11 December 2014

Result PSPM teruk ?

Assalamualaikum

Wuhuuu. Result PSPM dh keluar doe. Cehhh ayat happy je. Padahal pointer aku 3.5 pon tak lepas. Kehkeh. Okay sebenarnya post aku kali ni nak bangkitkan semangat kawan kawan aku yg result dia kurang cemerlang. Contohnya macam aku lah ye.

Aku start dengan kisah hidup aku boleh ? Kisahnyaa bermulaa... (Takpyah nak formal sgt kot?) aku ditakdirkan alhamdulillah straight A PMR time tuu, then disebabkan tuu, semua org suruh aku amek jurusan sains. Aku tak pasti aku dah buat keputusan yg salah sebab ikut kawan atau memang takdir aku ke arah sains. Disebakan bermulanya result PMR aku tulahh, sampai sekarang aku still stuck dengan subjek2 sains.
Aku tak minat kimia dan aku benci fizik. Dan aku bukan jenis otak mengira. Aku kalau bab2 sejarah, agama, ict yg tuu jaa boleh A. Otak aku otak membaca. Sejak aku terstuck dlm subjek sains masa form 4, form5 aku dah psang niat aku takkan belajar sains lepas SPM. Aku dah tanak tgk semua tuu. Aku penat sangat hadap benda yg aku benci. Tapiii. Tu lahhh mcm aku cakap. Tak pasti. Mungkin memang takdir aku dibidang sains lagi walaupun aku buat mcm2 nak lari daripada sains.
UPU aku isi dari atas sampai bawah semua asasi bukan sains. Aku tak isi diploma langsung. Sebab aku niat aku nak asasi atau matrik ja. Sumpah aku mati2 tak nak pegi matrik. Tapi tulahhh last choice yg aku ada. Aku tak dpt UPU. Mungkin sebab aku mintak asasi law dari atas sampai bawah. Aku ada cakap nak tukar akaun kat matrik. Tapi mak cakap setaun je. Sambung je sains. Nanti degree nak sambung apa semua boleh. Dan sekali lagi aku still tak boleh lari dari sains. Masa hari first orientasi, time aku perkenalkan diri. Time tu Pn Idrawati yg jaga ldk, dia tanya aku nanti degree nak sambung apa, mulut ku terkeluar satu course yg entah aku pun terkejut apa yg aku sebut."Kaunseling"
Entah. Tapi tak dak niat nak amek sains. Dan lepas result keluar semalam lagi kuat hati aku cakap jangan sambung sains dah. Sebab aku dah kata kat diri aku , kalau pointer atas 3.5 maksudnya aku akan sambung sains tapi kalau bawah dari 3.5 aku akan sambung course yg bukan sains. Tak pasti lagi apa. Aku ikut takdir. Ye aku tau, kalau kimia aku B solid bukan B minus, pointer aku akan jadi 3.5 tepat. Tapi aku tak nak sebut perkataan KALAU. Cikgu aku cakap Allah tak suka org yg sebut 'kalau'. Sebab macam kita tak redha dengan rezeki yg Allah bagi. Aku dah janji kat diri yg aku takkan persoalkan gred2 yg tertulis dekat result PSPM. Sebab semua tu ada sebab.
Aku redha dengan result aku. Sikit pun aku tak sedih. Macam mana nak tau hati redha ke tak. Bila kau tak sedih dan tak mempersoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Aku pun taktau kenapa aku tak dak rasa apa2 pun atas result aku. Mungkin sbb aku tak expect apa2. Sebab aku tau suatu hari nanti aku akan berterima kasih sebab dapat result mcmtu.
 Suatu ketika dulu, aku penah cakap "Kalau lahh semua B+ aku jadi A- aku dah dapat 8A 1B dan kemungkinan besar aku dapat asasi. Aku takkan jejak matrik".
Tapi takkk. Kau rasa asasi tu yg terbaik, tapi Allah kata TAK. Rezeki kau kat matrik. Tak semestinya kalau dapat asasi masa depan kau cerah. Allah kata matrik adalah tempat terbaik untuk kau.
Dan sekarang bila ada kat matrik aku rasa aku lah manusia paling bertuah sebab sampai sini. Sampai aku cakap "Ya Allah tima kasih sebab bagi aku 5A. Tima kasih sebab suma yg lain jadi B+. Tima kasih sebab aku tak dapat asasi. Kalau tak aku takkan jumpa budak2 ni, aku tak rasa semua ni.





Dan ditakdirkan Allah aku dapat Kelantan. Tempat yg banyak sangat kekurangan. Allah ajar kami semua belajar cintakan setiap kekurangan, tak semestinya yg sempurna tuu akan bagi kebahagian. Kepada pelajar matrik yg dapat result bawah 3.0 jangan susah hati. Tak semestinya 3.5 cgpa yg kau rasa tahap selamat tuu akan dapat U bagus2.

Ni bedasarkan pengalaman aku la. Kawan aku SPM dia 4A 3B 2C dan C dia akaun and add math. A dia pun semua A- je. Jurusan akaun pulak. Kira kalau nak banding result aku dengan dia kira berganda lagi terer ar. Tapi. Allah kata rezeki dia bukan dekat result spm tapi result upu. Kau tau dia sambung mana sekarang ? Asasi senibina UIA. See ? Rezeki Allah kita tak sangka. Jangan cakap pointer bawah 3.0 takleh pegi U bagus2, boleh jadi budak2 pointer atas 3.5 pon tak dapat apa kau dapat nanti.

Aku sangat2 benci manusia yang think negative. Taktau kenapa. Rasa mcm nak tampor jaa.
Dan paling penting jangan cemburu dengan rezeki orang! Kadang2 kita tengok kawan2 kita belajar biase je, dia makan kita makan, dia tidur kita tidur, masa dia belajar kita pun belajar. Tapi bila keluar result, perghh result gempak habis. Time tu mesti hati kata "dia ni tak belajar sangat pun tapi kenapa dia dapat result gempak."

