Assalamualaikum.
Sebab setiap kali student whatsapp je mesti tanya "Akak buat apa skrg, kenapa akk tak tak update blog dah" membuatkan harini aku terpikir nk type. Sebenarnya aku update je blog tapi pasal psychology hahahah lol dan aku tau orang duk tunggu post aku yg cerita more to my personal life. Hahah dh nama personal blog kan mesti la sepatutnya cerita pasal experience, tapi tu la kalau perasan sejak kebelakangan ni aku dah tak update apa apa cerita or pengalaman personal life hahha. Sebab.. entah laa. Bila kita dah matang sikit, kita rasa tak perlu pun nk exposed setiap langkah kita kat public, cukuplah orang terdekat or orang yg kita trust ja tahu. Tapi takpalah, sebab beberapa orang request kan.
Banyak benda jadi before this. Bulan Feb - Jun aku internship dekat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) , yep Penang Second Bridge. Kenapa aku pilih company ni sebenarnya panjang sgt cerita dia haha. Tapi mcm semua org tahu, aku degree Geofizik dan company aku intern tu tak de geofizik pun sebenarnya, mcm more towards operation and maintenance bridge tuu. But that doesn't mean Im not happy to be part of JKSB. In fact aku rasa JKSB tu sangat dekat dgn aku dan orang² kat situ sangat² baik.
So after intern, aku sambung master dekat UTM, fully research. Eventho aku tak konvo lagi lol. Aku tak suka bila orang tanya kenapa pilih UTM, kenapa bukan USM. hahaha sebab aku sendiri tak de jawapan utk tu. Aku pilih UTM bukan sebab ranking kos engineering paling hebat dalam Malaysia ni tapi tak de sebab pun. Aku tak pernah pilih UTM. Dan aku tak expect pun. Tapi everything jadi sangat easy dan suddenly papp aku ada kat sini. Lol. Japgi aku cerita why at last aku endup di Johor hahaha. Dia macam ibarat kau baru jumpa someone, tetiba orang tu terus nak masuk minang kau. Kau jadi macam eh eh eh japp nak fikir dulu. But suddenly semua jadi smooth and kau jadi kawin dgn org tu dalam waktu yg sgt singkat.
Masa first time tgk offer letter, aku duk pikir gak, perlu ke register 28 August sebab ye lah student research kan suka hati nak register bila, sept ke oct ke nov ke as long as offer letter masih valid. Tapi supervisor aku ni macam nak aku masuk sept. Aku ingat nak tunggu konvo dulu. Aku pulak dapat offer letter ni 20 Ogos hahaha, so dalam masa seminggu tu aku duk relax relax tak settle any surat yang kena isi semua tu. hahaha. (Kepada adik adik yang tengah baca,takut korang tak paham kan.. Akk sambung master as Reseach student. Jadi nak masuk master ni senang je, pergi jumpa mana mana lecturer yang kita suka then cakap nak buat research bawah guidance dia. Lecturer ni di kira supervisor kita sepanjang master tu. Jadi apa apa nak balik rumah cuti ke kena bagitau supervisor. Dia macam boss kita la.)
28 August 2019
Pagi tu kat homestay aku duk relax relax tak keluar check out sebab apa yang aku bayangkan pendaftaran master ni macam kau pegi satu ofis, pegi kaunter tunjuk letter dan mungkin dia akan isi apa apa la kat komp dia, then aku dpt bilik n masuk bilik. Tapi sampai je 9 lebih kat tempat aku daftar tu (kitorang naik by grab) aku nampak khemah besar and ramai sangat orang.
Aku fikir, ya Allah ni sekali budak degree ke apa. Rupanya tak, memang 28 ogos tu adalah pendaftaran postgraduate. Sebenarnya bukan 28 je, tapi start dari 26 - 28 ogos 😂. Aku ni kira daftar hari terakhir for postgraduate. Nasib baik kan aku tak g daftar selain dari 28 hahaha.
So aku pun tinggalkan family aku dalam khemah ni dgn brg yang sgt banyak hahahaha apak memalukan haha yela orang lain kan naik kereta so brang mesti tinggal dalam kereta. Aku pulak naik grab hahaha. Barang semua kena bawak g tempat pendaftaran. Part of my family je datang sebab bapak aku kerja and dia malas nak drive ke Johor, so kitorang naik bas.
Hari pendaftaran tu sebenarnya semua benda tak settle. Aku tk cuci gambar lagi, setem pun tak matikan. Tapi aku relax je kan. hahaha. Lepas semak dokumen tu dia suruh naik atas. Aku pikir dah nak settle, sekali naik tingkat atas, aku terkejut sebab tempat pendaftaran ni macam kat bank. ramai gila orang hahaha. Kena ambik nomber doh.
Ada dekat 10 kaunter, once settle registration, kena pegi urus kaunter payment yuran. Settle yang tu kena pegi buat kad matrik plak.
Segan jugak orang duk tengok kita senyum kat depan tu. Masa turn aku, aku ambik gambar macam biasa la. Lepastu aku cakap kat orang yang snap muka aku tu "Nak tengok gmbar tu boleh?" Dia tunjuk la kat komp dia. Aku ter cakap kat dia "Alaaa tak cantik laaa, gambar yg sy upload masa online registration lagi cantik" hahahahah. Aku ni jenis sembur dulu baru fikir apa yg dah aku cakap lol. Lepastu duk sat dlm 5 minit kad matrik siap.
Tadaaaa, dia pakai gambar yang aku upload online hahaha. Bagus jugak jadi orang yg sejenis disagree ni. Selesai kad matrik, kena g active kan id utm. Then settle baru nak g carik hostel. Kolej kat utm ni tak payah kejar point merit semua ni. Kalau kau nak kolej, kau apply je la nama kau. Sapa cepat dia dapat. Dah penuh g letak nama kat kolej lain. Ha macam tu la. For postgraduate, usually dorang bukak utk dua kolej je, KDSE and Kolej 9. Mungkin sebab aku register hari ketiga utk postgraduate, KDSE dah full. So terpaksa g kolej 9.
Segan jugak orang duk tengok kita senyum kat depan tu. Masa turn aku, aku ambik gambar macam biasa la. Lepastu aku cakap kat orang yang snap muka aku tu "Nak tengok gmbar tu boleh?" Dia tunjuk la kat komp dia. Aku ter cakap kat dia "Alaaa tak cantik laaa, gambar yg sy upload masa online registration lagi cantik" hahahahah. Aku ni jenis sembur dulu baru fikir apa yg dah aku cakap lol. Lepastu duk sat dlm 5 minit kad matrik siap.
