19 August 2015

Kenapa Aku Pilih Geofizik USM

Assalamualaikum

Hai. Dah lama tak hapdet blog. Mcm tajuk aku harini, ramai yang tahu aku dapat UTM sebab sapa sapa je tanya psal result UPU, aku bagitau aku dpt UTM tapi tak de sapa tau aku dapat USM. Seriously aku tak nak pon mintak USM, dah laa pin sampai 40hinggit. Tapi mak kata, mintk p laaa. Mana tau upu dapat kos tk best at least ada backup. Time tu kata dekat mak. "Klau dapat USM pon akk takmau p. Tolonglahhh, dah laaa dekat."


Like seriously tipu laaa aku tk nmpk yg aku dpt USM tapi hati ni sikit pon tak rasa was was sama ada nk ambik USM ke UTM. Aku terlampau benci USM sbb dia terletak dekat Penang. Ya, aku suka pergi jauh. Kalau boleh aku nk isi UPU haritu dekat UMS tapi mak aku tak bg. Then aku ubah UMS pilihan bawah sikit. Tau tak betapa happynya aku bila dpt tau diterima ke UTM Skudai untuk pilihan pertama UPU. Aku tekan terima tawaran then isi borang UTM P5. Bincang dengan ayah aku nak bawak kereta straight smpai johor n stay semalam dekat skudai or behenti dulu memana tido situ then esok tu sambung perjalanan ke johor. Ayah aku suruh behenti kat Melaka. Aku pun cari homestay dekat Melaka. Dah book. Cuma deposit tak bayar lagi.

Jadi? Macam mana aku boleh ubah hati tukar pilihan? 2 hari selepas aku sahkan nk ke johor, aku ada text senior UTM, aku saja jee terdetik nak tanya dia "Kos pendidikan ni open market ke tak?" Satu jawapan yg buat aku tekejut. Dia cakap ya open market. Kenapa aku tekejut? Sbb setiap permohonan aku dekat UPU, aku akan baca panduan tu bebetul, cari google nanti kerja apa. Silibus dia cemana. Mmg aku selidik bebetul sebelum mohon. Dan dekat panduan tak de tulis pun kos tu open market. Dekat UPSI je ada tulis certain kos open market masa aku mohon UPU 2014 tu. Tapi bila senior ni bagitau mcm tu aku terus check UPU, still tak de tulis open market. Aku check UPSI, pon takde tulis open market. UPU dah update! Semua kos pendidikan dekat mana mana ipta or ipts dah jadi open market.

Btw, korang yang baca ni paham ke open market tu apa. Hahaha. Open market bermaksud kerajaan tak tanggung kalau korang tak posting ke mana mana sekolah. Korang kena g bukak web jobsmalaysia n cari sendiri kerja korang nak. Dan kos open market ni bermakna korang layak g pohon kerja lain selain guru/lect. Makna kata korang boleh g mohon kat mana mana syarikat mcm aku kos elektrik so boleh g mohon kat kilang. Tapi bila aku baca blog dekat google, ramai siswazah lulusan pendidikan menganggur sbb mana mana company tak nak terima dia kerja sbb dia lulusan pendidikan. Of kos bos lagi ambik lulusan engineering sbb dia ada amali n prktikal dia sendiri. Lepastu aku ada jumpa satu blog dia cakap "memang kalau kita perhatikan dekat sekolah, banyak kekosongan guru tapi kenapa ramai yg masih menganggur? Sbb kerajaan tak de duit nak bayar gaji guru baru. Bayangkan kalau dia posting guru baru, berapa banyak gaji dia kena bayar. Better sekolah tu tak cukup guru dan hanya mantain bayar gaji guru lama"

Perghh aku dh mula rasa was was dgn pilihan aku. Pastu boleh plak aku scroll scroll twitter n jumpa gambar ni


Agak tekejut yang rupanya kerjaya geofizik ni ada jugak org kenal. Ingt ke takde sapa sapa tau. Malam tu aku stress gila bapak sbb aku berada di tengah tengah antara usm or utm. Gila bhai aku nk tolak utm. 2,3 hari sebelum upu keluar , aku dh follow twt_utm. Hahaha. Lawa gila siap ada tasik yang boleh student kayuh benda alah apa tah nama dia pusing pusing dalam tasik. Bapak best. Malam tu aku post satu status kat facebook tanya pendapat orang mana satu lagi okay. Tapi kau tahu apa orang facebook komen? "Adik patut bersyukur, tak semua org masuk U.. bla..bla.." Aduhmak macam nk reply "sygku, aku tanya u mana okay. Bersyukur? Kau tahu mana aku tak bersyukur?" Haihh. Last last aku delete post tu and text madam rohashikin and hus pasal tu. Hus bagi ayat yang sangat motivate.