Sila tampor muka anda. Woiii tak reti bersyukur ke ? Kita tak nampak. Mungkin rezeki dia kat pembelajaran. Dan mungkin keluarga dia tak sebahagia kita. Tak seharmoni kita. Dan mungkin dia tak sekaya kita. Tak dapat mcm apa yg kita nak. Rezeki kat mana2 wehhh. Allah dah atur rezeki masing2. Dan rezeki tu mcm2. Kita mungkin ada segala benda yg kita nak tapi mungkin dia tak penah dapat apa yg kita dapat. So kenapa kau nak mempersoalkan rezeki dia. Boleh jadi rezeki kau nanti dalam bidang pekerjaan.

Aku rasa dah penat aku bebel. Haha. Tengok aku chill je result KO. Haha. Siap pegi sana sini tanya result org padahal result mcm pfffttt. Haha. Pesanan aku satu je, yakin setiap yg Allah aturkan adalah yg terbaik. Okay.


145 comments:

  1. Hope dpt hdpi sgalanya dkt matrik nanti. Hm . Thanks kak. Rasa semangat sikit nk p matrik. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Okayy. Sama sama. Goodluck kat matrik ye. (⌒▽⌒)

      Delete
    2. Salam kakak saya lepasan matrikulasi perakaunan saya pointer sem 1 3.21 sem 2 3.68.saya total 3.44.bolehkah saya menyambung jurusan ke sains aktuari di uitm saya takut saya tak dapat.Math saya A solid kedua dua sem

      Delete
    3. Wasalam. Sains aktuari ramai jugak yg minat. Tapi bole cuba. Letak plihan 1. Lagipun uitm bumiputera je InsyaAllah boleh kott.

      Delete
  2. Kalau mohon upu, dia ikut result pspm 1 ke? Bukan result pspm 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos interview ikut sem 1 punya result. ☺

      Delete
    2. Terima kasih kak.Tapi,
      �� sem 1 result mengecewakan. I got D+ for my maths. Saya dah cuba semak syarat untuk u, and kebanyakannya nak at least C for mathematics. In ur opinion, akak rasa patut ke saya buat semakan semula utk subjek maths?

      Delete
    3. yes. math mmg penting. even nak masuk matrik, kena C ke atas baru bole di terima masuk untuk program satu tahun(PST). pendapat akak, TAK PAYAH. dik akan rugi rm50 macam tu ja sebab probabiliti untuk pemeriksa salah semak kertas adik sangat la rendah. nothing can change that. nasi dh jadi bubur. apa yang bole berubah adalah struggle kuat semester 2 sekarang ni. jangan toleh belakang jangan fikir apa dah. cakap kat diri "aku nak 4 flat sem ni, aku bole lepas pointer kos n U yang aku nak" harini adik boleh menangis sebanyak mungkin tapi jadikan kesedihan tu pembakar semangat utk sem ni. kalau sem 1 tido 6/7 jam sem 2 tido 3/4 jam n mesti constant. tak lama pun dik, 3 4 bulan ja lagi nak hbs matrik. hbs matrik tido laa puas puas, main laa henfon sampai pagi sekalipun but for now lupakan segala galanya. kalau laa harini adik berubah n belajar, masa depan dik akan berubah. maybe dah takdir adik tk dapat masuk UKM dan kos kos lain yg iv tapi ada banyak lagi kos yg bagus yg tk perlu iv n tuk dpt kos tu, brubah dr sekarang. at least skor math B sem ni utk balance kan balik pointer. TAPI kalau adik rasa adik tk mampu, better adik mohon PDT n pegi je program PDT. tu lagi jamin kos apa yg adik nak. lagipun pdt belajar slow. tapi kalau akak, akak teruskan je. Allah takdirkan dik kat matrik bukan diploma bukan STPM, bukan PDT sebab Allah Taala tau adik mampu bawak matrik PST, cuma maybe adik dh tersalah langkah. sem 1 result jatuh tu biasa laa. sebab tk boleh adapt dengan life matrik. sem 2 ni berubah ehh? maaf laa panjang lebar plak komen. huhu. Goodluck :)

      Delete
    4. Baik kak. Saya akan cuba ikut nasihat akak utk stay n berubah. Terima kasih banyak kak. Nasihat akak buat saya makin bersemangat. Tp, upu nnti, memang dia akan ambik yg PNGS ye? And semua subjek punya pointer pon ikut PNGS ke? That means, ada peluang lagi la untuk saya perbaiki pointer maths saya?

      Delete
    5. Yep. Dia ambik average pointer. Nanti sijil pspm 2 keluar, dia akn tulis average setiap subject. Cth, USM syarat kelayakan utk masuk course Kimia Tulen mesti dapat at least B utk matrik dan setaraf. Bukan nya dia tgk pointer sem 1 dik. Akak taktau mcm mana dia kira. Kimia akak sem 1 B- tapi sem 2 A-. Akak try kira (2.67+3.67)/2 dapat 3.17 n kalau ikutkan average kimia akak B la kan. Tapi dia catat kat sijil pspm, kimia akak B+ which is sebenarnya B+ tu adalah 3.33. Yang akak cakap dia ikut pointer sem 1 utk kos yg interview. Jadi utk UPU adik mohon kos yg ber hashtag (iv) so UKM adik terlepas laa. sebab semua kos dekat UKM ber interview. Jadi adik perbetulkan balik math adik sem ni. Skor A solid (jangan cakap tak boleh. Fikir positif cakap boleh!) So average math adik kat matrik adalah (4.00+1.33)/2 dapat 2.67 which is dlm kategori B-. So lepas kelayakan U sebenarnya. Yang penting usaha kuat sem ni okay. :)

      Delete
    6. *Jadi utk UPU JANGAN mohon kos ber hashtag*

      Delete
    7. Adik. Akak baru perasan adik salah tafsirkan pngs tu. PNGS=GPA(Purata Nilai Gred Semester=Grade Points Average). Maknanya PNGS tu pointer based on semester. PNGK=CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif=Cumulative Grade Points Average) baru average. Okay?