Tadaaaa, dia pakai gambar yang aku upload online hahaha. Bagus jugak jadi orang yg sejenis disagree ni. Selesai kad matrik, kena g active kan id utm. Then settle baru nak g carik hostel. Kolej kat utm ni tak payah kejar point merit semua ni. Kalau kau nak kolej, kau apply je la nama kau. Sapa cepat dia dapat. Dah penuh g letak nama kat kolej lain. Ha macam tu la. For postgraduate, usually dorang bukak utk dua kolej je, KDSE and Kolej 9. Mungkin sebab aku register hari ketiga utk postgraduate, KDSE dah full. So terpaksa g kolej 9.
My first thought "Mana tong sampah and penyapu" hahaha. Sebab kalau kat usm ada je every bilik. Tapi sini takde. Means kena bawak sndri la kot. Lepastu aku nk g mandi, aku cari shower tak jumpa hahahah. Semua jamban ja.
Aku dengan pegang tuala duk pusing blok tu cari orang. Terjumpa aunty india tengah menyapu. Aku tanya dia "Aunty, toilet kat mana ya" dia tunjuk toilet yang aku pegi tadi. Aku kata "Bukan, saya cari shower, tak de shower pun" Dia kata "Sini toilet banyak rosak, itu pegi tgk toilet atas" Aku pun lari la naik atas. Tapi toilet semua jamban hahahahaha. Aku cangak lama sikit dalam toilet tgkat atas ni then baru perasan shower tu dalam jamban HAHAHAHA.
Bodohnya aku tak perasan hahahaha. Patut la aunty tu kata toilet sini bnyak rosak sebab aku mengadu tak jumpa shower. Lepastu aku duk pikir sorg sorg aku, nanti undergrad masuk mesti ramai tapi sinki satu ja hahahah. Baru aku paham masa zaman degree dlu orang cakap "Awak ni bertuah sebab dapat USM, facility sini semua okay, kalau pegi uni lain tak macam ni pun.
Serius desasiswa usm, kalau ada rosak ke apa, kau tinggal bukak lappy then register kerosakan, esok pagi orang datang repair. Dekat sini sinki dia dah la satu lepastu pecah bawah tu, kira kalau aku bukak air sinki tu, air tu direct jatuh ke lantai. Aku cari pantri tak jumpa, sebab aku nak iron tudung and nak ambik air panas, tapi tak jumpa. Time tu aku rasa tak berbaloi harga kolej 500 ratus lebih tapi semua benda tak de. Even desa usm yg harga 300 lebih pun ada iron and air coway every aras.
Aku tak mandi pun tenghari tu sebab tak sempat dah, ada taklimat utk postgrad. Nak makan lagi kan. Dah la settle kad matrik, carik hostel, hantar family balik pun take time. tetiba 2.30 briefing. Dah macam orientasi degree plak hahaha.
Supervisor aku plak baik terlebih, sampaikan dia suruh student phD dia ambik aku dari kolej 9 pegi tempat briefing haha. Akak phD tu plak baik nak mampos hantar aku ke hulu ke hilir, pegi Aeon, pegi kedai runcit beli barang, padahal dah kawin dah doh. 😂
So itu lah ceritanya. Dan aku rasa ramai sangat tanya aku "Why UTM". Sebab master ni orang sambung dekat dekat rumah je, tapi tu laa... Sebenarnya aku register and apply online for master USM lama dahhh. Bulan march.
Masih valid offer letter ni. Hahaha. Masa tu aku tengah intern lagi kt JKSB dan aku bagitau sv aku a.k.a manager dept civil&structural pasal master aku. Dia pulak suggest aku buat tajuk yang aku propose tu dekat school civil USM, since barang or alat testing banyak dkt situ. So aku pun whatsapp one of the lecturer dekat school civil. Dia siap ajak pegi rumah dia lagi. Dan yes aku pegi rumah dia, dpt la makan makan sikit sambil menyembang hahaha. Dia okay je nak ambik aku as student dia, but dia ada project dia sendiri lah dan tak pakai aku punya proposal. If aku sambung master bawah dia, aku dibayar elaun sebanyak RM1.3k every month. Offer letter from USM dah ada tinggal nak g tukar je nama school and tajuk.
Tapi day by day aku duk baca research paper pasal project Dr tu, aku jadi tak minat. Benda tu macam susah sebab dia banyak guna knowledge engineering yang aku tak de. So aku pun tolak jadi student bwah dia. Dan after tolak master dengan dia aku terfikir nak kerja je la. Malas nak sambung. Sebab ramai expect aku kerja. Tapi jujur aku sendiri confuse sama ada habis degree nak kerja or nak sambung master. Why aku macam confuse? Sebab aku tak minat kerja. Aku tak nak masuk industri. Sebab aku rasa tak motivated. Apa yang industri tawarkan tak sama dengan apa yang aku value. Rewards yang industri bagi bukan apa yang aku priority. My life priority is growth and knowledge. So it's very important for me to do anything which will lead to growth and learning something new. Kalau cari kawan pun, aku tak kawan dgn orang seronok seronok. That person need to have something that push me to grow, tell me something that I dont know, give information and beneficial things for me.
Kalau masuk industri, yess aku belajar benda baru, aku ada experience handle itu ini. Tapi hakikatnya, tidak setiap hari aku feed brain aku. Tidak setiap hari aku dapat sesuatu. Most of the time, you spend depan laptop, sembang kosong dgn coworker, kutuk orang ni kutuk orang tu, makan tempat yang sama, time yang sama. Semua routine yang sama. Tak de new challenge, tak de adventure. Tak de sesuatu yang challenge you punya brain. Takde benda yang you kena tak risk and that risk lead you to grow and revolve to be someone new. You are staying in your comfort zone every single day. Every single day you ikut telunjuk boss. Ikut telunjuk orang kerana money. Money. Itu la rewards from industri. Aku tak cakap aku tak value money. Tapi growth and self development lagi important for me.