Malam tu aku buat solat istikharah. "Mana yang baik bagiku maka Kau senangkanlah hati aku ketika memilihnya". You know what, pagi tu hati aku kuat cakap aku nk g usm. Perghh. Hebatnya kuasa doa tu. Sikit pon aku tk rasa was was nk terima utm or tak. Tapi a little bit sedih sbb aku still kat Penang. Sumpah nak pergi Johor wehh. Aku mintk matrik Johor tk dpt. Mintk utm pon tapi tk ditakdirkan. Takpalah. Ada lah tuu hikmah. Allah knows best.

Oh ya, esok tu aku cari senior kos geofizik dan hakak tu dah buat aku bersemangat tahap gila nk start new life aku sebagai student geofizik.






Aku ada tanya beberapa pendapat sebelum aku pilih usm. Twt sains dgn satu cikgu dekat blog. And they replied my emel. Alhamdulillah. Hati aku kuat nak pergi usm.



Yang ni from cikgu
Yang ni pulak emel dari twt sains! Thankyou for your respons.



Waalaikumussalam WBT.



Terima kasih di atas soalan saudari. Saya dapati saudari mempunyai 2 soalan utama iaitu;



1.Bagaimana nak yakinkan ahli keluarga atas keputusan saudari untuk ke bidang geofizik.



2. Nak pergi atau tidak.

di bawah merupakan jawapan dari saya:



Pengenalan

1.Geofizik merupakan salah satu cabang dari bidang geologi, iaitu ilmu mengenai penciptaan, dinamik, dan bagaimana bumi (dan planet) berfungsi.



2. Dari pengamatan saya, kursus geofizik ini tidak banyak bezanya dengan geologi kerana di awal kursus ini saudari akan diajar akan asas-asas geologi seperti mengenali jenis-jenis batu, mengkaji bentuk muka bumi, mempelajari bagaimana bumi terbentuk dan seumpamanya.



3. Apa yang membezakan kursus geologi dan geofizik ialah geofizik mempunyai subjek-subjek pengkhususan yang menumpukan kepada mengkaji pergerakan bumi.



Aspek pekerjaan ahli geofizik



4. Selepas membaca e-mel saudari saya yakin saudari pun tahu banyak syarikat petroleum sekarang yang memerlukan khidmat graduan lulusan geofizik. Itu merupakan salah satu dari banyak contoh pekerjaan yang memerlukan ahli geofizik.



5. Selain dari itu, graduan geofizik juga diperlukan di dalam bidang meteorologi. Ilmu yang dipelajari dalam kursus geofizik ini sangat penting untuk mengkaji pergerakan kerak bumi yang membawa kepada gempa bumi. Hal ini dinamakan seismologi, ilmu mengkaji pergerakan bumi. 



6. Jika kita dapat meramal pergerakan kerak bumi, maka kita boleh mengelakkan / mengurangkan risiko kemusnahan yang diakibatkan oleh gempa bumi (dan tsunami juga disebabkan oleh gempa bumi!). Ingatlah peristiwa gempa & tsunami yang berlaku di Jepun (2010/11), atau yang berlaku di Sabah baru-baru ini.



7.Khidmat geofizik juga sangat diperlukan sebelum memulakan suatu projek pembinaan. Pakar geofizik sangat diperlukan untuk (A) menilai tahap keselamatan cerun, (B) menilai aktiviti seismik (aktiviti kerak bumi) di tapak projek. 



8.Lihatlah contoh projek pembinaan terowong (dan lebuhraya itu sendiri)  lebuhraya utara-selatan di Kuala Kangsar. Sebelum pihak PLUS membuat keputusan membuat lebuhraya dan menebuk gunung untuk membuat terowong, mereka perlu mendapatkan nasihat oleh ahli geofizik untuk memastikan cerun itu selamat untuk dibangunkan dan supaya terowong itu tak runtuh dalam masa yang terdekat!



9.Selain itu kejadian tanah runtuh Highlands Tower (1993) dan Bukit Antarabangsa (2008) juga sebenarnya boleh dielakkan jika orang awam menghargai nasihat seorang pakar geofizik dari sebuah universiti. Tambahan dari itu, cerun berdekatan dengan terowong Menora lebuhraya PLUS sekarang mendapat pemantauan dari masa ke masa oleh seorang ahli geofizik.



10. Dari sudut ini saudari boleh berkerja sebagai ahli geofizik dalam syarikat pembinaan ataupun boleh membuka syarikat konsultasi sendiri ($$$). Menarik juga untuk tahu khidmat nasihat ahli geofizik diperlukan sebelum membina empangan, dan mungkin juga pembinaan KLCC, Menara KL!



11. Beralih dari bidang pembinaan, ahli geofizik juga diperlukan di dalam bidang perlombongan (arang batu, bijih besi, rare earth materials) dan tidak lupa, akhir sekali dunia akademik yang mempunyai 1001 kemungkinan. 


12.Saudari sekarang mempunyai 2 pilihan iaitu ke bidang pendidikan atau bidang geofizik. Saya pasti saudari dah sedia maklum dan faham akan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.