      Delete
  3. salam sis saya nak tnya pointer saya masa sem 1 ni lebih kurang dgn sis je then kalau nak apply jpa kena 3.5 above kan?and saya nak tnya probability utk dpt 4 flat dlm sem 2 ni tinggi tak i mean susah tak nak skor dlm sem 2 ni? i desperately nak dpt jpa sis :(

    ReplyDelete
  4. insyaAllah sis i'll try my best untuk sem ni. sebenarnya saya sendiri pun tak expect dpt result masa sem 1 ni. saya target 3.5 above tpi tkdpt rezeki dpt tahap tu ja takbole nak buat apa ;'). btw saya ada search baru2 ni dia mmg nak 3.7++ kira2 kalau sem2 ni dpt rezeki 4 flat mmg still tkdpt 3.7++ btw thankyou sis for your adviced ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPA still boleh try guna result sem 1 dekat U nanti. okayy goodluckk yaa.

      Delete
  5. Salam kakak. Saya seems like dah buat silap which saya apply mostly upu dkt UKM UPM UTM. Saya punya pngk sem 1 3.0 . Misal kata sem 2 dpt 3.5 and above saya perlu apply upu sekali lgi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Eh adik. Fasa satu tak tutup lagi kan? Tak silap April baru tutup. So kalau buat silap tu log in masuk balik n update laa apa yg patut. Tukar laa kos apa yg tak nak. Btw semua adik mintk tu RU tau tak? Bukan nk rendah rendahkan tapi risau upu tk dpt ja. Jgn ambik research universty bebanyak sgt sbb kalau tk dpt semua dari pilihan 1 sampai 12 kemungkinan upu akan main bagi random je kos yg kosong dekat adik ibarat kena lelong. So buat pilihan upu bebetul.

      Btw if fasa satu dah tutup. Nanti fasa dua upu bukak balik lepas result sem dua keluar. So alert dgn tarikh. Kos iv tk boleh buang n update. Yg tk ber iv jaa bole tukar.

      Delete
    2. In sha Allah dlm masa terdekat sya tukar. Sya ada check. Tp sya tak faham kalau kalau dkt syarat khas dia tak nyata kan pngk berapa yg dia nak tp ada nyatakan cgpa je thats mean dia nak 2.00 keatas yg dia dah nyata kan syarat am tu? Sya letak cos iv pilihan 1hingga 4 je. Selebihnya yg tak ada iv

      Delete
    3. Adik. PNGK(Purata Nilai Gred Kumulatif) dalam bahasa inggeris CGPA (Cumulative Grade Points Average) so yg dia nyatakan CGPA tu PNGK laa. Cth syarat khas. Minimun cgpa 3.0 above so minimun sem1+sem 2 bahagi dua mesti above 3.0

      Ha yg tu tkpaa. Ikut suka laa. Tk nak letak kos iv langsung pun tkpa. Depends kos apa yg adik nak. Tapi dik, kos iv tu bermakna kos tu ramai yg nak n kalau bole uni nak cari yg betul betul layak ja dpt. Kalau rasa kos tu mcm susah dpt jgn letak. Nnt rugi ja ruangan upu.

      Delete
  6. sys memandangkan chemistry sis A- for pspm2 kan saya nak tnya macamna sys bljr organic eh? saya rasa macam gila study organic ni dah paham 1 mechanism jumpa lagi 1 mechanism terus tak paham. mcamna ni sys dah la 80%pspm pasal organic tolong saya sysss ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm, organic best sgt. buat latihan bnyk2, kalau dlu lect akk akn sruh buat mechanism tu bnyk kli. tapi organic nk hebat mmg kena tgk salu. pagi lepas subuh try laa buka lect notes n.

      try check pst year, tk silap bhgian essay, no 1 psal inorganic chemist, kalau rasa taget soalan tu, bt ltihan bnyk2, soalan kedua alkane alkene kot. bljar semua mekanism psal alkane alkene tkyah hfal yg lain nnt pening. soklan last psal amino acid semua tu, yg tu sng gk. kalau taget bljar gila gila.

      sbb essay bole pilih soalan mana nk jwb. jdi taget dr skng n pulun hbs. mekanism utk crboxylic ke apa tk pyh klau tk taget. skng nk april. tk lama dh nk hbs matrik. lupakan segala galanya. uninstalled apps dlm fon. skjap jaa, sbulan lgi. pulun hbs hbsan. goodluck pspm 2 dik :)

      Delete
  7. salam sys. saya nak tnya apa yg prlu saya buat nak dekat pspm ni. saya sbnrnya stress dgn roomate saya sendiri sbb kadang kadang mereka tak study mereka tgk movie pasang speaker semua tu macam takda orang lain dalam bilik. saya pun rsa susah nak belajar. kadang rasa cemburu juga la tengok mereka tu tak study tapi boleh dapat result gempak. bantu saya syssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hm dulu kat matrik akk tk pernah lalui masalah rumet ni. Tpi kat U yes. Kalau rumet bising try cari time dia tk bising cth mcm lepas subuh. G laa stdy time tu. Dorg gifted, so adik jgn ikut cara dorg belajar. Try laa cari alternatif lain cth g bilik bacaan kat bawah ke, libry ke. Stdy je situ , tk yah balik bilik. Kat uni, yg bermasalah dgn rumet mesti kan lari g stdy libry tk mandi tk hapa. Tidur libry smpai pgi. Try laa usaha. Nk pspm dh ni. Tk yah pkit org lain. Tkyah pikir org sekeliling, dunia nk terbalik ke, tsunami ke, jgn pkir hahahaha. Stdy jaa. Campak henfon jauh jauh. Goodluck.

