilihan 6. Anyway nak bagitau Teknologi Kejuruteraan tak sama dengan Kejuruteraan. Mohon adik adik yang isi UPU baca betul betul. Apa yang beza nya? Pls read this blog. Perbezaan Teknologi Kejuruteraan dan Kejuruteraan

Edit : Teknologi Kejuruteraan boleh register BEM. So jangan risau. Baca sini

PELAJAR 5- CGPA 3.18

Pilihan 1
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURUTERAAN DENGAN KEPUJIAN (PEMBUATAN)#
UKM
Pilihan 2
BACELOR KEJURUTERAAN (MEKANIKAL)
UPM
Pilihan 3
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (MEKANIKAL - PEMBUATAN)
UTM
Pilihan 4
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (PROGRAM KERJASAMA DENGAN KARLSRUHE UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCES)
UMP
Pilihan 5
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) (KEPUJIAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 6
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN PEMBUATAN
UMP
Pilihan 7
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN DENGAN KEPUJIAN (KEJURUTERAAN ELEKTRONIK)
USIM
Pilihan 8
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) DENGAN KEPUJIAN
UTHM
Pilihan 9
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
UMP
Pilihan 10
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN DENGAN KEPUJIAN MEKANIKAL (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM
Pilihan 11
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN) DENGAN KEPUJUIAN
UTeM
Pilihan 12
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PROSES DAN TEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN
UTeM

Pelajar 5 dapat interview UKM pilihan 1 tapi result UPU tak menyebelahi iv. Sebab? Interview panggil masa result pspm 2 tak keluar lagi. Result pspm 1 dia 3.58 sebab tu dia dipanggil. Tapi bila result pspm 2 keluar, cgpa jadi rendah sbb pspm 2 rendah. So jangan harap sangat bila pihak interviewer senyum mcm nk ambik kau masuk at last tak dpt. 

Edit : sorry yee sebenarnya akak pun tak sure whole pointer memainkan peranan atau tidak sbb kalau kos interview based on interview session tu sendiri. Kemungkinan tengok total cgpa kemungkinan tidak.

Pelajar 5 dah rugi satu ruangan UPU sebab masa SPM dia tak ambik bahasa arab. So kenapa dia bole letak pilihan 7 untuk USIM? Ye ini kes tak baca panduan dan syarat dulu. Beli pin terus register UPU then pilih. So result pelajar 5, dia diterima masuk untuk pilihan 6.

PELAJAR 6- CGPA 3.49

Pilihan 1
KEJURUTERAAN KIMIA
UMS
Pilihan 2
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AERONAUTIK (PENYENGGARAAN PESAWAT TERBANG) DENGAN KEPUJAN#
UTHM
Pilihan 3
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN
UTeM
Pilihan 4
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (PETROLEUM)
UTM
Pilihan 5
BACELOR KEJURUTERAAN (MEKANIKAL)
UPM
Pilihan 6
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEJURUTERAAN PERISIAN) DENGAN KEPUJIAN
UMP
Pilihan 7
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) (KEJURUTERAAN AWAM)
UniMAP
Pilihan 8
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (DENGAN KEPUJIAN) KEJURUTERAAN KIMIA
UNIMAS
Pilihan 9
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN
UTHM
Pilihan 10
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI MARITIM)
UMT
Pilihan 11
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN KEPUJIAN
UTHM
Pilihan 12
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN AWAM
UMP

Pelik jugak sebab tak ramai orang semenanjung nak letak UMS pilihan pertama. Tapi orang cakap kalau kau tak nak UMS or UNIMAS, jangan letak pilihan atas sebab konfom dapat. Tapi sebenarnya pelajar terpilijh utk plihan kedua. So adik adik jgn tekejut kalau pointer 3.5 pon but still tk dpt UMS. kejuruteraan kimia memang course hotz. ramai yg mohon. Btw UTM petroleum budak 4flat je dpt. Kalau nak try jugak bole letak pilihan pertama jangan jadi mcm pelajar 6 UPM n UTM kat bawah. So ending dengan dapat result UPU pilihan ke 2.