13.Saranan saya ialah: saudari ambil sahaja jurusan yang saudari minati. Hal ini kerana saya percaya jika kita melakukan sesuatu yang kita minati, Insyallah kita akan meneruskan pilihan itu dengan senang hati. Jika kita buat sesuatu yang kita tak suka, ada kebarangkalian untuk kita berhenti  mengikuti pengajian itu separuh jalan dan akhirnya merugikan masa dan wang ringgit. Tambahan lagi mungkin hal ini akan mempengaruhi prestasi akademik kita ketika belajar di universiti, lalu menyebabkan stress dan banyak lagi kebarangkalian untuk terjadi.



14.Secara peribadi saya meraikan pilihan saudari untuk ke bidang sains (geofizik) kerana Malaysia tidak mempunyai banyak kepakaran di dalam bidang ini.



15.Saya juga ingin memaklumkan bahawa bidang kerja seperti geofizik ini tidak semestinya terhad di Malaysia sahaja, tetapi diperlukan seluruh dunia. Saya mendapat tahu negara China sangat memerlukan ahli geofizik untuk menguruskan lombong-lombong arang batu di sana. Begitu juga syarikat-syarikat petroleum di Timur Tengah.



16.Akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa amat penting untuk kita mengikut minat kita. Selain itu saya memohon maaf kerana e-mel ini terputus menjadi dua. 



17.Jangan malu dan segan untuk bertanyakan lebih banyak soalan! E-melkan soalan ataupun mention @tweetsains di twitter.




Majulah Sains Untuk Negara,

Admin TweetSains!

Update : Akak sekarang sambung master Geotechnics. 

Update pasal geophysics. Klik Geophysics USM


Oh ya, ni video field camp baru2 ni, bole klik link ni, USMSEG STUDENT CHAPTER FIELD CAMP 2017.

Next post insyaAllah aku type pasal  macam mana pemilihan sistem UPU

BAGI YANG NAK APPLY COURSE NI, BOLE TENGOK LINK NI UNTUK CHECK KELAYAKAN :) KELAYAKAN GEOPHYSICS COURSE


114 comments:

  1. Salam akak, sekarang akak pursue bidang apa ek ? Saya pelajar matrik sesi 2015/2016 dan berminat jugak la dalam bidang geofizik ni huhu . 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. akak tengah study geofizik dekat usm laa sekarang. ohh baguslahh, skor 3.5 keatas, beli pin usm, try letak geofizik first choice, insyaAllah dapat:)

      Delete
    2. beli pin usm dekat bsn ke?

      Delete
  2. salam,akak dulu msuk usm dpat pointer berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha biasa je dik, segan plak nak komen pointer kat sini. haha tapi lepas laa 3.5 haha. bole usya post lama akak dalam blog ni. ada je akk cita psal pspm result. hehe. tkpaa dik, skng usaha dulu, kalau ada rezeki insyaAllah dapat je masuk.

      Delete
  3. Assalamualaikum akak, saya sekarang ni budak lepasan spm. Saya berminat dngn geofizik ni. So, saya nk tnya kalau nak masuk usm untuk belajar course ni dn buat diploma terus boleh tak? Saya takda experience dlm bab ni. Boleh mohon dalam upu tak? Maaf ganggu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, maaaf dik, USM tak ada program Diploma. Ada Degree, Master n PHD, so nak tak nak, kalau aim nak USM, dik kena masuk matrikulasi dulu atau STPM atau buat ja diploma kat mana mana Universiti. kalau rasa jenis cepat tangkap better masuk asasi or matrik. kalau tak nak ambik risiko, pegi diploma dulu. tapi 2 tahun setengah la, macam matrik setaun je pastu terus bole pursue USM. btw usm tak da dalam upu. kena beli pin usm n apply sendri kat web dia. tapi macam akak cakap, adik kena lepas matrik/asasi/diploma dulu baru bole masuk USM. pointer at least 3.0 kot, tapi better make sure pointer 3.5 sbb skng ramai persaingan. goodluck :)

      Delete
  4. Muet kene band brapa? Band 3 lpas nk masuk x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Band 3 ke atas. Lepas je. Apply laa kalau berminat :)

      Delete
  5. Haha...ok2 trima kasih...btw course ape yg lebih kurang mcm geofizik? And course ape yg jarang org ambik kat usm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha alaaaa jgn la mcm tu. Kalau minat letak ja first choice ok. Hm. Lebih kurang? Hm engineering mineral kot tapi yg tu dekat kampus kejuruteraan dekat nibong tebal. Tapi sebenarnya kampus induk dekat pulau lagi best. sebab point myCSD lagi aktif dekat induk n banyak kos kat sini. Kalau kampus kejut, korang kawan dgn dak dak engineering je lah.

      Kos apa yg org jrg mintak heh? Hm mcm susah plak nk analyse sebab mcm akk school physics. So mcm rapat ngn dak dak physics je. Kos lain mcm tktau sgt. Physics dekat usm ada 5. Applied physics, pure physics, engineering physics, medical physics, geophysics. First year mmg korang akan beljar skli. Second year dah pecah more to bidang sndri. N setiap kos tu dalam maximum terpilih 28 org je kot. Tapi geophysics setiap batch selalu 20 org je usm pilih.