      Delete
  8. assalamualaikum. tak lama nak pspm tapi sy still takda semangat nak study. nak buat macam mana eh? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hm selalu nya akk awal awal sem je tk de smangat belajar. Nk final terus smngat dtg. Kalau kes adik ni taktau nk ckp. Mybe result sem satu adik hebat kot kan? Sbb mostly budak matrik kalau sem 1 result gempak mesti sem dua jatuh. Sebab dia rasa dia tgh berada di posisi selesa. Bnyk bnyk doa mintak diri dpt lawan nafsu nk buat benda lagha malas bljar. Sbb tu org kata bljar tu jihad. Sbb nk lawan rasa malas tu. Susah. Pikir balik yg ni jaa semester terakhir kat situ. Lepasni dh tk da stress, tuto belambak belambak. Ckp kat diri lagi sebulan ja nk struggle, lepasni nk masuk degree bole plih kos apa yg nak kalau usaha dr skng. Ok. Haha. Goodluck yaa pspsm πŸ˜ƒ

      Delete
  9. hai akak dalilah..saye pun budak matrik jugak..and luckily .saye pun belajar kat matrik Kelantan..nothing important to say..but saye tgah bercelaru sekarang sebab lagi 2 minggu PSPM 2...wish me luck kak..hahaha..k bye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha biasa laa tuh nk final kan. Kuat smngt. Pulun hbs hbs ok. Goodluck in pspm 2 n result UPU πŸ˜ƒ

      Delete
  10. Aw kakk I feel youu hahaha .. time dpt result pun sya ckp klau b+ ni jadi A msti aku dh nearmiss haha belum msuk ke alam matrik tp bakal msuk matrik,entry ni mmg naikkn smngt saya untk do better kt matrik,sllu tolong kwn bgi berjaya sama2... cme akak nk tnya salahke klau kita doa kita nk straight A,4flat trus ? Sebab kita tk pasti lgi yg tu kita perlukn untk berjaya.. kdg2 even 4flat pun kita tk dpt kos yg kita nk .. apa pndpt akak ? Lg satu nk tnya klau geofizik yg akak amik skrg ni,kt matrik mmg kne modul yg ada physic je ke ? Klau modul 3 boleh tk ? Even spm kita amik physic .. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik. Maaf sangat. Akak tk perasan komen dik haaa. Dh sebulan lebih dh haa. Maaf maaf.

      Tak salah dik. Digalakkan lagi. Doa ja lebih lebih even kdg rasa tk mmpu. Hm psal tu akk tk psti laa. Kalau SPM physics A bole kot. Try check syarat kelayakan dia kalau nk mohon nnt kt web pohon usm.

      Delete
  11. assalamualaikum kak . nak tnya . kalau yg pdt tu biasa rayuan ke ? ada taj yg rayuan tu tak lepas syarat kelayakan diterima untuk pdt ? contohnya addmath dapat D ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hm. Rasanya bukan rayuan. Dia mmg dpt. Dia mohon pastu bila keluar result matrik, dpt pdt kat mana semua cmtu. Tkpasti dik rasa nyaa ada kott.

      Delete
  12. saya buat rayuan matrik tapi saya dapat D untuk addmath . agak agak diterima tak untuk pdt ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau ada rezeki. Sementara tu msuk la dlu form 6 ke dlu ke apa. Goodluck dik. Doa bnyk bnyk

      Delete
  13. Assalamualaikum kak. Saya nak mintak pendapat akak sikit. Result PSPM 1 saya agak teruk. Jadi saya ditawarkan ke PDT. Alhamdulillah PNGS sem 2 saya meningkat tapi PNGK saya still rendah. Apa pendapat akak ye? Kos apa yang sesuai untuk pointer yang rendah macam saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Jap. Skrg PDT semester dua? Pdt kan smpai sem4? So pngk masih bole dinaikkan so tk pyah risau sgt psal kos. Usaha smpai sem 3 n sem 4 result gempak. Mesti dpt cover balik pointer.

      Tapi psal kos kena tgk pointer jugk. Average dik brpa. Aliran sains? Modul? Minat sains lagi tak? Kdg pointer rendah mcm kawan akak pun 2.6+ pun still dpt kos engineering. So jgn risau sgt. Lepasan matrik mesti ada tempak kt uni. Kos apa yg sesuai brgntung pda minat jugk. Mana bole akk syorkan kos apa kt dik kang tk minat tak bole bawak jugak. Yg penting nnt msa isi upu utk degree, pilih kos dan uni based pointer. InsyaAllah dapat. Okay. Ada apa msalah komen je or bole pm akak sndri.

      Delete
  14. salam kak, sy ex matrik, n baru dpt result pspm hari tu . tp ada problem sikit utk update upu sebab still keliru . boleh sy dm akak scara personal by email ? tq .

    ReplyDelete
  15. Hai akak �� bersyukur sgt dapat jumpa blog akak ni. kes akak mmg sbijik mcm sy huwaaa �� sebenarnya sy student asasi sains uitm. baru2 ni dpt result uitm sem 1 which is gpa=cgpa=3.32 .. result upu pulak 3.56 .. mmandangkan result sem 1 sy xlpas 3.5 , so sy mmg rase nk pulun habis2 utk sem 2 nnti biar dpt 4 flat utk cover result uitm biar average cgpa nnti dpt 3.7++ .. tpi sy tak tahu cara study yg btul terutama kimia dan fizik..sejak spm mmg kurg minat tpi rzeki dpt A utk sbjek2 ni..bio math ctu elc tuu xde masalah sgt bgi sy.. so sy nak mintak tips study yg btul dri akak and tips nak pulun subjek fizik and kimia boleh?hehehe..sbb lgi dua mggu sy akan mula sem 2..maaf kalau komen meleret������

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf akk tau dh trlmbat. maaf sgt tk cek ada org komen. akk hnya mmpu doakan dpt result baik utk sem 2 matrik. maaf sgt tk cek entry post blog yg ni

      Delete
  16. Hai Kak nk tnya mcm mne Akak study physic matrik... Saya dh study physic tp tuto saya selalu bnyk tk dpat jwb smpai kdg2 down dh .. Cara Akak study mcm mne untk subjek lain2 jgk ? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. maaf sgt akk tak ter cek pulak entry post yg ni. tak perasan ada org komen. dan akk tau dh trlmbat nk bg tips pun. akk doakan dpt result baik utk sem kali ni.

