Haha. Tu roomate aku Lily, orang Johor. Haha. Time ni tak bercakap sangat dengan dia. Sembang dengan mama dia ja. Haha. Sorang lagi Maya. Dia org selangor. See roomate aku org selatan. Nak jumpa org utara dekat sini susah laa.
Cehhwahh. Ni masa first time usya Dewan Ibnu Yunus. Hehe
Oh yaa, time ni saja je diorang nak check berapa ramai pelajar datang dari setiap negeri. Orang Kelantan yang dapat Matrik Kelantan ramai juga la, tapi bila JDT bangun je, perghhh ramai gila. Selangor pon. Time dia suruh orang Penang bangun tak ramai pon. Aku tak kenal. Seorang ja aku kenal, tu pun budak sekolah aku. Paah.
Day 2- 26Mei 2014
Haha, ni first day pagi kuliah subuh :) Nak tau aku bangun pukul berapa ? Haha. Pkul 5.03am. Kelam kabut. Masalahnya budak bilik aku pun baru bangun. Second day aku bangun awal sikit laa. 4.45am. Haha
Haaa ni kafe KMKt. Ada dua kafe, tapi perempuan banyak ke kafe ni sebab kafe satu lagi laki yang conquer sebab dekat dengan blok diorang.
Hm, ni time Perasmian Perlantikan Watikah Mentor. Semua kena pakai tudung cream ni. Aku benci gila tudung ni. Aku memang tak suka tudung arini. Aku suka pakai bawal lagi. Tension bila kena pakai tudung ni.
Haha ni time tengah tension. Keh3
Haa dekat KMKt yang tak best sebab kawasan dia berbukit bukau. So dari dewan nk g balik bilik atau nak ke kafe memang kena naik tangga je. Time ni nk pegi kafe, berebut nk g awal so panjat bukit la. Haha. Aku pun salu jugak panjat. Hihi
See, semua gambar orang lain ja aku ambik. Asal aku tak selfie ? Haha sebab aku pakai tudung burukk !! Hahaha. Aku benci. Macam makcik2.
Oh yeah, lepas balik bilik mandi tukar baju kitorang semua dah dapat kelas LDK sebenarnya. Aku dapat sains modul II (yelahh sebab aku mana ambik bio dekat sekolah). Dan paling tak best dapat tingkat 2 :( Penat ! Dan kebanyakan budak kelas aku semuanya penah ambik bio dekat sekolah. So diorang memang takdak basic ICT macam aku.
Setiap kelas tutoran ni ada wifi kottt. Haha. Tapi still lambat. Aku kalau lambat aku bukak mobile data ja. Kat blok ni ada line sikit berbanding kawasan lain. Line dalam bilik lagi lah nak sent message pun takleh pegi.
Oh yaa, ni time ice breaking. Hehe. Kena perkenalkan diri dekat budak ldk kitorang. Aku dah laa tengah melayan wifi time tu, tiba-tiba lecture tu cakap "Saya nak yang belakang sekali perkenalkan diri dulu". Tersentak wehh. Taktau nak cakap apa.
Balik dari kelas tutoran ada riadah. Sebelum ke matrik aku fikir riadah tu berehat dalam bilik or gi laa buat apa apa yg kita suka. Hahaha. See katil aku berselerak gila. Tak sempat nk kemas apa semua.
Haaa ini dia riadah. Senamrobik tengah panas macam ni. Actually time tu dalam pukul 5 lebih. Tapi kelantan panas gila. Habis jaa senamrobik ni kitorang duduk ikut susunan. Para fasi nak ambik gambar dari atas. Susunan kami duduk berbentuk 'KMKt'
Cantik wehhh. Haha. Aku dduk depan. Huruf K. Haha.
Malam tu ada taklimat apa tah bersama felo dan ketua kediaman.
Day 3- 27 Mei 2014
Budak Amar ni takdak kena mengena dalam gambar ni. Haha. Yang ni kami kena buat presentation.
Lepas tu petang ada riadah lagi :( haha. Tapi riadah untuk haritu tak de apapun. Kitorang dibahagikan kepada dua group. Satu group 5ratus lebih pelajar. Setengah gi dengar taklimat tentang KAKOM. Setengah lagi pegi jungle tracking. So aku kena g dengar taklimat. So tak dak apa pun riadah petang tu. Tapi budak jungle tracking cakap penat gilaa panjat bukit dalam hutan.
Haaa malam tu ada Alumni. Ada doktor dan engineer datang masa tu.
Day 4- 28 Mei 2014
Saja jaa ambik gambar pagi tuu. Haha. Sejuk. 24°C.
Pagi tu lepas breakfast. Pukul 8 ada progran Dhuha dan ceramah pasal Israk Mikraj :)
Haaaa ni diaa nak habaq mai. Haha. Petang riadah tu group aku pulak kena g jungle tracking. Panas kann ?
