11 December 2014

Result PSPM teruk ?

Assalamualaikum

Wuhuuu. Result PSPM dh keluar doe. Cehhh ayat happy je. Padahal pointer aku 3.5 pon tak lepas. Kehkeh. Okay sebenarnya post aku kali ni nak bangkitkan semangat kawan kawan aku yg result dia kurang cemerlang. Contohnya macam aku lah ye.

Aku start dengan kisah hidup aku boleh ? Kisahnyaa bermulaa... (Takpyah nak formal sgt kot?) aku ditakdirkan alhamdulillah straight A PMR time tuu, then disebabkan tuu, semua org suruh aku amek jurusan sains. Aku tak pasti aku dah buat keputusan yg salah sebab ikut kawan atau memang takdir aku ke arah sains. Disebakan bermulanya result PMR aku tulahh, sampai sekarang aku still stuck dengan subjek2 sains.
Aku tak minat kimia dan aku benci fizik. Dan aku bukan jenis otak mengira. Aku kalau bab2 sejarah, agama, ict yg tuu jaa boleh A. Otak aku otak membaca. Sejak aku terstuck dlm subjek sains masa form 4, form5 aku dah psang niat aku takkan belajar sains lepas SPM. Aku dah tanak tgk semua tuu. Aku penat sangat hadap benda yg aku benci. Tapiii. Tu lahhh mcm aku cakap. Tak pasti. Mungkin memang takdir aku dibidang sains lagi walaupun aku buat mcm2 nak lari daripada sains.
UPU aku isi dari atas sampai bawah semua asasi bukan sains. Aku tak isi diploma langsung. Sebab aku niat aku nak asasi atau matrik ja. Sumpah aku mati2 tak nak pegi matrik. Tapi tulahhh last choice yg aku ada. Aku tak dpt UPU. Mungkin sebab aku mintak asasi law dari atas sampai bawah. Aku ada cakap nak tukar akaun kat matrik. Tapi mak cakap setaun je. Sambung je sains. Nanti degree nak sambung apa semua boleh. Dan sekali lagi aku still tak boleh lari dari sains. Masa hari first orientasi, time aku perkenalkan diri. Time tu Pn Idrawati yg jaga ldk, dia tanya aku nanti degree nak sambung apa, mulut ku terkeluar satu course yg entah aku pun terkejut apa yg aku sebut."Kaunseling"
Entah. Tapi tak dak niat nak amek sains. Dan lepas result keluar semalam lagi kuat hati aku cakap jangan sambung sains dah. Sebab aku dah kata kat diri aku , kalau pointer atas 3.5 maksudnya aku akan sambung sains tapi kalau bawah dari 3.5 aku akan sambung course yg bukan sains. Tak pasti lagi apa. Aku ikut takdir. Ye aku tau, kalau kimia aku B solid bukan B minus, pointer aku akan jadi 3.5 tepat. Tapi aku tak nak sebut perkataan KALAU. Cikgu aku cakap Allah tak suka org yg sebut 'kalau'. Sebab macam kita tak redha dengan rezeki yg Allah bagi. Aku dah janji kat diri yg aku takkan persoalkan gred2 yg tertulis dekat result PSPM. Sebab semua tu ada sebab.
Aku redha dengan result aku. Sikit pun aku tak sedih. Macam mana nak tau hati redha ke tak. Bila kau tak sedih dan tak mempersoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Aku pun taktau kenapa aku tak dak rasa apa2 pun atas result aku. Mungkin sbb aku tak expect apa2. Sebab aku tau suatu hari nanti aku akan berterima kasih sebab dapat result mcmtu.
 Suatu ketika dulu, aku penah cakap "Kalau lahh semua B+ aku jadi A- aku dah dapat 8A 1B dan kemungkinan besar aku dapat asasi. Aku takkan jejak matrik".
Tapi takkk. Kau rasa asasi tu yg terbaik, tapi Allah kata TAK. Rezeki kau kat matrik. Tak semestinya kalau dapat asasi masa depan kau cerah. Allah kata matrik adalah tempat terbaik untuk kau.
Dan sekarang bila ada kat matrik aku rasa aku lah manusia paling bertuah sebab sampai sini. Sampai aku cakap "Ya Allah tima kasih sebab bagi aku 5A. Tima kasih sebab suma yg lain jadi B+. Tima kasih sebab aku tak dapat asasi. Kalau tak aku takkan jumpa budak2 ni, aku tak rasa semua ni.