      Delete
  17. salam akak.boleh tak akak bagi pendapat utk saya isi upu.sbb sem 1 pointer saya hanya 2.99.saya buntu nk isi u apa :( tgk kelayakan semua tinggi2 je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. bole bole. maaf tk cek ada org komen. skng upu dh ttup kan. tpi nnt dia bukak fasa dua. kalau nk tnya pasal upu nnt ws je 018-4660129

      Delete
  18. Mohon penjelasan.Anak akak dapat program matrik pst sethn.Result sem 1 dia 1.97 dia tak nak sambung pdt.....boleh ke klu tak sambung pdt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap bawah 2.0 mmg automatik kolej masukkan nama ke pdt. Cuma tak sure kalau 'tak nak' tuu macam mana. Cuba rujuk pejabat matrikulasi

      Delete
  19. Assalam dik Dalilah..
    Anak akak result sem1 2.6 jer.. peluang dia ada lagi tak dik?
    Brapa nak kna score minima sem2 utk recover semula?
    Harap dik dpt kongsi pengalaman dan pencerahan. Thanks dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ada je peluang. Sem 2 skor 3.67 so dapat average dlm 3.0+ dah okay dah tu.

      Delete
  20. Thanks dik Dalilah..
    Aunty doakan dik kekal cemerlang pada masa2 mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama. dulu pointer sem satu saya 3.2 je sem dua naik 3.93. so boleh je nak cover balik asal jangan banyak main je. Goodluck utk anak aunty.

      Delete
    2. Salam kak, akak tahu tak pasal lecturer matriculation programme tajaan kpm?

      Contoh kalau result sem 1 saya cam akak tapi sem 2 saya cam kakak gak.. lepas tak?

      Delete
    3. wasalam. akk x tahu. bole cek kt website KPM. maybe ada.

      Delete
  21. Salam kak, saya aliran akaun. Semalam baru dapat result sem 1. And saya tersilap langkah time blaja haritu. Saya just dapat3.17 je. Apa cara saya nak buat utk saya bangkit? Saya kira2 kalau rezeki saya sem 2 4.0 saya dapat 3.59. Akak rasa boleh ke saya dapat U ? Akak boleh tak motivate saya utk lagi bersemangat sem dua ni. Saya jealous dngan rumet saya. Kamu semua akaun tapi semua atas 3.7. Bantubsaya kak, maaf banyak pertanyaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Cara utk bangkit? Selalunya kalau org tu pernah gagal, sendiri dia akan rasa nak bangkit. Takpelah dik benda dah jadi. Pulun sem 2. 3.59 tu bole je dpt U cuma utk kos perakaunan ke dah susah dah. RU pun dah susah dpt dah. Hm akak pun taktau mcm mana nak motivate orang but jadikan result kawan² lain yg gempak tu as semangat utk berusaha lagi kuat. Beza orang yang berjaya dan tidak berjaya bukan sbb dia pandai cuma determination/passion dalam diri tu tinggi. So constant kan lah study for sem 2. Sampai April je dik nak penat pun. Nak skor matrik ni past year jgn tgl. Soalan kadang² pattern lebih kurang je. Yang pasti ubah cara belajar/jadual seharian sem 2 dari sem 1. Nak perubahan result kena ada perubahan something. Tk bole sama.

      Delete
  22. assalamualaikum adik Dalilah... ank aunty baru dpt result sem 1...dia ambil modul 2 kat matrik..pointer cuma 3.14 so klu nk mohon ke UKM mmg x boleh ke camne...masih ada peluang ke dia nk dpt average pointer 3.5 n above...klu boleh pointer utk sem 2 nnt sekurang-kurangnya brp ye utk dptkan average pointer 3.5 n above..tqia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. boleh je ke UKM, depends kos dia laa. utk dapat average 3.5 kena skor sekurang kurangnya 3.9 utk sem 2.

      Delete
  23. Assalammualaikum kak . Haritu saya baru dapat result pspm 1 dgn pointer 2.89 . Saya modul perakauan . Kos apa yg sesuai saya mohon ? Saya lebih minat pada bidang social

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Hmm akal tk berapa nal explore kos bukan sains ni. But bole je cuba kos komunikasi ke, kerja sosial ke

      Delete
  24. assalamualaikum...sy nak sgt ambik medic tpi pointer pspm 1 sy 3.5 je...boleh x akak suggest sy ptut apply course apa yg sesuai..

    ReplyDelete
  25. Wsalam. Cuba cover balik pointer at least 3.7 ke atas. Lepastu kira dh secure skit laaa. Kos apa? Hmm minat apa? Still in health science? Health sains banyk je dik. Cuba jee. Farmasi pun bole try tpi cover pointer ye

    ReplyDelete
  26. salam kak..saya punya pointer pspm 1 hanya 2.93..saya rasa down sgt2 sbb saya x pernah dpt result yg teruk mcm tu..saya dah study bagai nak rak pon still quiz and tuto xleh nak jawab..pspm 2 dah x lama dah n saya still lost dlm fizik n organic chemistry..apa tips akak untuk perform dlm fizik n organic chemistry ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Hmm kalau akak dulu. Lepas hbs chapter terus buat past year. Yang ni fizik. Utk organic chemist heh..hmm akk dh lupa laaa. Tapi akk bnyk buat mind map n tuto mmg buat sndri. Fizik sem 2 ni latihan jee. Akk rasa sem 2 senang skor. Buat past year bnyk². Hmm kalau akak dulu quiz ke apaa akk mcm tk skor sgt or akk tk penting kan sgt sbb pointer tarik bnyk sbb final. So pulun hbs² utk final. Banyak buat past year yaaa.