Tapi sebab semua orang dalam dunia ni expect "If kau belajar degree, kau kena kerja industri" lain la kalau kau kos pendidikan. Orang expect kau masuk education field la kan. Dan aku jadi doubt and macam 'terpaksa' buat sesuatu to fit in to the idea of society instead buat apa yang aku suka. So aku apply kerja after degree. Apply beratus ratus. Tak kira dah kerja apa pun, customer service ke, kerani ke, hr ke, receptionist ke. Semua level aku apply. Sebab kalau boleh aku tak nak duk rumah. Kalau aku apply kerja bidang aku je mmg tahun depan pun belum tentu dapat kerja so aku tak memilih langsung bab kerja. Tapi satu pun tak dapat. Dan aku tahu sebab apa. Sebab setiap hari aku doa "Oh Allah, beri lah aku satu pekerjaan yang sesuai dengan diri aku, kerja yang aku minat nak buat, pekerjaan yang buat aku rasa happy, kerja yang buat aku jumpa orang baik baik" Jadi doa aku ni sebenarnya oppose dengan tindakan aku. Dia macam ibarat kau habis SPM and tak minat belajar dah dan nak kerja, tapi expectation orang suruh kau belajar. Lepastu kau apply semua kos yang memang kau tak minat langsung, lepastu doa supaya dapat kos yang kau minat. hahahah.
Tapi to be honest aku dapat satu interview sebenarnya. Aku apply position bidang sales tak silap aku, tapi boss tu reply application aku and panggil aku interview for position Personal Assistant. Padahal aku tak apply pun kerja PA ni. Masa tu aku dapat agak dah. Boss ni baca resume aku dan dia interested nak ambik aku as PA dia dan bukan position yang aku apply. Jadi? Jadi maksudnya aku tak compete dengan sapa sapa. Dia tak open pun vacancy as PA dekat Jobstore. Dan kalau aku p interview ni konfom aku akan dapat. Boss tu siap emel aku cakap, after interview dia nak aku join presentation dia supaya aku lebih paham apa service yang dorang buat. Memang benarlah tekaan aku. Dia memang offer aku untuk jadi PA dia after read resume aku dan kalau aku accept interview tu, kemungkinan besar aku akan dapat kerja tu.
So yes aku pergi interview tu. Tapi of course aku sentiasa buat istikharah. Sebab aku sendiri tahu kerja PA bukan kerja aku. Tak kena dengan diri aku yang high in creativity dan tak suka routine ni hahaha. Sehari sebelum interview aku drive sendiri pegi. Tahu tak apa yang jadi? Kereta yang aku drive tergelincir sebab hujan dekat area kilang cement nak masuk area Kuala Kangsar. Bila brek kaki tu memang drift la kereta aku. Langgar kereta orang lane kiri. Saman 300. hahaha. Aku pun balik and tak pergi interview tu. Aku anggap itulah jawapan istikharah aku. So lepas kejadian tu, mak aku dah tak trust aku kerje jejauh ke apa, jadi mak aku suruh aku sambung master je.
Jadi masa tu aku terfikir, mungkin jodoh aku ni dekat Dept Geophysics jugak kot. Aku pun balik ke sv aku kt USM induk, tapi dengan plan yang berbeza. Kali ni aku ada satu proposal yang agak besar project dia. Which is project from company intern aku sendiri. Company
JKSB ni kira client based laa. So dorang ada project Rest Service Area (RSA)
mcm RnR tuu. Jadi aku nampak satu opportunity yang sangat besar dekat aku since
aku kenal Project Manager yang handle project tu. Nak tahu apa plan aku? Korang mesti tak boleh predict punya idea aku hahahaa. Aku plan nak buat master research aku
dekat site tuu. Buat geophysics laa. TAPI aku ada satu lagi idea lain yang
boleh benefit aku which is aku plan nak register company aku sendiri, sebagai
Sdn Bhd. Cuma modal tak silap hampir RM1k jugk nak register SSM ni.
Aku nak buat
survey kat site tu bukan as student tetapi sebagai contractor JKSB. So sekarang ni plan
aku bekerja dalam industry plus aku buat master. Aku tak kisah kalau aku kena
pass thru kick off meeting, coordination meeting dengan boss boss since aku
kenal dorang and aku tahu procedure dorang. Skrg ni plan aku, aku nak jadi CEO
kepada satu company, man power aku sapa lagi, student degree and postgrad kt
USM laa. Dan at the same time aku boleh guna data survey for thesis master aku. See,
aku bukan tak minat industry cuma if aku masuk industry, aku kena jadi boss dan
kerja tu harus push aku untuk take risk to let me grow. Dia macam kena grow
sebab aku jenis tak boleh dduk setempat. Means if project JKSB aku settle, aku
kena cari jalan untuk dapat kan new project. Yang tu paling aku suka. Achieve satu project then fikir untuk new goal pulak. Kerja detail detail ni bukan kerja aku. Aku tak minat. Aku suka buat kerja mcm boss tu lagi.
Tapi sebenarnya aku tak bagitau sesapa pun pasal idea gila aku ni. hahahha. Harini baru aku open up dekat blog aku. Jadi sebelum aku jumpa sv aku untuk propose project master aku ni, aku pegi jumpa Project Manager dulu. Aku explain dekat dia pasal geophysics punya technique dan aku mintak keperluan target untuk site dia. Maksud aku, apa yang dia nak aku cari dekat tapak tu. Dan Project Manager tu bagi aku dua objective. Satu, to locate active settlement. Dua, to determine water table level. Dia nak tahu water table level sebab dia mempersoalkan adakah air dalam monsoon drain tu datang dari air bawah tanah sebab kadang kdg tak hujan tapi mcam mana air tu muncul.
Dan secara jujur aku tak bagitau pun Project Manager tu yang sebenarnya aku nak sign contract dgn JKSB. Sv aku kat USM pun aku tak bagitau. Aku just sembang dengan dia cakap nak buat master je. Sebab ye la aku pun tak dapat persetujuan sv aku kat USM lagi. Aku tak kisah if JKSB tak nak bayar aku se sen pun asalkan company aku, Sdn Bhd yang aku nak daftar ni pernah ada history handle satu project. Pernah sign contract. So yeah after settle meeting dgn Project Manager, aku pegi jumpa SV aku kat USM. You know what??? SV aku reject proposal aku. HAHAHA. Alasan dia sebab nak masuk tapak project kena ada kad CIDB and benda yang aku nak buat ni adalah survey bukan research. Sumpah aku merajuk tahap gilaaa. Aku rasa merajuk sangat sangat hahaha. Aku merajuk sampai aku cakap, AKU NAK JADI SURI RUMAH. AKU TAK NAK KERJA TAK NAK SAMBUNG MASTER. hahahha.