Dan ditakdirkan Allah aku dapat Kelantan. Tempat yg banyak sangat kekurangan. Allah ajar kami semua belajar cintakan setiap kekurangan, tak semestinya yg sempurna tuu akan bagi kebahagian. Kepada pelajar matrik yg dapat result bawah 3.0 jangan susah hati. Tak semestinya 3.5 cgpa yg kau rasa tahap selamat tuu akan dapat U bagus2.

Ni bedasarkan pengalaman aku la. Kawan aku SPM dia 4A 3B 2C dan C dia akaun and add math. A dia pun semua A- je. Jurusan akaun pulak. Kira kalau nak banding result aku dengan dia kira berganda lagi terer ar. Tapi. Allah kata rezeki dia bukan dekat result spm tapi result upu. Kau tau dia sambung mana sekarang ? Asasi senibina UIA. See ? Rezeki Allah kita tak sangka. Jangan cakap pointer bawah 3.0 takleh pegi U bagus2, boleh jadi budak2 pointer atas 3.5 pon tak dapat apa kau dapat nanti.

Aku sangat2 benci manusia yang think negative. Taktau kenapa. Rasa mcm nak tampor jaa.
Dan paling penting jangan cemburu dengan rezeki orang! Kadang2 kita tengok kawan2 kita belajar biase je, dia makan kita makan, dia tidur kita tidur, masa dia belajar kita pun belajar. Tapi bila keluar result, perghh result gempak habis. Time tu mesti hati kata "dia ni tak belajar sangat pun tapi kenapa dia dapat result gempak."

Sila tampor muka anda. Woiii tak reti bersyukur ke ? Kita tak nampak. Mungkin rezeki dia kat pembelajaran. Dan mungkin keluarga dia tak sebahagia kita. Tak seharmoni kita. Dan mungkin dia tak sekaya kita. Tak dapat mcm apa yg kita nak. Rezeki kat mana2 wehhh. Allah dah atur rezeki masing2. Dan rezeki tu mcm2. Kita mungkin ada segala benda yg kita nak tapi mungkin dia tak penah dapat apa yg kita dapat. So kenapa kau nak mempersoalkan rezeki dia. Boleh jadi rezeki kau nanti dalam bidang pekerjaan.

Aku rasa dah penat aku bebel. Haha. Tengok aku chill je result KO. Haha. Siap pegi sana sini tanya result org padahal result mcm pfffttt. Haha. Pesanan aku satu je, yakin setiap yg Allah aturkan adalah yg terbaik. Okay.


14 November 2014

Should I Change to DiGi ?

Assalamualaikum
Perggh dah lama tak menaip. Rindu tak rindu tak ? Hehe. Sebenarnya hari ni aku rasa nak mengamuk sangat. Sebab? Sebab celcom. Aku pengguna celcom 1 Malaysia. Ye aku beli sim ni mahal weh. Rm40 lebih. 
Dah lama tak beli data. Last aku beli bulan 9. Lepas tu nekad nak pakai wifi kolej je sebab nak PSPM.
Habis muet 8November tu terus aku beli data. Sent '1MONTH' dekat 28882. Tetiba dia cakap dh tukar keyword, 'NET25'. Time tu aku tak tau lagi celcom dh buat servis baru. Yelah study je time tu. Nak dijadikan cerita. Semalam, celcom bagi mesej ni kat aku.

Memang kredit aku tinggal brpa sen je lah kan. Aku check semua package internet yg celcom tawarkan, pergh memang bapakkk. Kalau habis kuota yg kau pakai, habis laa. Contoh. Kau beli 1GB sebulan. Rm25. Memang laa sah sebulan. Tapi katakan baru dua minggu kau pakai dah habis 1GB. Dia akan tarik krdit yg kau ada.  PAY PER USE katenyee (┳Д┳). Salunyaa kalau dah habis quota, still boleh load. Cuma lambat la. Lambat tu aku tak kisah, tapi sampai takleh pakai tu mmg dah mengarut la kan.
Dan harini aku topup lagi Rm10 untuk tambah data. Aku banyak habis duit sbb kau celcom ! Aku pegi digi service center tadi. Nak convert no celcom ni ke digi. Dia cakap boleh. Bagi ic dia nak register. Aku tanya dulu plan apa yg nak tukar ni. Yelahh digi kan banyak plan. Dia tunjuk kat aku buku tu. Sebulan rm50 woiiii. Aku tanya dia. Bukan ada yg rm30 sebulan ke. Dia cakap kalau nak yg tuu beli laa sim DiGi easy tuu. Masalahnya aku tak nak tukar no! Aku nk convert plan.
So tadi usya2 facebook, nak cari agen yg jual DiGi 1 Malaysia yg Pali cita kat aku tu. Rm18 sebulan. Dah text, dia suruh bagi sekian2 detail, rm 20 je dh dapat tukar ke digi 1Malaysia. Aku just survey harga je. Cari lagi kat fb, then text satu page fb ni, dia cakap 'awak pergi je DiGi center tukar dari celcom ke DiGi 1Malaysia. Free. Takpyah cari agen nk convert2 bagai.' Aku dah buat keputusan nak tukar je ke DiGi. Tetiba terjumpa satu blog ni.