      Kos managment, HBP (housing building n planning) pon best jgk tapi kos tu busy gila. Tak tido tambah2 budak architecture. Kimia kos tu nampak mcm ringan. Tapi sebenarnya diorang kena ambik elektif subjek fizik. Mcm students fizik beljar fizikkkk je selama 4 taun. Tapi kimia ada cmpur. Same goes bio, kena ambik kimia as elektif. Jarang org ambik tu susah nak jawab laa. Sbb dia ada quota dia utk setiap kos. Tak semestinya dlm malaysia 100 org mohon geofizik n cgpa matrik 3.7 above semua akan dpt. 20 org mcm tu je. Taktau pilih based on apa. Sbb pointer akk tak lepas pon 3.7, ramai lagi yg mohon tapi akak terlepas masuk. Rezeki la kot. Haha btw goodluck. InsyaAllah rezeki dpt la masuk.

      Delete
  6. Assalamualaikum kak, maaf tumpang tanya. No. pin untuk USM ni boleh dibeli dimana ya? Sama mcm upu ke di bsn? Terima kasih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam. Hmm tk silap akk beli dekat bsn. Rm40 kot. Try check web pohon usm bila bole beli. Ok. Sama sama

      Delete
  7. Assalamualaikum akak. Sya nk tanya kalau nk ambik course geophysics kat usm,masa diploma kna ambil course apa ya? Lg satu, apa akak rasa bila blajar course ni? Mencabar physical and mental tak akak? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam. Kalau tak silap. Masa diploma kena ambik sains, fizik or apa apa kos yg ada belajar subjek fizik masa dekat diploma.

      Hmm. Rasa eh? First sem mmg sangat mencabar. Sebab masuk awal bulan 9. Tuptup bulan 12 dah final. So tiga bulan nak bawak calculus 10bab. Linear algebra lagi then fizik yg newton2 semua tu. Pastu fizik wave yg image lens diffraction. Pastu nk bawak geologi lagi. So masa singkat sangat. Tapi ni mmg life uni. Pastu busy kejar point myCSD nak dapatkan desa(asrama) untuk sidang depan. So kos fizik ni mmg kena kuat semangat.

      Yang mencabar nya sbb nak handle time je. Yg lain akk tak lalui lagi sbb bru hbs first sem. Second year nnt mybe bru rasa apa itu kos geophysics sbb time tu baru belajar mendalam n got alot kerja site kat luar. Mcm my lect tuto akak. Dia student master geo n buat part time jdi lect, tapi jrg gak msuk kelas sbb bnyk kerja luar. So conclusion student geo mmg busy skit. Takpa kalau lepas kelayakn n minat try laa letak first choice. Goodluck.

      Delete
  8. assalamualaikum akak..saya nak tnya.kalkulus untuk kos geofizik ni cemana ye?susah ke?lbih kurg dgn matrikulasi punya syllabus tak?sebab saya minat fizik n geologi tpi xberapa minat math.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Haha. Calculus sebenarnya cover sem 1 math matrik punya. Serius, yg masuk kos fizik result jatuh kebanyakan sbb calculus ataupun seangkatan dgn math la sbnrnya. Tapi nak buat cemana suka tak suka fizik mmg ada link dgn math. Pegi laa kos fizik kat mana mana uni pun. Even sains bahan or sains apa apa. Math tetap kena belajar. Bukan adik sorg je tk minat. Ramai. Ramai sgt. Senior usm result lain semua cantik. A, B tetiba calculus C. Tapi benda tu biasa bukan dik sorg je rasa clculus tu susah. semua org akan rasa, so nanti belajar sesama la.

      Yg penting usaha. Dlm kelas mmg tk phm. So try laa cari alternatif nk belajar math cemana. Macam akak. Balik bilik mmg akak akan cari youtube sbb dlm kelas mmg akak tido. Tapi at the end still bole survive dgn calculus.

      Calculus meliputi bab function, limit, differentation, application of derivative. semua ni sem 1 matrik. Bab 5, bab integration sem 2 matrik. Then bab 6 ni sikit je. Psal length of arc. Bab 7 trancedental function hmm sbnrnya psal integration + differentation exponential n logarithm je. Bab 8 technique of integration. Bab ni pasal integration by part. Yg tadi bab 5 integration substitution. Bab 11 (silibus usm skip bab 9 n 10) infinite series. Yg ni psal geometric series tu but ada tambah silibus sikit, tak mcm matrik sgt. Then kita bukan belajar clculus je, linear algebra pun. Tapi ada dua bab je. Matrices n vector spaces. Yg ni akak sempat stdy malam before final hahaha sempat je.