So berminggu minggu jugak aku tak plan nak buat apa apa. Lama lama aku jadi stress duk rumah sebab buat benda yang sama. Routine yang sama. Tak de goal untuk di achieve. Ketiga tiga plan aku tak jadi, master dekat kejut, master dekat induk and kerja. Lepastu aku dah taktau nak buat apa, aku saja email lect dekat kejut (lecturer lain, bukan yang aku pegi rumah dia tu) tapi dia tak reply. Seminggu lebih aku tunggu dia tak reply. So aku pun saja teringat UTM, sebab masa aku second year dulu aku pernah emel lecturer UTM tanya pasal master. So kiranya aku plan nak sambung master kat UTM ni since second year lagi lol tapi bila dah habis degree aku tak teringat langsung nak try apply UTM sebab aku rasa mcm jauh dan aku dh dapat offer letter from USM. Rugi laa aku bayar registration RM70. Tapi macam macam jadi yang membuat kan aku give up dgn USM. Macam jodoh aku tu memang tak de dengan USM.
Aku tak expect apa apa dekat UTM sebab aku just nak emel and tanya je ada project apa apa ke, sudi tak ambik aku as student dia. So aku bukak website UTM cari lecturer. Sebab kan aku blend well dengan any introvert, aku scroll scroll carik lecturer muka introvert. Hahahah. Alah senang je nak detect muka intro ni. Jenis senyum tak luas tu intro la tu. Hahahahah. So aku pick sorang lecturer ni, aku tak baca pun biodata dia, just nak emel and tanya je. Tak sangka dalam masa tiga minit je dia reply. Terus whatsapp aku and paksa aku buat research dgn dia. Kalau kau pun mesti terkejut if ada orang paksa paksa suruh register master and tak bagi time langsung untuk fikir hahaha.
So itulah kisahnya. Akhirnya aku accept dan tadaaaa aku ada kat UTM. Itulah nama dia rezeki yang datang tidak disangka sangka. Korang yang baca jangan la rasa macam tak productive ke apa. Lain orang lain value dia. Aku memang jenis kena ada benda nak buat and kena ada goals. Kena grow. Rasa macam something wrong kalau tak de purpose ni. Kalau korang suka routine, so buat la routine korang. Tidak perlu compare and follow langkah aku jika korang rasa itu bukan diri korang. Kadang kadang takut ye bila share personal life dkat public. Sebab people will evil eye you even they dont mean it. Sebab kita tak boleh tengok org tu ada lebih sikit. And manusia ada sense of competitiveness dalam diri and keep comparing to each other. Benda tu mcm natural. So I really hope this post boleh jadi information ke or inspiration bukan sebagai sesuatu utk di compare. Dan yang menganggur berbulan bulan tu boleh la try idea aku. hahahaha. Macam Vice Chancellor USM pernah cakap, create your own job. So boleh laa gunakan idea aku tu, pergi register company korang and bukak bisnes sendri. Hahha
Assalamualaikum kak..nak tanya boleh x tpi xde kaitan ngan utm.. hehe.. Nak tnya gred stiap subjek di Matrik akan diturunkan x kalau soalan dia susah? BTW..congrats kak dpt smbung master dkt utmmm !
ReplyDeletewasalam. uishh tktahu laa pasal disebalik marks and grade ni dik. tak pernah plak dgr. btw thanks dik. goodluck result pspm 1 yeee
DeleteAssalamualaikum kak. slalu master by research extend sbb apa? sbb diorg nak positive results je ke?
ReplyDeleteWasalam. Extend sampai terlebih 2 tahun ke? Mungkin org tu ubah mode study ke part time so lmbt la. atau submit thesis betul2 dua tahu then nk tggu viva n correction,jadilah 2 tahun stgh. tpi jrg student full time extend lebih dr dua thun. dua thun tu kira grad on time la. bab utk dpt positive results tu tk kot. usually kita mmg ada hypothesis sdri before collect data. bila analysis and xdpt results mcm expected, then just discuss ap results kita
Deleteokay kak. thanks for the reply.
DeleteSalam, sis buat master under grant ke? Kalau under grant berapa lama agak2 tempoh kene siapkan research tu?
ReplyDeletewasalam. yes under grant. grant ada period dia. Contoh pada January 2020 lecturer X dapat grant tajuk X dan period then dia selama dua tahun. dia pun offer laa dekat budak undergraduate tajuk tu tapi sampai bulan November 2020 still tak dapat cari ora yang nak buat tajuk tu. then suddenly pada december 2020 ada student yg nak. jadi period grant tinggal setahun lagi. so student tu terpaksa publish paper and so on dalam jangka masa matu tahun even grant tu sbnrnya period dua tahun. so nak selamat, jika ada lecturer tawarkan grant utk smbung study, tanya dia berapa lama lagi period grant hbs. tapi walaupun cthnya period grant ada lagi 3 bulan je dan student tu baru masuk, dia still dapat duit sepertimana dah di bahagikan duit tu. cuma student tu kena pecut buat paper je.
DeleteOhh... Kiranya tajuk master kita dgn grant tu x akan sama kan? Sama ada kurang atau lebih dr paper tu, cmtu ke?
ReplyDeletetopic master sama dgn grant tu. kita dibyar utk buat research topic tu. requirement dia mmg kena grad kan sorg student.
DeleteOkay dally. Thank you very much. Congrats and goodluck smbung master kat utm.
Deletethank you! you too dohh ☺️
DeleteSalam kak, nak tanya ape jalan terbaik nak masuk geofizik usm? Maksud saya, amik matriks ke asasi ke diploma?
ReplyDeletewasalam. both asasi and matrik adalah jalan yg terbaik. diploma bukan nk ckp susah dpt cuma bg akk range or period study tu lama, usually diploma susah nk score pointer 3.8 keatas mcm matrik or asasi. Stp pun bg akk susah nk skor. X sure kenapa adakah sbb sistem bljr ke mcm mna. tapi better pegi asasi or matrik and pulun dua sem. dptkan pointer 3.7 keatas dh secure bole ke geofizik. ☺️
Deleteassalamualaikum kak. course geophysics usm is one of permohonan juga. boleh saya tau peluang pekerjaan for graduan geophysics masih luas ke ?
ReplyDeletewasalam. rata rata batch akak sambung master. Since geophysics ni more to research. Kalau minat bekerja industry mungkin bole cuba engineering. masih luas tu mmg luas cuma biasa laa competition kuat, jadi kos apa pun skrg susah dpt kerja. tapi batch akk ada je bekerja dan kebanyakan mmg lari oil n gas. ada jugak lari kearah bidang survey. based on rezeki jugak. akak tgk lepasan engineering pun beribu beribu dan tak akak tak tak boleh suggest any kos yg menjamin kerjaya. so pilihlah bidang tu sebab minat.