Penat gila. Sumpah penat. Kaki rasa lemah gila nak angkat kaki teruskan mendaki.
Ni pulak malam lepas riadah apa semua perjumpaan dengan ketua kediaman blok C (aku duduk blok C). Diorang ni sebenarnya lecture ye. So malam tu kitorang lantik ketua blok, bendahari, setiausaha dan macam2 lah.
Day 5- 29 Mei 2014
Ni hari terakhir orientasi. Kitorang g lawat makmal kimia.
Ni bilik pensyarah :)
Habis dengan kelas LDK ada raptai majlis penutup orientasi. Sory banyak video aku takleh upload sebab sini line lembab. Ni video masa orientasi Game Siput and yg ni video Raptai.
Sedih gila time ni. Fasi2 semua dah nak balik. Ramai yang buat persembahan, ucap sorry dekat fasi.
So ni last sekali majlis penutup orientasi. Fasi semua teringin nak ambik gambar dengan kembar. Dekat matrik kelantan ada 5pasangan kembar. Haha. Takpa lah. Takat ni ja aku punya post.
UPDATE
Ramai adik adik yg cari akk dekat fb twitter nak tanya pasal matrik kelantan. So ni jawapannye
Akak, kat matrik memang takde line ke?
Jawapan: Dulu time batch kitorang baru baru masuk, line memang takde. Sampai nak call semua tak boleh. Masuk bilik takleh buka data. Tapi lama lama tetiba line mcm dah ada. Tapi ada je kawan akk cakap blokB memang sampai sekarang line nak buka data and call kadang kadang tak dapat.
Akak, pemakaian kasut/ tudung macam mana?
Jawapan: Dulu akk sebelum masuk matrik pun asyik tercari kakak senior tanya benda yg sama. Huhu. Dekat web/surat memang tulis kena pakai kasut pvc kulit, tapi akk tk penah beli pun. First day pun dh pakai kasut warna warna. Dia asalkan bertutup. Kalau nk gerak cepat pakai je kasut sneaker. Tapi lelaki sampai habis sem diorang pakai je kasut kulit hitam. Ada laa certain pakai kasut canvas nike semua. Haaa lupa nk kasik tahu, korang pakai laa kasut ape pun tpi make sure spare kasut hitam. Maknanya kena beli PVC tu ke? Eh tkkk. Kasut yg bertutup apa apa je, yg ada reben ke ap ke yg nmpk mcm formal. Sebab ? Korang akn ada kelas dinamika. Nanti jadi mcm kwn akk. Call mak dia sruh hntr kasut hitam sebab tk bwak spare. Koko plak kena pakai kasut sukan. Bukan kasut converse high cut berbagai bagai ye. Kasut sukan. Yg tebal gemuk tu. Hahaha. Habis kelas koko nak balik tukar pun bole. Tudung ? Tudung pakai je apa pun. Nk belit belit shawl cena pun tkpe. Tapi lama lama konfom korang pun dh malas nk belit. Pakai bawal je. Haha
Modul diorang pilih ke kita ?
Jawapan: Modul diorang pilih. Pilih berdasarkan result spm. Tapi ada ja kawan akak biologi dapat B+ tapi dapat modul 2, and ada yg bio C tapi terpilih ke modul 1. Hmm mungkin rezeki ke apa taktau la. Tapi masa minggu orientasi adik boleh mohon nk tukar. Dan batch kitorang 100% semua yg mohon dapat tukar ke modul yg diorang nak.
Akak, bilik berapa orang ?
Jawapan: Bilik ada 4 orang. Dan mostly blok perempuan memang penuh 4 orang kecuali aras 3. Bergantung pada batch korang jgk. Kalau sikit mgkn boleh jadi dua org je utk aras 3. Blok lelaki pun sama. Mostly 3org satu bilik. Nanti lepas minggu orientasi lagi laa. Ramai yg dapat asasi la, SPA so bilik korang akan jadi sikit. Ada je aras akak duduk sorang sebab semua dh pindah.
Akak nak tengok bilik asrama matrik kelantan ?
Jawapan :
Semua ni gambar dulu dulu. Katil still susun camni. Sekarang dh ubah. Meja loker katil katil loker meja. Means, katil gabung dua tengah tengah. So kalau guling guling langgar laa roomate korang tu. Haha. Taktau laa kenapa nk kena ubah. Penat sangat harituu. Loker bukan ringan nk angkat. Mungkin sebab ramai buat aduan cakap bilik panas sebab kipas tengah tengah satu je.
Hmm btw, akk dah tengok senarai nama fasi korang punya. Semua baik baik jangan risau. Diorang tk buli punya :P hehe. Apa apa nak tanya komen je bawah. Nanti akak reply. Or boleh cari kat twitter n facebook :)
Assalamualaikum.
Do read Matrikulasi Kelantan Banjir ?