      So sbnrnya calculus tak dak laa susah mana pun. Yg susah nya nak cope dgn masa. Terlmpau banyak utk tau dan hafal dalam msa yg singkat. But as long as adik usaha rasanya, Allah will ease your way. InsyaAllah. Goodluck kalau ada mohon kos physics kat USM ☺

      Delete
  9. Wow. Nice briefing about geophysics. You make me want to apply geophysics in usm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe okay thanks for reading ma blog. Glad to hear it. Come and join us. Make sure letak first choice okay. :)

      Delete
  10. pilihan pertama kos bertemuduga kan?kos geofizik takde temuduga.so isi je geofizik atas sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm. Tak silap akak. Kalau tk silap laaaa, depends on adik. Kalau adik nk geo letak ja atas skli. Sbb kawan akak ada yg mntk kos iv n dia letak geo atas skli. And still temuduga pgl even letak plihan ketiga n keempat.

      And menurut pengalaman kawan akak. Dia penah letak pilihan pertama kos yg tk ber iv sbb dia mmg nk kos tu. Kos iv pilihan kedua. Bulan 6 panggilan iv. So dia pegi. Bila rsult kluar, dia terplih ke plihan kedua. Makna kata kalau iv lulus. Automatik adik akn dpt kos ber iv tu even plihan 1 adik lepas n layak. Make your choice wisely okay. Goodluck :)

      Delete
  11. Seronoknya baca briefing ni mcm nak ambil geofizik je thank you kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sounds weird. Hahaha nvm. Kalau minat apply ja :)

      Delete
  12. Sis, hows your experience in geophysics so far? Your article is really interesting. And, based on result akak yg mana diaorang pilih, pngs or pngk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Akk baru hbs first sem. Maaf tak dak experince sgt pun di ceritakan. First sem ni belajar sama mcm kos fizik lain. Cuma ada subjek tambahan geology. So utk first sem akk baru pegi sekali ja field trip haritu dekat Perlis. Cari n kenalpasti batu n balik buat report.

      Result based on pngk. Kalau dari matrik/asasi sem 1 + sem 2 punya result bhgi dua.

      Delete
  13. Akak, nak tanya. Kalau nak apply geofizik kat usm, mcm mana nak apply dalam site dia dan pastikan kita boleh dapat course geofizik tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm. Cara nk apply? Cuba bukak https://pohon.usm.my/default.asp?s=1 baca procedure. Beli pin kat bsn rm40. So log in laa.

      Untuk pastikan dpt kos tu susah nk jwb. Bergntung pada rezeki. Kalau 4Flat dua2 sem time asasi/matrik inshaAllah peluang cerah. Yg pasti try ja letak Geofizik pilihan pertama. Kalau result matrik/asasi tk berapa okay tapi batch dik tk ramai yg mohon geofizik kemungkinan boleh terlepas masuk.

      Delete
  14. Kak geofizik ni mcm mana beza dia dgn geologi? Susah ka, saya fizik ok, maths yg agak slow. Course ni ada bawa masuk hutan ke? Saya takut pacat.. sebab tu, haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geologi = Geochemist. So geologi lagi mendalam sampai belajar structure chemist mcm shape mineral, tetahedral bagai bagai. Geophysics more to physics. Masa first year kena belajar basic physics. Tak susah pun kalau nk banding dgn kos fizik lain mcm pure fizik semua tu. Sbb geophysics more to hafalan. Fizik lain more to calculation.

      Math penting bila sangkut dgn fizik. Tak bole lari. Akak pun slow skit math. Tapi mmg kena kuat smngat n usaha.

      Masuk hutan? Ada. Haha. Pacat? Relax laa. Akak pun tkut. Tapi benda kecik jaa. Geophysics banyak kerja luar. Kalau rasa tk bole/tak kuat kos lain ada bnyk lagi. But geo best what. Haha. Kalau minat apply la okay. ☺

      Delete
    2. PEMBETULAN. Dulu akak ada tnya sorg ni beza geologi n geofizik. dia ckp macam akak terang tu 👆👆

      Tapi haritu akak ada program dengan UM geologi. So bila tanya apa dorg bljar, sbnrnya sama jaa. N akak ada mntk lect note dr UM geologi. Dorg bljar geologi sama mcm bdk geofizik cuma sangat mendalam.

      So sebenarnya apa yang budak geologi UM belajar selama 3tahun stgh tu disumbatkan dan dipadatkan selama satu tahun(dua sem) serta ada banyak yg dibuang silibus utk geofizik di usm. Geofizik start tahun kedua dah start bljar subjek geofizik which is budk geologi um tk bljar pun. Cth subjek meteorologi. Geofizik more to seisemic n bdk geologi um tk bljr pun.

      Delete
  15. Salam akak, if kita masa spm tak ada basic geography boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Bole. Geophysics bukan geography. It's related to fizik. So basic fzik n math kena kuat.