Dia cakap nanti celcom akan stabil balik. Just tggu. Ni pulak aku terjumpa kat forum2 yg bincang pasal celcom.

"Hi. I'm so sorry for late reply because of having meeting with Celcom yesterday. For guys that called & sms me yesterday I have called by last night. Based on what other Celcom dealers & I discussed with Celcom Staff yesterday, Celcom take a drastic action to change all the terms & conditions for this plan because of there were lots of DEALER, SELLER & RESELLER offered this plan with only RM40 with UNLIMITED CALL, SMS & INTERNET. They had hacked the system & cause the Celcom to face large amount of loss. Thats why starting last 2 days all customers around Malaysia having their INTERNET being capped without any notice & credit balance being deducted. Now I'm waiting latest news from Celcom about the INTERNET QUOTA. For my new customer kindly note that I'm not scam your money. I had doing my business in LOWYAT FORUM since 2012 & I have lots of customer here. Kindly PM me if having something to be discussed. Thanks."

So, celcom buat semua ni sebab nak hapuskan sim yg unlimited, yg dah ghostkan. Bila dia buat mcm ni ramai yg akan lari ke telco lain. Jadi aku ni termasuk dlm golongan yg nk lari ke telco lain lahh. Hehe. So perlu ke aku tukar ke digi or tunggu je?

UPDATE

Yeah, officially aku dah convert no aku ke DiGi MNP. Tapi bapak susah gila celcom nk lepaskan aku.

Cara nk convert ke DiGi? Alaa, pegi je DiGi center yg berdekatan, then bagitau "Saya nak convert no saya ke DiGi 1 Malaysia". Dan sim DiGi ni diorang panggil DiGi MNP. Sama ja dengan sim digi 1 malaysia. Syarat nak tukar dia, nomber fon lama adalah dari telco lain cth  from maxis ke digi, or celcom ke digi. Tak bole dari digi nak ke digi. Lepastu nomber lama mesti under no ic korang. RM18 je package intenet dia. Tak pyah nk kena tambah data mcm celcom.

29 August 2014

Solat Subuh 3 Rakaat ?

Assalamualaikum

Kolej Matrikulasi Kelantan

Eh ada ke solat subuh 3 rakaat ? Mesti korang nak ckp aku dah terpesong ni. Hahaha. Pernah tak korang pergi solat subuh jemaah and ada 3 kali sujud ? Pernah ke tak ? Ke tak pernah pergi jemaah subuh ? Haaa ? Haha. Act , banyak org keliru wujud ke solat subuh 3 rakaat. Jadi pagi yg sejuk di bumi KMKt (Kolej Matrikulasi Kelantan) ni, aku nak terangkan kekeliruan yg berlaku ni. Hihi.
Kolej Matrikulasi Kelantan
Sebenarnya korang, solat subuh macam mana sekalipun, ia tetap dua rakaat syg. Tak pernah berubah. Jadi kenapa sujud 3 kali ? Tau tak surah as sajjada ? Tau ke tak ? Pernah tak masa kecik2 dulu mengaji al-quran and ada satu part di mana kita kena sujud ? Yeahh ! You get it now ? Ke masih pening2, blur dan sebagainya ? Haha.

Kalau korang perasan masa rakaat pertama imam tuu baca surah apa ? Mesti tak perasan kann ? Hahaha. Nampak tak betapa tak khusyuknyee kita. Haha. Surah yg imam tu baca surah as sajjada dan tiba2 imam tuu panjangkan takbir dan terus sujud tanpa rukuk dan naik balik. Part ni ramai yg tak biasa akan mengalami kekeliruan, panik, berpeluh dan berfikir mcm2 dalam kepala otak. Hahaha.