      Delete
  27. Salam, sis if saya mohon jurusan akaun bolehkah saya tukar ke jurusan sains and im science stream student.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Maksd nya dari sains nak ke akaun ke? Akaun susah dik. Selalunya 4flat pun payah masuk. Sbb ramai tambah² uitm. Akaun for uitm and unisza KOT, dia mintak syarat kena ambik akaun. Akak tk ingt. Tapi ada certain uni mmg nak syarat ambik akaun. Yg lain kos setara mcm akaun kena cek kat upu apa syarat khas dia

      Delete
  28. Kak, akak rasa gred pspm ni ada turun ke ? Ke sama jea dgn yg kolej tetapkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gred? Gred sama ja, 3.67 (A-) 4.00(A). Any uni pun pkai sitem ni

      Delete
  29. Kak semakan upu fasa 1 ngn 2 tu macam mana? Fasa 1 tu jamin ke g uni tros?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt upu bukak balik. Bole edit pilihan. Tak dpt uni lagi dik. Just bole edit kos yg dah pohon haritu. Kos interview je tak bole edit.

      Delete
  30. Assalamualaikum akak. Upu akan ambil keputusan average ke sem 2 je?

    ReplyDelete
  31. Salam kak. Kalau cgpa 3.7 masuk um boleh ke?

    ReplyDelete
  32. Assalam kak, boleh saya ws akak utk tanya abt upu?

    ReplyDelete
  33. asssalamualaikum kak, apa yang akan berlaku kepada pelajar lepasan matrikulasi yg mendapat purata 2.0 dan ke bawah? Bukan ke itu dah dikira gagal... berpeluang ke pelajar itu utk menyambung belajar dkt IPT? Mohon pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Syarat uni 2.00 ke atas. Tak bole sambung ijazah tapi bole repeat diploma or apply je matriks skli lgi

      Delete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Sis mt sy pspm2 c- tapi pspm1 c+. Cane eah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Average C(2.00) rasanya. Akk tk sure calculation. Tggu sijil matriks sampai nnt. Dia tulis average every subject

      Delete
  36. Assalamualaikum kak saya pelajar bagi sesi 2018 pst . Mcm mna saya nak biasakan diri belajar dlm english dlm setiap matapelajaran. Sbb english saya agak lemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Read alot. Serious membantu sangat sangat. Memula rasa susah. Tapi lama lama rasa english fluent dalam otak. Bila banyak baca pekataan english, kita automatic akan think in english jugk. Baca je apa ap pun. Benda yg kita minat. Akak recommend adik download Quora dekat fon. And baca benda benda yg minat.

      Delete
    2. Jadi masih sempat la saya untuk pratikkan english sebelum saya muet pada bulan 9 dan pspm pada bulan 10? Sebab gegara english saya rasa ingin pindah ke prpgram 2 thn tapi rasa sayang pulak masa

      Delete
    3. Boleh tapi kena selalu membaca. Akk take time lama gak nk improve english. 3bulan agak singkat tapi pulun laaa. Jgan pindah. Tggu result pspm1 keluar. Kalau rendah baru tukar.

      Delete
  37. Assalamualaikum kak. Kalau result pspm sem 1 utk pdt tu takat 2.00 atau 3.00 apa jadi ye kak saya masih keliru dgn pointer utk pdt

    ReplyDelete
  38. wslm. akak x ingat laa. tapi kena kick kalau bwah 2.00 kalau tak silap. jgn risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh lepas tu kawan saya kata cikgu dia kata kick2 jarang jadi sbb kalau semua subjek utk pb kita boleh dapat 50/60 maknanya kita dah dapat 2.00 tu . Betul ke kak ?

      Delete
    2. maybe sbb jarang dengar budak kena kick. takpaa usaha dulu tengok mcm mana.

      Delete
    3. Assalamualaikum. Saya nk tanya, macam mana nk kire markah utk pspm setiap subjek eh ? Saya pdt sem 1. Contoh kalau pb saya 54 , markah ujian bio saya target paling rendah dalam 35/80 sbb saya tak baca sgt hhehe

      Delete
    4. wslm. haha sorry dik akk pun tak sure cmna nk kira markah. selalu agak² je skor gred ap haha maaf

      Delete
    5. Hhehe okay takpe kak terima kasih ��

      Delete
  39. Salam kak,sya dpt 3.56 pointer untk sem 1 then nk further medic,masih ada peluang lgi ke??sem 2 bgi effect sngt ke??sem 2 blum exam lgi.skrg ni dngr2 kna dpt 4 flak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. chances mcm pyah la nk dpt. cuba cri kos lain yg mcm medic jugk. sem 1+sem2 bhgi dua. cuba la tgk bbyk mna effect dia. yep kena 4flat both sem. tu pun belum tentu dpt

      Delete
  40. Salam akak, sy sedih sngt sbb result pspm under 3. Tak expect pun dpt result mcm tu.. Tpi apapun sy cuba untk redha dn bersyukur.. Tpi sy mntk pndapat akak.. Adakah sy msih ada pluang untk berjaya mcm org lain? Blh x akak bagi kata2 smgt kat sy.. I'm really desperate right now... Huhuhu tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Ada je peluang selagi berusaha. Takpa. jadikan sem 1 punya as a lesson. skrg dah tahu kena buat apa utk skor and avoid benda lagha yg buat masa sem 1. Allah bgi sesuatu sebab Allah sayang dan Allah tak bagi sesuatu pun sebab Allah sayang. Jika one day dik tak dpt kos yg adik really nak2 disebabkan pointer sem 1, jangan regret or beat yourself. Apa yang adik dpt lepasni actually good for you. dont worry. goodluck sem 2!