DeleteSalam kak, thank you atas perkongsian sngt membantu sye. Alhamdulillah sye dpt tawaran dari utm for master forensic sc. intake September ni. Sye ade bce web utm for master student dpt satu bilik seorang+toilet (utk for those yg mohon n depends on kekosongan) .. tapi based on pic yg akak share mcm toilet kt luar, mcm mne ye? and sye nk tnye master student ade orientation n wajib ambik koko ke kak? mne thu kne repeat blk zaman degree
ReplyDeletewasalam. hi congrats! yas yas sbb masa tu kite tak sure sama ada nak duduk blik single ke tak so follow je the flow pergi KDSE or Kolej 9. KDSE ada bilik single tapi toilet luar. sehari rm6. Tapi masa kite g tnya office, kdse full so kite g kolej 9.tapi kolej 9 rasanya mcm kdse toilet luar and share. Tapi kite dduk kolej 9 seminggu je awak. Terus tukar KTHO. Skrg kite dduk bilik single yang ada toilet. sehari rm8. so satu sem rm1064. nanti bila register terus ke office ktho mintak bilik single tau.
Deletetak de orientation pun. itu briefing je dan tk nak pegi pun xpe. haha. tk de koko. tapi ada laa structure course kena join. 9 activity kena join utk graduate. structure course tu mcm talk je. bukan sukan or event.
Ohh mcm tu alright Thank you kak. Ade lagi soaln ni hehe, cuti semester utk budak master sme dngn degree ke?
Deleteresearch x de cuti semester awak. research mcm kerja. ahad-khamis tetiap minggu 8-5ptg. kalau nak cuti kena mintak cuti dengan supervisor. alah macam kerja senang cerita. kalau taught course ha ahh cuti mcm budak degree
DeleteOkey faham, terima kasih byk kak. All the best for your research, semoga dipermudahkan semua.
Deletesesama awakk. All the best too. 👍
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAssalamualaikum.. Sy Siti.. Maaf mencelah dkt sini.. Cik Mimi, sy berminat utk tahu lebih lanjut tentang Msc Forensic Science ni.. Boleh sy dapatkn email atau contact Cik Mimi for further enquiries? 😊
DeleteMaaf bru perasan reply cik Siti. Boleh2, contact sye at shamimisheffol@gmail.com
Deletesaya baru plan nak ambek master in forensic tapiiii masih memikirr .. takut tak boleh bawak 😂😂 saya diploma and degree industrial biotech, skrg tgh buat praktikal . bulan 1 ni abes , . saya nak sgt jadi forensik tapi takdir mcm bawak saya pergi biotech, sy nak try master , boleh dpt forensic takk kerja nanti ?? susah tak ehh. byk cabang gakkk forensic . kalau sudi bg keterangan, emel sy kat nurulfadzlina1096@gmail.com tqqq
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam kak dalilah. Sy pun sambung master di utm intake september ni. Kak, untuk KTHO duduk bilik single and ada toilet, saya boleh apply skrg atau nanti bila registration first come first serve? Saya kurang jelas tntg kolej ni kak. Saya risau saya tak dapat kolej. Sy risau sy kena cari rumah sewa awal2. 😢 sbb saya nak duduk bilik sorang2 haha nak privacy... mohon pencerahan. Tq kak 😢😢😢😢😢
ReplyDeletewasalam. rasanya lah kann, tak bole apply awal. Rasanya laaa. X pasti plak bole book ke tak. Usually mmg pegi sana then terus g ofis, ckp nk blik dorg cek ada kosong tak, then dorg bg kunci. Dan if awak sampai utm awal (tak masuk date semester 1) awak kena bayar hari laaa. Maksud saya, if jadual semester 1 start pada 1 Sept 2020, tapi awak smpai utm 28 ogos, so dua hari la kena byar on the spot kt ofis. Dua hari =Rm16. Bila start 1 sept, tak nak byar lgi pun xpe, hujung sem pun boleh. Rasanya kat utm okay je awak, xde sampai dduk luar. sbb kolej bnyk blik kosong cuma kolej tu jauh. Macam ktho , ktdi semua ni hotspot punya hostel. Mmg dekat dengan semua benda so mmg ramai yg apply. Tapi kolej 9 semua tu jauh awak. like 3km dari ktho 😂😂 so mmg bnyk je kosong so jgn risau, rasanya xperlu sampai kena cari rumah sewa. Bilik sorg plak usually mmg cpt full. Yang ni saya tak sure boleh book awal ke tak.
DeleteTq kak. Really helpful! Lg kak nk tnye, sorry kak tnye bnyk2. Slmt akk ada, sy siket lagi nk sewa rumahhh hmm. Kak, (1) kalau duduk dalam kolej, student boleh bwk kereta ke tk kak? Pastu kak, (2) yuran pengajian bayar wktu registration day ke atau kne byr before masuk? Sy ada bc blog akk, akk ad tulis kne settle yuran kt kaunter dia, tu mksdnya tunjuk resit yg kita dah byr ke atau kne bayar cash kt situ? Lastly (3) sy amek master coursework, akk tahu tk kalau2 kelas saya wktu siang ke malam kak,
DeleteTu je kak😢 3 questions..mohon pencerahan 😣 btw stay safe!
Yass bole bwak. Utm besar awak. Mostly undergrad pun ramai bwak so parking kt hostel akan full.
Deleteyuran tk pe byar hujung sem pun xpa. mcm sy byar before hri registration. klau byar before bwak la resit nnt dorg verified. tapi yuran xde byar cash tau. semua online.
cswrk sama je msa zaman degree. kelas mmg siang.
ok stay safe too ❤
Hi kak dalilah. Terima kasih Ya Allah ada orang buat post pengalaman master ni. kak dalilah saya nak sambung master atas permintaan ibubapa. saya pun okay je nak sambung master. cadangan nya nak ambil mixed mode study(kelas+research kan?). tapi saya baca post orang lain cakap research susah lah Kak Dalilah. Sebagai student master by research, boleh bagi pendapat tak? terima kasih kak Dalilah. btw saya pun nak sambung kat UTM!
ReplyDeleteHi! Master kan bg kite kan, better mix mode or taught course. Sebabb... master by research sebijik mcm buat phD cuma bezanya xde innovation. Jadi mmg betul la org ckp susah tu. Tapi mcm kite sambung by research sbb mmg tak minat kelas. Tak suka n x nak hadap assignment + quiz + test semua tu hahahaha. Research bgus if awk target nk smbung phd atau nk jadi lect/cikgu. Tapi kalau tanya pendapat kite, research susah ke.. hmm kalau minat dgn research topic tu, bole je. lebih kurang fyp zaman degree cuma mostly kita kita plan sndri and analyses data sndri ,fikir sndri data tu tu okay tak compare zaman fyp,s bnyk tlg kita, supervisor yg explain kt kita. tapi bila postgrad kita yg kena explain dkt sv. sv kita taktahu sgt. usually research by grant ni, topic dia sv kita pun x pro. so kita yg explore sndri topic tu by reading journal and keluarkan hypothesis sndri. sng cerita research kema truly independent. xde sapa bole tlg. kita mgkn tnya opinion org lain psal method kita/data kita dpt tapi at the end kita yg kena ada logic reasoning dgn results kita dpt. anyway goodluck yaaa.