Okay lahh takat tu je analisis dr aku. Malas nk key in bebanyak. Haha. Korang yang mohon UPU tu akk mohon sangat sangat bukak portal UPU dekat bahagian menu ada dia tulis IPTA pastu ambik panduan U. Kalau tak jumpaa haaaa nah link


https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php?jenprog=stpm


Okay assalamualaikum. Before choose pikir betul betul okay.

Edit : Korang kalau nak cari cari kos yg boleh jamin kerja sikit boleh pergi laman web MQA. Kalau kos tu dia highlight hijau means kos tu dapat pengiktirafan dari badan professional sndri. Means from industri itu sendiri. Dan ada yg tanya apa beza kos ada kepujian dan dan tak da kepujian pun boleh semak thru MQA sendiri.



19 August 2015

Kenapa Aku Pilih Geofizik USM

Assalamualaikum

Hai. Dah lama tak hapdet blog. Mcm tajuk aku harini, ramai yang tahu aku dapat UTM sebab sapa sapa je tanya psal result UPU, aku bagitau aku dpt UTM tapi tak de sapa tau aku dapat USM. Seriously aku tak nak pon mintak USM, dah laa pin sampai 40hinggit. Tapi mak kata, mintk p laaa. Mana tau upu dapat kos tk best at least ada backup. Time tu kata dekat mak. "Klau dapat USM pon akk takmau p. Tolonglahhh, dah laaa dekat."


Like seriously tipu laaa aku tk nmpk yg aku dpt USM tapi hati ni sikit pon tak rasa was was sama ada nk ambik USM ke UTM. Aku terlampau benci USM sbb dia terletak dekat Penang. Ya, aku suka pergi jauh. Kalau boleh aku nk isi UPU haritu dekat UMS tapi mak aku tak bg. Then aku ubah UMS pilihan bawah sikit. Tau tak betapa happynya aku bila dpt tau diterima ke UTM Skudai untuk pilihan pertama UPU. Aku tekan terima tawaran then isi borang UTM P5. Bincang dengan ayah aku nak bawak kereta straight smpai johor n stay semalam dekat skudai or behenti dulu memana tido situ then esok tu sambung perjalanan ke johor. Ayah aku suruh behenti kat Melaka. Aku pun cari homestay dekat Melaka. Dah book. Cuma deposit tak bayar lagi.

Jadi? Macam mana aku boleh ubah hati tukar pilihan? 2 hari selepas aku sahkan nk ke johor, aku ada text senior UTM, aku saja jee terdetik nak tanya dia "Kos pendidikan ni open market ke tak?" Satu jawapan yg buat aku tekejut. Dia cakap ya open market. Kenapa aku tekejut? Sbb setiap permohonan aku dekat UPU, aku akan baca panduan tu bebetul, cari google nanti kerja apa. Silibus dia cemana. Mmg aku selidik bebetul sebelum mohon. Dan dekat panduan tak de tulis pun kos tu open market. Dekat UPSI je ada tulis certain kos open market masa aku mohon UPU 2014 tu. Tapi bila senior ni bagitau mcm tu aku terus check UPU, still tak de tulis open market. Aku check UPSI, pon takde tulis open market. UPU dah update! Semua kos pendidikan dekat mana mana ipta or ipts dah jadi open market.

Btw, korang yang baca ni paham ke open market tu apa. Hahaha. Open market bermaksud kerajaan tak tanggung kalau korang tak posting ke mana mana sekolah. Korang kena g bukak web jobsmalaysia n cari sendiri kerja korang nak. Dan kos open market ni bermakna korang layak g pohon kerja lain selain guru/lect. Makna kata korang boleh g mohon kat mana mana syarikat mcm aku kos elektrik so boleh g mohon kat kilang. Tapi bila aku baca blog dekat google, ramai siswazah lulusan pendidikan menganggur sbb mana mana company tak nak terima dia kerja sbb dia lulusan pendidikan. Of kos bos lagi ambik lulusan engineering sbb dia ada amali n prktikal dia sendiri. Lepastu aku ada jumpa satu blog dia cakap "memang kalau kita perhatikan dekat sekolah, banyak kekosongan guru tapi kenapa ramai yg masih menganggur? Sbb kerajaan tak de duit nak bayar gaji guru baru. Bayangkan kalau dia posting guru baru, berapa banyak gaji dia kena bayar. Better sekolah tu tak cukup guru dan hanya mantain bayar gaji guru lama"