      Delete
    2. thank you akak!! tpi serius kadang2 mmg rasa down sbb setiap kali ada smngt nk stdy, lecture msti ckp yg bdk pointer bwh 3 xkan dpt msuk mana2 course@ u yg ok.. i know but please la kdg2 bnde2 mcm tu buat sy stress.. macam mana nk dpt 4 flat for sem 2 akak? can u bagi some tips for me.. what should i do? and satu lagi blh x akak bgithu mcm mana kita nk brsngkan baik dgn Allah? kdg2 rse diri ni jahat sngt dgn Allah bila x dpt apa yg kita nak.. please help me akak..

      Delete
    3. Maybe lecturer ckp mcm tu untuk naikkan motivation lagi supaya berusaha lebih lagi smpai lepas dr 3.0, mgkn itu cara dia. cuba tgk dari sudut positif.

      mcm mna nk dpt 4flat? akk dulu pun x 4flat pun masa sem 2. ada satu A- πŸ˜… tapi masa sem 2 mmg akk pulun. rehat kul 1 pun bt tuto. haha. kira mmg x da time nk rehat². rehat² kul 1pagi. hahaha. tips nyaa buat tuto right after lecture tu. past year settle kan before study week. n study laa dgn kwn² yg pndai.

      nak bersangka baik ni akk sendiri pun masih belajar. sebab life ni ujian kan. dlu masa zaman sekolah x rasa lagi laa. mmg nk seronok ja time tu. tapi bila umo dah 18 keatas masa tu satu persatu ujian Allah datang. mcm akk, dulu akk rasa a bit regret sbb pilih usm bukn utm. tapi dkt² nk hbs usm ni baru nmpk hikmah dia. sengaja Allah mempertemukan akk dgn someone dan lepas akak dah sayang orang tu tetiba Allah ambik dia utk selama lama nya. susah kan nak sangka baik? tapi kena ingt setiap apa yg Allah bagi dan tak bagi baik utk kita. semoga setiap ujian dlm hidup kita mendekatkan kita pada Allah. Amin.

      Delete
  41. Assalamualaikum kak.saya tergerak hati nak tgk blog akak.n sumpah blog akak mmg bagi semangat kat saya.kak saya nak tanya nanti upu nak guna result pspm mana kak.yg sem 1 or sem 2.or yg pngk?saya risau la sebab result pspm saya rendah.terima kasih kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. for interview, guna result sem 1, tapi either dpt tak kos tu, based on average result 1&2.

      Delete
  42. Assalamualaikum kak...pndapat kak patutkh sya buat semakan semula krts biologi sbb rendh sngt...sya tk sangka dpt D....lgipn subjek lain dapat 3.0 keatas....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam jika masa jawab exam rasa senang n tak deserve D tu buat la semakan.

      Delete
    2. Okay...tpi kalau buat semakan semula markah tk akan turun kan kak??sbb kawan saya cakap mrkah akan still sama atau naik je...btul ke

      Delete
    3. yang tu akak tak sure. Ikut belas ihsan jugk kot. haha. takpa jgn risau. xtrun rasanya

      Delete
  43. Assalamualaikum kak,,result pspm sem 1 saya rendah sgt,,just 2.0 je,,saya mcm akak jugak,,x de minat sgt pun nk smbg dlm kos-kos sains ni,, saya minat sgt dlm bidang senibina,,akak rse masih ade peluang ke saya nk smbg dlm kos tu,,atau saya patut tukar impian je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. kos Senibina kt uitm atas at least 2.75. cuba cri kos syarat dia 2.0 ke ats

      Delete
  44. Akak..result sem 1 saya dpt 3.25..boleh ke kita daftar upu guna result sem 1 kita je..sbb sem 2 ni result saya mcm teruk je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti at the end, result upu based on average cgpa. utk kos iv ni pkai sem 1

      Delete
  45. Akak.nak masuk uitm parent kena bumiputera ke dua2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm x sure pulak. tak silap pelajar yg nk mohon tu status dia kena bumiputera. bukan parent dia

      Delete
  46. Assalamualaikum kak . Saya student pdt . Saya nak tnya untuk ko iv dia akan tngok result sem 1. untuk pdt ,dia akan tngok result sem 1 atau sem 3 ? sebab sem 1 saya 3.09 , sem 2-3.58 sem 3- 3.32.

    ReplyDelete
  47. so dia akan tngok average kita untuk kos iv ? thankyou kak

    ReplyDelete
  48. Asalammualaikum.. akak.. nak tany.. kau nk recheck ppsm 2 akan ada ap2 perubahan tk? Misalnya result akan jadi lebih teruk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. sorry ya dik. bru tgk comment2 kt sini. Tak sure. Tapi bg akk rugi je if nk recheck sbb rasanya possibility utk berubah sikit la

      Delete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum kak..nak tnya, gred stiap subjek akan diturunkan x kalau soalan susah?

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum akak, sye nk tnye klau pointer 2.59 utk sem 1 susah ke klau nk mohon kos kaunseling time degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. takpa cuba cover by sem 2 punya result. if pointer 2.8 keats insyaAllah boleh cuba.

      Delete
  52. Sbb sye risau sgt klau tk dpt tawaran u sbb pointer trok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki insya Allah. cuba struggle sem 2 and cuba dpt result yg lebih tinggi. ipta skrg mmg competition kuat. tapi unikl semua tu ada lgi. jdi tk perlu risau x dpt smbung bljr peringkat degree. mesti ada peluang di mana mana

      Delete
  53. assalamualaikum kak saya dpt pointer sem 1 3.92 boleh ke saya nk sambung kos biomedic atau physcology dkt ukm syarat pointer mesti 3.0 keatas dgn kos tu kena iv.so nnti dkt upu fasa 1 saya x boleh mohon kos tu ke .mcm mane eh kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. 3.92 bole sambung sgt tu,nnt apply UPU. sorry ye akk xbrpa phm knp awk ckp x bole mohon. cuba je apply yaa

      Delete
    2. YA ALLAH KAK SALAH SORRYYYY.RESULTS SEM 1 SAYA 2.92 … SY NK APPLY BIOMEDIC OR PHYSCOLOGY DKT UKM TP SYARAT MESTI 3.0 SO NNTI UPU FASA 1 SY X BLH MOHON KE.
      TP KALAU PNGK ATAS 3.O BOLEH KAN

      Delete
    3. ooo. alamak iv kan? kalau boleh elakkan la apply kos yg iv and syarat dia x lepas. sbb rasanya based on pointer sem 1 utk panggilan iv. cuba uni lain. rasanya ada yg tk perlu iv.