DeleteAssalamualaikum kak! Akak saya baru nk daftar master utm 26 agos ni. Soalan saya adalah adakah utm sekarang tgh buat online class sbb covid 19 ni? Mohon penceraha. Thank u so much kak ❤❤❤❤❤
ReplyDeletewasalam. tahniahhh. skrg kalau ikutkan postgrad yg ada kerja research nk guna makmal semua tu bole je stay utm and masuk kluar. Tapi for cswrk kan, yg master by kelas ni saya x sure plak. Dkt surat tawaran suruh pegi register tak? Kalau suruh means dapat approval masuk lah tuuu.
DeleteAssalam,ni a bit off topic but akak sy bercadang nak sambung Master in Educational Psychology (UTM) - coursework, tp sy bkn former student UTM and degree sy applied science in fisheries. Boleh ke sy smbubg?. And maybe akak boleh have friends in this course, I can refer to?. Sy try googling tp tak berapa clear. Thank you akak for making this post, super helpful.
ReplyDeletewasalam.eh sorry ye x perasan ada komen. terlepas pandang. Yang ni x pasti laa. Awak check website utm pasal master course tuu. then tgk apa requirements dia. dan jika x pasti jugak bole ke jump, mgkn bole try contact lect kos tu sndri.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAsalamualaikum,
ReplyDeletesaya nak tanya untuk pelajar master ade sediakan hostel untuk belajar tak ? sebab saya cadang sambung master taught course full time di UTM tapi memikirkan sana ada diberi hostel atau tidak. Kawan saya yang perempuan juga ingin sambung master di UTM , cuma tu la risau hostel tak de. thanks
wasalam. hostel skrg mostly full tapi a week or two weeks after start semester, bole direct ke office or call office kolej utk tahu ada kosong tak. Usually lepas start semester baru bnyk kosong sbb budak undegrad cancel hostel yg dorg dpt. Kolej kt utm mmg utamakan budk degree dan auto dpt. Jadi bila dh start sem nnt ramai yg mungkin work from home since skrg online learning dan dan kemungkinan besar bnyk blik akan kosong. Tapi untuk msa skrg rasanya masih full. apapa pun try contact hostel.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteterima kasih reply, cik dalilah dulu hari first daftar terus gi kolej mohon ke ? saya baru dpt surat tawaran daftar 11 october ni. Ya saya ada call minggu lepas , diorang kata full. Tapi saya tak kisah pun kalau bayar mahal skit , kalau ada bilik kosong utk lelaki dan perempuan , info sini ya cik . Terima kasih kerana membantu.
Deleteyaa hari pertama dftar terus pegi office apply. itu pun kena walk in kolej ke kolej. sy pun xpasti bila nk kosong tu. kalau bole emel je ke kolej tu. nnt dorg list kan sebagai list menunggu
Deletealright terima kasih. kalau tak de rezeki try sewa luar sekitar UTM je kowt. Terima kasih kerana membantu :)
Deletesama sama. insyaAllah ada je kott blik kosong. cuba nnt tnya kolej 9&10. mgkn bnyk kosong kt sana
Deletealright akan usahakan, dulu masa register tgk post kt atas mcm ada orientasi je tu ? Brapa hari ya orientasi tu ? sbb kat surat tawaran saya dapat tak de dapat apa tentatif pun.
Deletetakde laa. itu briefing je. esok tu faculty punya program briefing plak. so dua hri laa. mmg xde tentatif. dh smpai sana bru tahu
DeleteHai sis nak tanya, after pendaftaran akak terus masuk hostel kan. Nak masuk kolej tu kene bayar terus or macam mana proses nak dptkan bilik tu dari segi pembayaran? plus bayaran utk stay kat hostel tu dibayar ikut sem or ikut hari utk student yg buat master by research?
ReplyDeleteHi. jika masuk kolej before semester mula kena byar hari. jika dah mula semester, hujung sem nk byar pun bolehhh.
DeleteTHANK you sis!, saya ada soalan lagi in terms of writing proposal macam akak buat do you refer your supervisor first or macam mana?apa reference akak utk proposal wirting. lagi satu pengangkutan dlm tu mudah tak, macam mudah ke nak dptkan bas dari satu tempat ke satu tempat?and akak sendiri commute dlam tu mcm mana? sorry sis saya banyak tanyaa
DeleteSaya tak tulis proposal sendiri. Just edit sikit je. Sbb tajuk master saya bawah grant. Dan usually mmg dah siap dah proposal tu yg dibuat oleh lect tu sndri. Apa nak cari, objective semua tu dh ada. Tugas lect tu kena cari student yg nak buat research pasal topic tu.
DeletePengangkutan ada bas dlm utm. Tapi saya x pandai naik bas tu. Mgkin sbb xde geng. Kalau dlu zaman degree sama sama explore dgn geng. Tapi bila sorg sorg xpndai laaa. Sbb kita dh ada specific destinasi nk pegi jadi mmg pakai grab or maxim saja. Mudah dapat bas tu xpasti laa. sbb x penah tggu bas hahaha.
thank you so much sis sebaba share! all the best
DeleteYou're welcome. You too. 🌸
Deletesis nak tanya lagi, once dah buat permohonan thru admission utm punya website utk master by research, then apa next step dia? ada kene refer mana2 department or just tunggu surat tawaran? kalau macam sis dulu berapa lama nak dpt surat tawaran?
Deletehmm x ingt plak yg ni. Rasanya lepas register dia akan tulis skrg kita kt stage mana. Next stage apa plak. Surat tawaran 3 weeks after register online.
DeleteNice sharing..Sis.
ReplyDelete👍👍 Thanks for reading
DeleteSalam sis..saya berminat nk sambung master in utm..boleh saya tau research tu kita boleh pilih ke nk buat dlm malay or english? atau adakah utm sendiri dah tetapkan ?