Perghh aku dh mula rasa was was dgn pilihan aku. Pastu boleh plak aku scroll scroll twitter n jumpa gambar ni


Agak tekejut yang rupanya kerjaya geofizik ni ada jugak org kenal. Ingt ke takde sapa sapa tau. Malam tu aku stress gila bapak sbb aku berada di tengah tengah antara usm or utm. Gila bhai aku nk tolak utm. 2,3 hari sebelum upu keluar , aku dh follow twt_utm. Hahaha. Lawa gila siap ada tasik yang boleh student kayuh benda alah apa tah nama dia pusing pusing dalam tasik. Bapak best. Malam tu aku post satu status kat facebook tanya pendapat orang mana satu lagi okay. Tapi kau tahu apa orang facebook komen? "Adik patut bersyukur, tak semua org masuk U.. bla..bla.." Aduhmak macam nk reply "sygku, aku tanya u mana okay. Bersyukur? Kau tahu mana aku tak bersyukur?" Haihh. Last last aku delete post tu and text madam rohashikin and hus pasal tu. Hus bagi ayat yang sangat motivate.



Malam tu aku buat solat istikharah. "Mana yang baik bagiku maka Kau senangkanlah hati aku ketika memilihnya". You know what, pagi tu hati aku kuat cakap aku nk g usm. Perghh. Hebatnya kuasa doa tu. Sikit pon aku tk rasa was was nk terima utm or tak. Tapi a little bit sedih sbb aku still kat Penang. Sumpah nak pergi Johor wehh. Aku mintk matrik Johor tk dpt. Mintk utm pon tapi tk ditakdirkan. Takpalah. Ada lah tuu hikmah. Allah knows best.

Oh ya, esok tu aku cari senior kos geofizik dan hakak tu dah buat aku bersemangat tahap gila nk start new life aku sebagai student geofizik.






Aku ada tanya beberapa pendapat sebelum aku pilih usm. Twt sains dgn satu cikgu dekat blog. And they replied my emel. Alhamdulillah. Hati aku kuat nak pergi usm.



Yang ni from cikgu
Yang ni pulak emel dari twt sains! Thankyou for your respons.



Waalaikumussalam WBT.



Terima kasih di atas soalan saudari. Saya dapati saudari mempunyai 2 soalan utama iaitu;



1.Bagaimana nak yakinkan ahli keluarga atas keputusan saudari untuk ke bidang geofizik.



2. Nak pergi atau tidak.

di bawah merupakan jawapan dari saya:



Pengenalan

1.Geofizik merupakan salah satu cabang dari bidang geologi, iaitu ilmu mengenai penciptaan, dinamik, dan bagaimana bumi (dan planet) berfungsi.



2. Dari pengamatan saya, kursus geofizik ini tidak banyak bezanya dengan geologi kerana di awal kursus ini saudari akan diajar akan asas-asas geologi seperti mengenali jenis-jenis batu, mengkaji bentuk muka bumi, mempelajari bagaimana bumi terbentuk dan seumpamanya.



3. Apa yang membezakan kursus geologi dan geofizik ialah geofizik mempunyai subjek-subjek pengkhususan yang menumpukan kepada mengkaji pergerakan bumi.



Aspek pekerjaan ahli geofizik



4. Selepas membaca e-mel saudari saya yakin saudari pun tahu banyak syarikat petroleum sekarang yang memerlukan khidmat graduan lulusan geofizik. Itu merupakan salah satu dari banyak contoh pekerjaan yang memerlukan ahli geofizik.



5. Selain dari itu, graduan geofizik juga diperlukan di dalam bidang meteorologi. Ilmu yang dipelajari dalam kursus geofizik ini sangat penting untuk mengkaji pergerakan kerak bumi yang membawa kepada gempa bumi. Hal ini dinamakan seismologi, ilmu mengkaji pergerakan bumi. 



6. Jika kita dapat meramal pergerakan kerak bumi, maka kita boleh mengelakkan / mengurangkan risiko kemusnahan yang diakibatkan oleh gempa bumi (dan tsunami juga disebabkan oleh gempa bumi!). Ingatlah peristiwa gempa & tsunami yang berlaku di Jepun (2010/11), atau yang berlaku di Sabah baru-baru ini.