Macam pernah alami ja kann ? Hahahaha. Ye2. Kay lahh. Mengaku mengaku. Sebenarnya sepanjang berada di KMKt ni, aku pernah pergi jemaah subuh dekat dewan 4kali je(tak termasuk minggu orientasi, ini sukarela) hahaha. Pagi yg hening lagi sejuk tuu, kiranya kali kelima aku pergi jemaah subuh, jalan laa sorg2 trun bukit kmkt,haha. Lambat plak sampai time tuu, terus jemaah subuh, tak sempat nak solat sunat subuh then memang panik habis laa, dalam kepala otak fikir mcm2. Hahaha. Memang balik bilik aku solat sekali lagi sebab takut tak sah. Haha. Orang jarang pergi jemaah la katakan macam ni laa jadinyaa.

Sebelum tdur balikk tuuu (kantoi la tdur lepas subuh) aku ada laa check pakcik google dan rasa mcm tergelak tahap gila sebab rasa mcm "mengong nyaa aku ni, duk buat panik hbis pdahal bukan 3 rakaat." And harini kali ke enam aku ke jemaah dah tau dah imam ni nk baca surah as sajjada so relax je la kan. Hehe. Tiba2 masa nk sujud sajjada jemaah sebelah aku pegi rukuk, mungkin dia pon mengalami kekeliruan. Takpaa. Kita belajar apa yg kita tak tahu. Kat situ kita boleh nampak betapa banyak lagi kekurangan dlm diri kita right?
Kolej Matrikulasi Kelantan

Balik dari jemaah tergelak nampak kucing kmkt masukkan kepala dalam bungkusan kerepek ni. Haha. Okay thats for this post.

29 May 2014

Minggu Orientasi Di Kolej Matrikulasi Kelantan ;)

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan dalam post
yang lepas. So hari ni berakhir sudah minggu orientasi yang sebenarnya bagi aku agak longgar jadual dia berbanding yang aku dengar dari senior2. Kitorang sebagai first batch di Kolej Matrikulasi Kelantan takde senior, so fasilitator semua sukarelawan yang datang dari mcm mcm universiti. UiTM, UIA n mcm mcm lahh

Sangat best (gile kau tak best) sebab fasi2 semuanya baik2. Hehe. So here lengkap pasal orientasi di KMKt :)

Day 1- 25Mei 2014



Hehe. Korang mesti fikir apa kena mengena dengan ayam ni ? Haha. Tak ni actually aku otw pegi Selising, aku nampak banyak gila ayam makan something tengah jalan. Bayangkan bas depan aku langgar banyak gila ayam. Mati wehhh. Kesian betul.

matrik kelantan

Haa ni sebenarnya tengah jammed. Banyak gila kereta berbaris nak masuk KMKt. 


Haha. Tu roomate aku Lily, orang Johor. Haha. Time ni tak bercakap sangat dengan dia. Sembang dengan mama dia ja. Haha. Sorang lagi Maya. Dia org selangor. See roomate aku org selatan. Nak jumpa org utara dekat sini susah laa.

Pukul 5 lepas habis rehat dalam bilik, kami semua kena pergi Dewan Ibnu Yunus ambik peralatan barang. Tapi ramai yang tak dapat sebab ramai kan.
Dewan matrik kelantan

Cehhwahh. Ni masa first time usya Dewan Ibnu Yunus. Hehe


Oh yaa, time ni saja je diorang nak check berapa ramai pelajar datang dari setiap negeri. Orang Kelantan yang dapat Matrik Kelantan ramai juga la, tapi bila JDT bangun je, perghhh ramai gila. Selangor pon. Time dia suruh orang Penang bangun tak ramai pon. Aku tak kenal. Seorang ja aku kenal, tu pun budak sekolah aku. Paah.

Day 2- 26Mei 2014

Dewan Ibnu Yunus

Haha, ni first day pagi kuliah subuh :) Nak tau aku bangun pukul berapa ? Haha. Pkul 5.03am. Kelam kabut. Masalahnya budak bilik aku pun baru bangun. Second day aku bangun awal sikit laa. 4.45am. Haha

kafe matrik kelantan

Haaa ni kafe KMKt. Ada dua kafe, tapi perempuan banyak ke kafe ni sebab kafe satu lagi laki yang conquer sebab dekat dengan blok diorang.

kafe matrik kelantan



 Hm, ni time Perasmian Perlantikan Watikah Mentor. Semua kena pakai tudung cream ni. Aku benci gila tudung ni. Aku memang tak suka tudung arini. Aku suka pakai bawal lagi. Tension bila kena pakai tudung ni.