ReplyDeleteHi. we can choose either we want to write thesis in malay or english. generally we used english,but if ure intended to do in malay, u can a request to sps
Deletewasalam. Maaf ye awk. ter type bahasa inggeris plak. sbb page website ni auto translate english tdi. saya ingt ke awak tulis bhsa inggeris, tu yg reply in english HAHAHAHA. ye awak. bole plih tesis nk dlm bahas inggeris atau melayu
Deletesalam sis.. sya nk tya pendapat sis berkenaan buat GRA smbil smbung master. Lect sy ada bkk peluang utk buat GRA & enroll master with full research.. sy still confuse nk terima ke tidak.. usually boleh ke siapkan dlm 1 thun? then in terms of proposal mcm sis ckp dh siap ada semua tu.. then kita just jalan buat terus ke?
ReplyDeletewasalam. x semestinya master awak kena siapkan by a year. Bole siapkan bila bila. satu tahun mgkn period grant tu. jadi dlm msa setahun kena publish paper. berkaitan hal monthly elaun , sy tak bole ckp yg ni. ini solely based on sv tu mcm mna dia manage money tu. Jika awak dh masuk dunia gra, awak akan phm pembahagian elaun. Ada org dh hbs period grant, tapi monthly masih dpt duit sbb duit grant tu, sv tu transfer ke grant lain.
Deleteya proposal dh ada jika ber grant. Tapi tk semestinya kita akan follow je apa yg dh di proposed. Akan ada benda kita nk tukar atau kena tukar. Proposal hanya main idea ttg topic tu. Mcm saya ubah semua objectives dan method dr apa yg dh proposed. Tapi mcm kwan sy sebijik. Masuk terus start je.
Pembetulan ye awak. Saya reconfirm dgn lecturer. Student kena follow proposal punya objective, method for at least 75-90% apa yg dh di proposed. unless jika grant tu ada dua student, yg sorg tu dh follow grant punya proposal. yg sorg lagi nk ubah objective or lari lain sikit tk apa dah. ikut grant jugk laa. kalau FRGS punya grant sgt strict 😂
DeleteAssalamualaikum sis dalilah, I've read your post about your journey after graduated. I'm with you, takda rasa nak jump pergi ke industry. My heart don't belong there yet. But, I have a thought for pursuing master. Kalau nak sambung master coursework, is there chances for us to involve in education field juga? For me myself, knowledge tu penting. Can I know the whole expenses will be used untuk sambung master?
Deletewasalam. sorry terlupa nak reply 😂 education field nak jadi cikgu? cikgu kalau xsilap kena ambik kursus awak. kalau master then nk jadi cikgu sekolah swasta itu sy x pasti apa requirements dia. Utk jadi lecturer, sekurang kurangnyaa phd laa utk skrg. tpi tk pasti requirement for kolej swasta dan sbgainya. cuba awak tgk requirement job job tuu.
Deleteutk expenses lain U lain la kot yuran nya. mcm utm, cswrk lagi mahal dr research. kalau x silap satu sem yurannya 3k lbih. so for 3 sem, duit utk yuran kena ada 10k++ or more. dan yuran hostel lagi. makan minum lagii. expenses bole pegi 15-20k spnjg pengajian
Nak tanya soalan berdasarkan soalan atas ni. Contoh mcm awak kan, master of research, course pengajian awak kira mcm mana ye? Half sponsored ke oleh your supervisor? And every month you akan dapat allowance right? Kalau tak, can I know, you minta sponsorship ke atau loan untuk sambung master ni? And total master research ni berapa?
Deletesaya fully bayar sndri. hostel, mkn ,yuran semua tanggung sendiri. Yass dot allowance every month. kalau awak berminat smbung master, cari lecturer yg ada grant. saya tk de mintak scholarship mana mana. total yuran? masa zaman sy, research rm2500 per sem tpi skrg rm3000. so kalau awak nk smbung, total rm9000 utk yuran. tak masuk hostel lagi. yuran hostel saya satu sem rm1064. so setiap sem sy kena byar rm3500. total nya... 10k++ cmtu laaa. tapi utm ni ada scholarship NPF. satu sem, 1k. So yg tu bole ringankan beban student.
Deleteassalamualaikum kak dali, proposal akak berapa page ya untuk register tu? ikut format thesis kan? n apa yang akak tekankan ya?
DeleteAssalamualaikum awak, nak tanya. Untuk sambung master, boleh ke kalau Degree kita lain, and master pula amik yg tak sama dengan degree tu? I mean lari laaa dia punya subject semua tu
ReplyDeleteWasalam. Saya degree lain, master lain. Degree in science, master saya in engineering. lain. Tapi jika mcm ada berkaitan, dan lecturer tu rasa mcm.. okay dia akan ambik. so awak cri la dlu lecturer nyaaa. tanyaa dia bole ke sy jump ke kos ni.
DeleteAssalamualaikum awak, good morning hehe. Saya dulu masa degree ambil ocean science, then if untuk master rasa macam nak ambil Master of Education (Science Education), boleh ke? Nanti akan ada practicum ke yang membolehkan seorang tu untuk jadi cikgu? Means, if one's not from ipg, boleh ke ambil M.Ed jadi cikgu?
ReplyDeletewasalam. sorry yaa reply lambat. Based on kawan saya, dia kata kalau kita bukan degree from bukan education. kena ambik satu exam. then exam tuu akan tunjuk kita kena ambik kursus brpa bulan. ada yg 3 bulan , ada yg 6 bulan. depends on result kita. Lepas pergi kursus tuu, baru bole apply master education.
Deletesalam...master edu.nt habis blaja dpt jd lecturer poli ke?
ReplyDeletewasalam. Tak pasti.cuba tgk requirement dkt website poli tuuu atau job vacancy ke. kalau dorg bukak, tgk requirement dia
Deletesalam...master edu.nt habis blaja dpt jd lecturer poli ke?
ReplyDeletesalam...master edu.nt habis blaja dpt jd lecturer poli ke?
ReplyDeleteBoleh cuba
DeleteDr zurairahetty.. my fav geotech lecturer
ReplyDeleteHaha yee. Pernah kelas dgn dia jugkkk. Mmg baik n best Dr hetty.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi kak, Good day, Nak tanya i baru habis Deg, nak sambung buat Master (forensic science) kt USM. Pada pengetahuan akak bgaimana dengan kolej penginapan utk student buat Master full time. Adakah USM akan provide kolej or kena stay rumah sewa kak?
ReplyDeleteHi. Any university pun akan provide kolej for student cuma kena apply. Tak semestinya kita register master, automatic akan dapat kolej macam zaman degree. Kena apply dulu. Kalau ada kekosongan, dapat la bilik dalam campus. Kalau dah full terpaksa sewa luar. Better tanya pihak kolej, by email or call.