      Delete
  16. Salam kak saya nak tnya klau saya ambil diploma sains or kejuruteraan boleh smbung geofizik nie x

    ReplyDelete
  17. As salam kak,fizik sya b+,math A but addmth c .. klau score time matrik,dia tngk tk result addmth spm .. buln 6 ni saya akn ke matrik johor.. and klau pkai spek ssuai tk kos ni hahaha just wonder :) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, adik ni komen as student yg nak msuk matrik heh? haha confuse seketika. hm, kemungkinan tengok kemungkinan tidak. sistem yg mcm upu ni, even usm dh keluar dr upu, haha kita tk bole nk predict how they choose us. its based on computer system. ada rezeki, ada laa.
      haha pakai spec? eh ramai je pkai spec, akak pun pkai spec. bukan buat ap sgt pun, cri batu je hahahah
      btw, if adik ni student lepasan spm, beljar elok elok kt mtrik nanti. jgn jadi mcm akak, mengarut je keja, stdy last minit hahhaha. okay?

      Delete
  18. Aah buln 6 ni baru msuk matrik hehe .. tkdelah nmpk course ni mcm adventure hahaha okay insyaAllah kak thanks .. may Allah bless you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay terima kasih. Goodluck to you too. 😘

      Delete
  19. Salam kak, intake for course akak last year berapa orang? . Memang cgpa under 3.5 susah eh nak dapat this course :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Last year geophysics 20 orang. Batch95 senior atas akak pun 20 jugak. Tapi batch akk tambah lagi 3 org sbb ada fast track. Dorg ni mmg dh msuk usm satu sem sebelum akak.

      Hm. Bole diktakan susah jugak. Bukan USM je, semua RU. RU adalah research university. Tau kan? Cth UTM, UKM UM, UPM. Ha yg ni mmg kena 3.5 above. Saingan tinggi. Tapi bole je nk try letak. Mana tau ada rezeki. :)

      Delete
  20. Salam , ada kawan akak yang pernah kena interview for course dekat usm tak? Sebab later saya ada iv usm , so ada tak any tips or hint apa yang dia akan tanya time iv nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Maaf reply late. Busy skit for this month nk final la katakan. Haha. Hm. Tktau pulak dik. sbb yg iv usm mesti kos account/pharmacy/architecture/medic so akk tk kenal budk budk kos ni. But kwn akk ada rumet kos pharmacy n rumet dia cita iv tu dia tny luar pda topik. Mksud nya luar dr kos dia. Dia tk tnya pun psal farmasi but psal isu semasa kot kalau tk silap. Alahh dik. Cri je gugel tips tips iv. Bnyk. Akk dlu pun pegi iv utm. Menggeletar jugak but lepas je iv tu hahaha. Goodluck yaaa

      Delete
  21. Em kak nak tanya. Saya baru dpt result matriks. Pngk sy dpt 3.5++ tp saya nk tanya usm tgk result pngk or sekali dgn grade subject yg kita ambik time kat matrik ? Sbb sem 2 sy down sikit. 3.1++ sem 1 4flat. Aduh cane eh kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua tgk. Kalau tgk link syarat khas tu dia ada mntk certain subjek dpt sekurang kurangnya B(3.00). Cuba check subjek apa kt link tuh.

      Takpaa. Sbb sem 1 4flat so dia balance rasanya. Pengiraan gred tau tk mcm mana? Cth sem 1 fizik skor A(4.00) sem dua dik B-(2.67) so total gred fizik dik B+(3.33). So rasanya lepas je utk klyakan gred. :) mohon je kos geo. Kalau ada rezeki dpt la masuk hihi goodluck

      Delete
  22. Assalamualaikum kak, sy sgt berminat dgn kos ni. Blog yg akak tulis ni mmg superb! Sy baru je abis asasi sains and sdg tunggu result upu utk masuk degree. Akak doakan sy dpt kos ni ye hehe.. btw sy nk tnye, akak apply biasiswa or ptptn? USM ada tawarkn biasiswa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Haha biasa biasa je post ni. Oh yaka. InsyaAllah ada rezeki dapat la masuk sini. Akak pkai ptptn je. Sbnrnya kos geophysics ada scolarship dia which is fizik lain tk bole mhon. Hnya geofizik sahaja. Geologi um, kejuruteraan utm semua n ada kaitan ngn oil n energy pun bole mohon. Company tu nama Talisman. Nnt dlm bulan 8/9 dia bukak permohonan n setiap batch geo mmg akan ada jugak yg dpt. Dia tk tgk pointer. Rasa dia bukak je kt sapa pun. Mybe atas 3.0 kot. Batch akak dua org yg dpt Talisman. Batch atas akak 3 org. Satu sem dia bgi rm5400. Adik prepare la siap siap resume n essay utk meyakinkan pihak scholarship utk ambik adik since adik tgh cuti ni. Prepare speak english skli. Akak sampai stage iv phone call je. Nk pegi stage iv face to face tk dpt. Tk de rezeki. Ada yg lagi hebat dlm kelas akak. Huhu. Ok goodluck dik

      Delete
  23. Sya dpat kos geofizik ni. Nak ws akak boleh? Nak tnya psal geofizik ni..