Haha ni time tengah tension. Keh3

matrik kelantan

Haa dekat KMKt yang tak best sebab kawasan dia berbukit bukau. So dari dewan nk g balik bilik atau nak ke kafe memang kena naik tangga je. Time ni nk pegi kafe, berebut nk g awal so panjat bukit la. Haha. Aku pun salu jugak panjat. Hihi


See, semua gambar orang lain ja aku ambik. Asal aku tak selfie ? Haha sebab aku pakai tudung burukk !! Hahaha. Aku benci. Macam makcik2.

bilik tutoran matrik kelantan

Oh yeah, lepas balik bilik mandi tukar baju kitorang semua dah dapat kelas LDK sebenarnya. Aku dapat sains modul II (yelahh sebab aku mana ambik bio dekat sekolah). Dan paling tak best dapat tingkat 2 :( Penat ! Dan kebanyakan budak kelas aku semuanya penah ambik bio dekat sekolah. So diorang memang takdak basic ICT macam aku.


Setiap kelas tutoran ni ada wifi kottt. Haha. Tapi still lambat. Aku kalau lambat aku bukak mobile data ja. Kat blok ni ada line sikit berbanding kawasan lain. Line dalam bilik lagi lah nak sent message pun takleh pegi.

kelas tutoran matrik kelantan

ice breaking

 Oh yaa, ni time ice breaking. Hehe. Kena perkenalkan diri dekat budak ldk kitorang. Aku dah laa tengah melayan wifi time tu, tiba-tiba lecture tu cakap "Saya nak yang belakang sekali perkenalkan diri dulu". Tersentak wehh. Taktau nak cakap apa. 


Balik dari kelas tutoran ada riadah. Sebelum ke matrik aku fikir riadah tu berehat dalam bilik or gi laa buat apa apa yg kita suka. Hahaha. See katil aku berselerak gila. Tak sempat nk kemas apa semua.

senamrobik matrik kelantan

Haaa ini dia riadah. Senamrobik tengah panas macam ni. Actually time tu dalam pukul 5 lebih. Tapi kelantan panas gila. Habis jaa senamrobik ni kitorang duduk ikut susunan. Para fasi nak ambik gambar dari atas. Susunan kami duduk berbentuk 'KMKt' 

Kolej Matrikulasi Kelantan

Cantik wehhh. Haha. Aku dduk depan. Huruf K. Haha.


 Malam tu ada taklimat apa tah bersama felo dan ketua kediaman.

Day 3- 27 Mei 2014


Budak Amar ni takdak kena mengena dalam gambar ni. Haha. Yang ni kami kena buat presentation.



Lepas tu petang ada riadah lagi :( haha. Tapi riadah untuk haritu tak de apapun. Kitorang dibahagikan kepada dua group. Satu group 5ratus lebih pelajar. Setengah gi dengar taklimat tentang KAKOM. Setengah lagi pegi jungle tracking. So aku kena g dengar taklimat. So tak dak apa pun riadah petang tu. Tapi budak jungle tracking cakap penat gilaa panjat bukit dalam hutan.


Haaa malam tu ada Alumni. Ada doktor dan engineer datang masa tu.

Day 4- 28 Mei 2014


Saja jaa ambik gambar pagi tuu. Haha. Sejuk. 24°C.


Pagi tu lepas breakfast. Pukul 8 ada progran Dhuha dan ceramah pasal Israk Mikraj :)


Haaaa ni diaa nak habaq mai. Haha. Petang riadah tu group aku pulak kena g jungle tracking. Panas kann ?



jungle tracking matrik kelantan




Penat gila. Sumpah penat. Kaki rasa lemah gila nak angkat kaki teruskan mendaki.


dewan kuliah matrik kelantan

 Ni pulak malam lepas riadah apa semua perjumpaan dengan ketua kediaman blok C (aku duduk blok C). Diorang ni sebenarnya lecture ye. So malam tu kitorang lantik ketua blok, bendahari, setiausaha dan macam2 lah.