      Delete
    4. So nnti sem 1 upu sy x dpt course iv lah kan
      Tp fasa 2 upu saya boleh ubah lg kan course yg saya nk kalau saya dpt 3.0++ betul ke
      Results pngk dia memang sem1+sem2 pastu bahagi 2 ke kak

      Delete
    5. yass. klau boleh upu kalini jgn mntk kos iv. fasa dua nnt bole edit balik semua kos lain yg kita nk. generally mcm tu la. sem 1+sem 2/2

      Delete
    6. Tq kak���� saya risau ni takut x dpt course yg sy nk

      Delete
    7. takpaa. Sem dua pecut hbs hbs. cover blik pointer

      Delete
  54. wasalam. layak ke tak cuba tgk syarat dia. kalau kos berhashtag n dia tulis syarat math B fizik B ke apa. cuba tgk lepas tak dgn result awak. Result sem 1 utk apa? result semester satu awak la tu. cuma upu bukak dua fasa. awak bole mohon kos apa apa je untk fasa satu ni. tapi kalau kos tu interview/hashtag cuba baca dlu kelayakan dia. sbb interview akan based on sem 1 punya result. nanti reseult sem 2 keluar, upu akan bukak balik application. masa tu awak bole edit balik kos yg awak apply dlu. tapi kos interview dah tak takleh edit. architecture yee.. cuba cuba syarat dia dlu dia nk subjek apa utk gred apa. compare dgn result awk.

    ReplyDelete
  55. Hai, assalamualaikum kak. Saya nak mintak cara untuk dapatkan balik semangat. Pspm 1 saya dapat 3.84 tapi saya rasa down sbb nak masuk degree universiti tgk pngk, maknanya saya tak ada harapan nak dapat pngk 4.00 . Saya target nak masuk UM, tapi macam takde harapan.. Sebab takdapat 4 flat. Takut tak dapat kos yang saya nak. Lepas criteria tu mmg lepas, tapi macam chances tu kurang. Bila nak belajar, asyik teringat 3.84. Terus tak semangat nak belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Bagi akk tiada cara untuk naik kan semangat. Its called grit. Jika awk ada target yang nak di achieve, awk akan automatically put effort to get that thing. Contohnya awk nak buah kelapa kat pokok. Even awak panjat dan jatuh, awk tetap nak so awk akn automatic push diri untuk panjat jugk. Ia di panggil grit and passion dalam diri someone. Theoretically, seseorang berjaya bukan sebab IQ dia, tapi sebab passion dalamn diri dia. Ini bagi diri akak lah. Tak sure mcam mana awk selalu motivate utk dptkan sesuatu. Btw, kalau sem dua push sampai dapat 4 flat, masih boleh cover pointer and ada harapan utk masuk UM. Semangat yaa dengan target nak masuk UM. Goodluck.

      Delete
  56. Nak tanya let's say my first option ialah kos nak interview but I didn't get masa apply upu FASA 2 saya tak boleh ubah option pertama saya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yasss. tak boleh ubah and edit dah. So pilihan 1 burn and rugi kat situ

      Delete
  57. Nak Tanya..sem 1 Saya dapat 2.75 Dan Saya aliran teknikal..jadi Saya nk sambung engin tapi engin semua kena 3.0 keatas..kalau sem 2 dapat 4 flat jadi 3.4 je..so kiranya Masa apply upu fasa 1 nanti Saya terpaksa mohon apa² course jelakan then nanti fasa 2 dah bukak baru Saya edit course engin balikkan

    ReplyDelete
  58. Akak nak Tanya kalau result midterm Kita teruk,Ada Ada harapan lagi ke nak dapat 4 flat time final.

    ReplyDelete
  59. hi , sekarang saya pelajar matriks selangor . result spm semua credit tapi taktahu kenapa dapat yang pdt , alhamdulillah 1st year okay ! skrg tengah tunggu untuk sem3 which is dh masuk pst !!! omg takut nak hadap semuanya dengan online class lagi . lagi takut pst takbole nak perform dan takdapat tempat di uni untuk degree ! doakan pointer saya untuk sem3 dan sem4 akan datang dapat 4flat . doakan jugak ye sy dpt tawaran uni . hehe thanks xoxo:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.hahha
      Weh kalau admin balas tu maksud nye lama dah..
      Dah bertahun-tahun die balas komen org..umur kita PON sama naikπŸ˜‚ anyway amin ape yg awak nak...tapi kan camna nak dapat nota ehh Google x byk bantu..i nk explore notes ..payah kalau ada link tele kan bagus..😌

      Delete
    2. i datang tahun 2023 mat HAHHAHAHAH SEBAB BARU DAPAT RESULT PSPM 1

      Delete
  60. hi akak saya nak tanya result saya 4 flat both sem tapi saya terlepas temuduga in medic and other critical course for ukm. next tu saya letak uitm. Pada pendapat akak patut ke saya tunggu tahun depan or pergi je if dpt uitm course optometry tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. if anyone has opinion, don't hesitate to share. :⁠-⁠)

      Delete
    2. hi. bagi akak pergi je. Tapi bergantung minat atau tak optimetry tu. kalau tak berapa sangat, n nk try medic jugak maybe boleh kerja dulu for one year and wait another upu. but kena compete la ye dengan batch junior. apa apa bincang dengan family

      Delete

You can comment below even as an anonymous πŸ€—