7.Khidmat geofizik juga sangat diperlukan sebelum memulakan suatu projek pembinaan. Pakar geofizik sangat diperlukan untuk (A) menilai tahap keselamatan cerun, (B) menilai aktiviti seismik (aktiviti kerak bumi) di tapak projek. 



8.Lihatlah contoh projek pembinaan terowong (dan lebuhraya itu sendiri)  lebuhraya utara-selatan di Kuala Kangsar. Sebelum pihak PLUS membuat keputusan membuat lebuhraya dan menebuk gunung untuk membuat terowong, mereka perlu mendapatkan nasihat oleh ahli geofizik untuk memastikan cerun itu selamat untuk dibangunkan dan supaya terowong itu tak runtuh dalam masa yang terdekat!



9.Selain itu kejadian tanah runtuh Highlands Tower (1993) dan Bukit Antarabangsa (2008) juga sebenarnya boleh dielakkan jika orang awam menghargai nasihat seorang pakar geofizik dari sebuah universiti. Tambahan dari itu, cerun berdekatan dengan terowong Menora lebuhraya PLUS sekarang mendapat pemantauan dari masa ke masa oleh seorang ahli geofizik.



10. Dari sudut ini saudari boleh berkerja sebagai ahli geofizik dalam syarikat pembinaan ataupun boleh membuka syarikat konsultasi sendiri ($$$). Menarik juga untuk tahu khidmat nasihat ahli geofizik diperlukan sebelum membina empangan, dan mungkin juga pembinaan KLCC, Menara KL!



11. Beralih dari bidang pembinaan, ahli geofizik juga diperlukan di dalam bidang perlombongan (arang batu, bijih besi, rare earth materials) dan tidak lupa, akhir sekali dunia akademik yang mempunyai 1001 kemungkinan. 


12.Saudari sekarang mempunyai 2 pilihan iaitu ke bidang pendidikan atau bidang geofizik. Saya pasti saudari dah sedia maklum dan faham akan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.



13.Saranan saya ialah: saudari ambil sahaja jurusan yang saudari minati. Hal ini kerana saya percaya jika kita melakukan sesuatu yang kita minati, Insyallah kita akan meneruskan pilihan itu dengan senang hati. Jika kita buat sesuatu yang kita tak suka, ada kebarangkalian untuk kita berhenti  mengikuti pengajian itu separuh jalan dan akhirnya merugikan masa dan wang ringgit. Tambahan lagi mungkin hal ini akan mempengaruhi prestasi akademik kita ketika belajar di universiti, lalu menyebabkan stress dan banyak lagi kebarangkalian untuk terjadi.



14.Secara peribadi saya meraikan pilihan saudari untuk ke bidang sains (geofizik) kerana Malaysia tidak mempunyai banyak kepakaran di dalam bidang ini.



15.Saya juga ingin memaklumkan bahawa bidang kerja seperti geofizik ini tidak semestinya terhad di Malaysia sahaja, tetapi diperlukan seluruh dunia. Saya mendapat tahu negara China sangat memerlukan ahli geofizik untuk menguruskan lombong-lombong arang batu di sana. Begitu juga syarikat-syarikat petroleum di Timur Tengah.



16.Akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa amat penting untuk kita mengikut minat kita. Selain itu saya memohon maaf kerana e-mel ini terputus menjadi dua. 



17.Jangan malu dan segan untuk bertanyakan lebih banyak soalan! E-melkan soalan ataupun mention @tweetsains di twitter.




Majulah Sains Untuk Negara,

Admin TweetSains!

Update : Akak sekarang sambung master Geotechnics. 

Update pasal geophysics. Klik Geophysics USM


Oh ya, ni video field camp baru2 ni, bole klik link ni, USMSEG STUDENT CHAPTER FIELD CAMP 2017.

Next post insyaAllah aku type pasal  macam mana pemilihan sistem UPU

BAGI YANG NAK APPLY COURSE NI, BOLE TENGOK LINK NI UNTUK CHECK KELAYAKAN :) KELAYAKAN GEOPHYSICS COURSE