Day 5- 29 Mei 2014


Ni hari terakhir orientasi. Kitorang g lawat makmal kimia.



Ni bilik pensyarah :)



Habis dengan kelas LDK ada raptai majlis penutup orientasi. Sory banyak video aku takleh upload sebab sini line lembab. Ni video masa orientasi Game Siput and yg ni video  Raptai.


Sedih gila time ni. Fasi2 semua dah nak balik. Ramai yang buat persembahan, ucap sorry dekat fasi.


So ni last sekali majlis penutup orientasi. Fasi semua teringin nak ambik gambar dengan kembar. Dekat matrik kelantan ada 5pasangan kembar. Haha. Takpa lah. Takat ni ja aku punya post.

UPDATE

Ramai adik adik yg cari akk dekat fb twitter nak tanya pasal matrik kelantan. So ni jawapannye

Akak, kat matrik memang takde line ke? 

Jawapan: Dulu time batch kitorang baru baru masuk, line memang takde. Sampai nak call semua tak boleh. Masuk bilik takleh buka data. Tapi lama lama tetiba line mcm dah ada. Tapi ada je kawan akk cakap blokB memang sampai sekarang line nak buka data and call kadang kadang tak dapat.

Akak, pemakaian kasut/ tudung macam mana?

Jawapan: Dulu akk sebelum masuk matrik pun asyik tercari kakak senior tanya benda yg sama. Huhu. Dekat web/surat memang tulis kena pakai kasut pvc kulit, tapi akk tk penah beli pun. First day pun dh pakai kasut warna warna. Dia asalkan bertutup. Kalau nk gerak cepat pakai je kasut sneaker. Tapi lelaki sampai habis sem diorang pakai je kasut kulit hitam. Ada laa certain pakai kasut canvas nike semua. Haaa lupa nk kasik tahu, korang pakai laa kasut ape pun tpi make sure spare kasut hitam. Maknanya kena beli PVC tu ke? Eh tkkk. Kasut yg bertutup apa apa je, yg ada reben ke ap ke yg nmpk mcm formal. Sebab ? Korang akn ada kelas dinamika. Nanti jadi mcm kwn akk. Call mak dia sruh hntr kasut hitam sebab tk bwak spare. Koko plak kena pakai kasut sukan. Bukan kasut converse high cut berbagai bagai ye. Kasut sukan. Yg tebal gemuk tu. Hahaha. Habis kelas koko nak balik tukar pun bole. Tudung ? Tudung pakai je apa pun. Nk belit belit shawl cena pun tkpe. Tapi lama lama konfom korang pun dh malas nk belit. Pakai bawal je. Haha

Modul diorang pilih ke kita ?

Jawapan: Modul diorang pilih. Pilih berdasarkan result spm. Tapi ada ja kawan akak biologi dapat B+ tapi dapat modul 2, and ada yg bio C tapi terpilih ke modul 1. Hmm mungkin rezeki ke apa taktau la. Tapi masa minggu orientasi adik boleh mohon nk tukar. Dan batch kitorang 100% semua yg mohon dapat tukar ke modul yg diorang nak.

Akak, bilik berapa orang ?

Jawapan: Bilik ada 4 orang. Dan mostly blok perempuan memang penuh 4 orang kecuali aras 3. Bergantung pada batch korang jgk. Kalau sikit mgkn boleh jadi dua org je utk aras 3. Blok lelaki pun sama. Mostly 3org satu bilik. Nanti lepas minggu orientasi lagi laa. Ramai yg dapat asasi la, SPA so bilik korang akan jadi sikit. Ada je aras akak duduk sorang sebab semua dh pindah.

 Akak nak tengok bilik asrama matrik kelantan ?

 Jawapan :





Semua ni gambar dulu dulu. Katil still susun camni. Sekarang dh ubah. Meja loker katil katil loker meja. Means, katil gabung dua tengah tengah. So kalau guling guling langgar laa roomate korang tu. Haha. Taktau laa kenapa nk kena ubah. Penat sangat harituu. Loker bukan ringan nk angkat. Mungkin sebab ramai buat aduan cakap bilik panas sebab kipas tengah tengah satu je. 

Hmm btw, akk dah tengok senarai nama fasi korang punya. Semua baik baik jangan risau. Diorang tk buli punya :P hehe. Apa apa nak tanya komen je bawah. Nanti akak reply. Or boleh cari kat twitter n facebook :)

Assalamualaikum.