    ReplyDelete
  24. my son ambik course ni di University of California Los Angeles. Baru start belajar dan harap dia enjoy belajar course tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww, hope so. course ni best bagi yg suka keluar pegi site. mesti enjoy punya. 😁

      Delete
  25. assalamualaikum akak, saya student fizik industri from uitm. possible ke kalau saya ambik geofizik for masters nanti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. haaa sory ye awk. sy tk psti qualification for sambung master if from other university. bole direct tnya pihak usm. sbb kalau dgree from any kos fizik, tk kisah laa from pure fizik ke, fizik engineering ke. tetiba dia nak lri ke master geofizik, n utk buat research perlu 2.75 above cgpa dgree. (tapi kalau nk buat coursework tk pasti) but from other uni tk pasti pulak awak. sory

      Delete
  26. hi, thank you for the info. tapi kan kos ni lebih kepada menghafal ke? sbb sy tgh mencari kos yg x payah hafal banyak but more to calculation and paham konsep je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah maaf sgt, tak cek langsung blog.

      hm. kos ni fahamkan then bole laa jwab. tak mcm bio sgt. dia mcm kalau baca. mesti bole jwab. ada subjek calculation, ada mmbaca.
      tapi kalau rasa tk bole go dgn subjek mmbca, better pegi kos yg engineering.

      Delete
  27. thanks for your info about this course. saya just nak tau sama adakah orang yang mempunyai rabun warna tidak ketara boleh mengambil jurusan geofizik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah maaf sgt, tak cek langsung blog.

      bole bole. even my lecture sndri rabun warna.

      Delete
  28. Assalamualaikum. Nice blog. Keep updated ya. Lagi2 pasal geofizik usm. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. thanks. tu laa. malas nk update. ada je cita. tapi tak da masa hahaha. insyaAllah kalau rajin saya update.

      Delete
  29. Akak saya ni pelajar major geografi di tingkatan 6 dan saya minat dlm mengkaji tentang bwntuk muka bumi ni,bolehkah saya menyambung pelajaran dalam bidang ni akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh maaf sgt x perasan ada komen. bole sambung kalau ada subjek fizik.

      Delete
  30. assalam akak. saya dpt result matrik keseluruhan 3.33 and muet band3. agak2 lepas tak nak amek course geofizik ni? saya mmg minat fizik tpi saya tktau nak amek course ap yg berkaitan fizik, tup2 jumpa blog akak ni cerita pasal geofizik. so saya berminat sngat. agak2 lepas tak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. hmm akk tk berani jamin ye. sbb ramai yg duk text akk nk mohon geophy baru² ni semua pointer 3.6 above. tapi. kalau betul laa mmg minat geofizik ni, try jaa. make sure fizik dpt at least A- laaa. psal lepas ti, syarat mmg lepas. nk dpt tu mmg terletak kepada rezeki.

      Delete
  31. Assalamualaikum akak, saya ambik spm thun ni. Saya nak tanya,subjek apa kena skor selain fizik dan math? And subjek tu sekurang2nya C atau memang kena dpt A?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Utk spm tak penting sgt. Syarat dia perlu kepujian bg fizik. Tak perlu sampai A pun. Yg penting skor STPM/Matrikulasi/diploma

      Delete
    2. ooh!ok! terima kasih akak��

      Delete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      First sem
      1) Physics I Mechanics
      2) Physics III Wave, Vibration, Optics
      3) Calculus n Linear Algebra
      4) Physics Practical I
      5) Geology I
      6) Teras Keusahawanan
      7) any subjek uni/ko k

      Second Sem
      1) Physics II Electricity and Magnetism
      2) Physics IV Modern Physics
      3) Vector Analysis
      4) Geology II
      5) Geology Practical
      6) SHE ( Hubungan Etnik)
      7) any subjek uni/ko k

      Third sem

      1) Complex Analysis and Differential Equations
      2) Meteorology I
      3) Solid Earth Geophysics I
      4) Exploration Geophysics I
      5) Geophysics Practical
      6) any subjek uni/ko
      7) Titas

      Fourth sem

      1)Geophysical Data Analysis
      2) Solid Earth Geophysics II
      3) Exploration Geophysics II
      4) Geophysics Practical
      5) any subjek uni/ko k

      Fifth sem

      1)Introduction to Oceanography
      2) Remote Sensing
      3)Geophysics Project
      4) any subjek uni/ko k
      5) elektif/minor
      6) FYP

      Sixth sem

      1)FYP
      2) Pilih nk ambik elektif/minor. Kena ckupkan unit

      sem 7

      Pilih nk ambik elektif/minor. Kena ckupkan unit

      Sem 8

      minor/elektif/Industrial Training

      Bezanya geologi mmg bljr psal geologi je la. Psal sediment, surface processes, geomorphology. Geofizik more tu guna alat utk kaji subsurface guna method geofizik.

      Delete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. geologi tk sure laa bole lari meteor tak sbb tk bljar kan. kalau minat astronomy nnt ambik la minor astro. cuma kat um ke apa tktau psal minor2 dorg cemana.

    ReplyDelete
  35. kalau kita ambil diploma sains fizikal , blh ke nanti sambung ambik geofizik ??