Deletehi untuk asrama memang utm akan provide for master ke? Termasuk dalam yuran pendaftaran ke atau mohon asrama dan bayar lain
ReplyDeleteHi. Hostel mmg available cuma kena apply asing. Yuran x termasuk hostel. Usually master awal awal registration perlukan at least rm4.6k gituh or more for yuran n hostel. Nanti kalau nak masuk campus better email kolej dulu ada kekosongan tak dan adakah kena kuarantin dulu before dapat kunci bilik
Deleteassalamualaikum kak dali, proposal akak berapa page ya untuk register tu? ikut format thesis kan? n apa yang akak tekankan ya?
ReplyDeleteWasalam. Dulu saya tak buat proposal sendiri. Memang upload proposal from sv. Sebab research by grant, jadi tajuk dan proposal dah disediakan oleh lecturer sendiri.
DeleteTerima kasih kak, saya ada soalan lg nak tanya heee.. Cam yuran tu terus bayar sekelepuk ke? Atau boleh ansuran untuk yuran yg around 3k tu? Per sem nya berapa kak? Kita InshaAllah daftar okt ni.. Doakannn
ReplyDeleteYuran kalau tak silap mmg bayar sekaligus utk first sem ni. Sebab ada kawan saya tu tak daoat register subjek sebab hutang yuran tak selesai. Research ke? Utk first sem dalam 3.5k-4k. kalau dduk hostel maybe 4.5-5k. lepastu dah murah. Utk first sem je mahal. Lepastu 3k every sem
DeleteAah kak research.. Akak skrg kat penang or stay kolej? Hee sorry banyak soalan pulak. Terima kasih twu kak banyak share info ❤️
DeleteHi sorry tak perasan reply. Stay kolej awak
DeleteHye Assalamualaikum kak nak tanya pasal geofizik :
ReplyDelete1.kelayakan akademik:
2. ciri peribadi:
3.tempat melanjutkan pelajaran:
4. kursus:
5.gaji:
6. insentif:
7. faedah:
8. ganjaran:
9.cabaran:
10. tempat kerja:
11.maklumat-maklumat tambahan yg berkaitan :
Harap akk dpt balas secepat yg mungkin. Terima kasih! ❤️��
Wasalam sorry yaa tak perasan ada komen ni.
Delete1. Kelayakan akademik.. 3.5 above utk diploma/matrik/ asasi bole cuba apply.
2. Ciri peribadi? Mksdnya apa yaa? Kalau awak minat apply sajaa. Tak de ikut personalih seseorang.
3. Tempat study geofizik ke? Setakat ni USM saja yg offer kos ni di peringkat bachelor.
4. Kursus? Kursus apa yaa.
5.gaji. tak pasti laa. Jika masuk oil n gas mungkin 4-5k bole dpt utk fresh grad.
6. Insentif tu insentif keja? Tak pasti laa.
7. Faedah &ganjaran pun x pasti.
9. Cabaran kerja ke or kos ni? Kerja x pasti. Belajar sama je mcm org lain bljar.
10. Tempat kerja bole cuba oil n gas, processing data companies.
Assalamualaikum, selamat pagi. Saya sekarang di tahun akhir study di uitm secara e-PJJ dan bercadang nak further untuk Master di UTM sbb bekerja di sekitar sini. Soalan saya, adakah sesuai untuk ambil Master by research dan pada masa yang sama saya bekerja? Soalan kedua, adakah research tersebut sesuai diambil secara fulltime? Terima kasih atas perkongsian pandangan and hv a nice day.
ReplyDeleteWasalam. Bolej bekerja dan sambung master by research tapi depends kepada sv yang dipilih. Ada certain lecturer tak suka student bawah seliaan dia buat kerja lain. Kalau boleh dia nak students dia semua full tima dan hanya hadap research. Tapi ada certain lecturer okay jeee if students dia bekerja. Kena tanya dulu lecturer yg kita pilih. Ada lecturer sejenis yg kalau dah bekerja di luar dan masih nak sambung belajar bolehh tapi duit elaun ke apa tak kan dapat. Tapi memang secara rules nyaa elaun hanya untuk pelajar yang tidak bergaji dan bekerja. Soalan pasal sesuai ke tak tu , sebenarnya ramai ja yg buat master/phd smbil bekerja. Kalau rasa mampu, teruskan.
DeleteYa research utm sekarang senua nya full time. X de dah part time. Tapi full time master max 8 sem. So 4 tahun. Jadi sbnrnya walaupun kita bekerja plus master. Bagi saya sempat saja siapkan within the range.
Assalam, nak tanya hehe. Belajar master perlu ke kereta, transport dalam kampus UTM normally macam mana iya?
ReplyDeleteWasalam perlu kereta. Kalai xde kereta tumpang orang or ambik grab
DeleteHye nak tnya sapa yang dpt beljr computers network and security
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak bertanya. Saya sekarang tgah ambil degree in Chemical Engineering in UiTM..Saya nak sambung master di UTM, boleh kah? Dan apa langkah pertama yg perlu saya buat? Saya sudah try search & saya nk mnta pendapat awak juga
ReplyDeleteHi awkk saya skg lepasan matrik ke degree dan sy nak tnya berkaitan degree di utm... boleh ke sy minta email awk untk thya soalan tu?
DeleteHai hai sorry yang terlepas pandang yg komen komen kat sini. Bole email dallyothman@gmail.com or whatsapp je 018-4660129
DeleteAssalamualaikum kak, di hostel, basuh baju kena caj berapa? Dan boleh masak ke kat sana?
ReplyDeletewasalam. Rm2 kot. Tak ingat dah. Dobi pun ada. tapi mahal la. RM10 kot haha. sorry laa, dh lupa berapa. tak boleh masak. tapi kalau nk curik curik masak n nk ambik risiko, masak je la 😅
DeleteSalam akak, kalau nk dftr master kena lepas graduate degree ke? Atau biasanya layak mohon wktu bila?
ReplyDeletewasalam. bila dh ada surat senat degree
DeleteAssalamualaikum. Kat atas tadi kan awak ada cerita pasal cari sv. Saya baru nak mohon master tapi masih blur untuk buat research pasal apa. Jadi nak tanya la. Takpe ke kalau kita terus emel lecturer tu untuk terus tanya ada projek apa-apa yang perlukan pelajar bawah sv memandangkan kita masih takde topik research? Atau ada suggestion lain?
ReplyDeleteHi kak, just asking kalau jadi student master GRA, elaun mmg akan terus dapat 1 month after daftar ke or ada procedure lain?
ReplyDelete