    ReplyDelete
  36. Saya baru lepas spm ni, sy berminat dgn geofizik ni, akak tolong bagi nombor phone, ASAP kalau boleh...TQ

    ReplyDelete
  37. Salam akak, saya ternampak post akak . Maaf nak tanya out of topi . Saya berminat dengan foodtech so kalau akak ada kenalan akak yg ambil food tech boleh tak bagi nombor atau emel untuk saya menanyakan soalan kat dorang

    ReplyDelete
  38. Hi akak. I got 3.42 in STPM with Physics B+ and my Maths A-. Previously in SPM I got an A+ in Physics and an A in Additional Mathematics. I got a band 5 in MUET. Do you think I can get Geophysics course with at least 75% chance ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Im not sure they look at your SPM or not. Mostly from my batch and juniors, they score at least A- for physics la. I cant say bout the chances too cause it depends on quota they put for this course. I think max 30 students. But you can try and make sure you apply as a first choice in UPU coz i think we all that got into this course put geophy as a first choice. Goodluck!

      Delete
  39. Slm, kak,pointer sem 1 saya 3.77,module 2..Math A, fizik A, chem A, s.comp B (spoil).Then saya isi upu mechanical eng first kat UM.so, syarat khas dia tak minta pon s.comp ni, so chance saya byk tak walaupun pointer 3.77

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Chances 70% jugak la. Naikkan pointer sem 2. Bagi average jadi 3.80-3.90 kira bole secure dah.

      Delete
    2. Orite kak, 27 days left pspm 2 huhu wish me luck!!

      Delete
    3. Hahaha ye goodluck. Bagi dpt 4flat

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  40. salam akak, saya nak tanya, kalau dkt uitm saya ambik sains geomatik, lepas tu blh ke kalau lepas habis diploma sains geomatik saya ambik geofizik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. . Boleh sbb ada junior dri diploma science geomatic ambil geofizik. Tapi pointer min 3.0 and band 2 muet.Tuu minimum laa. Kalau dpt lebih lagi bagus.

      Delete
  41. Assalamualaikum sis, kalau ambil diploma sains geomatik, lepas habis diploma tu blh ke nak sambung geofizik ?

    ReplyDelete
  42. Salam, ape beza geofizik dgn geomatik ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. dlm geomatik kita belajar ukur tanah cari batu sempadan, ukur lot tanah based on gran tanah, pastuu curve jalan dlm engineering surveying. Mostly kita tahu atas tanah jee. Tapi Kalau dlm geofizik kita byk identify bwh tanah means jenis batu dkt area survey, cri ground water , hydrocarbon , artifak archeology. Mcm gituu lahh. maaf yaaa lambat baca komen

      Delete
  43. I'm glad that I reread your blog. 1st time baca masa nk apply upu, the 2nd time lps dh dpt result upu. Alhamdulillah, dpt course ni kat usm jgak sama mcm akk. Sbnrnya,broken jgak sbb x dpt 1st choice (psychology) tpi lps baca balik blod akk jadi bersemngt balik nk belajar. Betul la org kata, tak kenal maka tak cinta. I think if i ever feel discourage to study geophysics i will visit your blog once again. Million thanks to you sbb sudi share your experince with us. Lots of love��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat baca komen. btw congrats! and thank youu for reading my blog haha akk sendiri tak pernah baca blog akk. sebab bila baca rasa nak delete. sebab tak matang hahahahha. btw goodluck for this 4 years! welcome to geofam

      Delete
  44. Akak nk tnye.. Kos geofizik dgn geo sains ni same ke tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. geosacience akk tak sure laa silibus dia camna. rasa mcm apa dia cover tu besar. geophysics fokus kepada method (seismic, gravity, magnetic, resistivity)

      Delete
  45. Salam kak. Nk ttanya meteorology ngn geophysics ni sma ker . N ape kerjaya tuk dua bidang ni . Satu lagi setakat ni dalam silibus subjek apeyg akak blajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. meteorology kita bljar pasal benda kat atas. luar bumi tapi boleh jugak bljar climate weather, wind semua ni. dlm kos geophysics kita ada ambik subjek meteorology. silibus ke apa bole baca new post akk pasal geophy jugk https://inibelogdally.blogspot.com/2018/01/geophysics-usm.html

      Delete
  46. hye kakk , saya tk lepas lagi spm tpi saya dah plan nk ambik kos geofizik ni kat usm , tpi mcm saya baca komen komen atas tu balik , usm ni offer degree master phd terus , diploma tkde kan ?

    so mksudnya saya kene amik matriks or asasi or f6 rite ? Saya takut nk masuk matriks sbb risk , kalau saya nk amik asasi , amik kos geo ke kak ? Sorry kalau ayat saya berterabur


    Saya pun tgh confuse nk amik medic ke geofzk ni , parents and family sume suruh amik med tpi saya takut saya tk boleh bwk . Geofzk ni pulak saya minat sbb saya suka sgt fizik dan geo . Pilihan saya atau parents , mana satu saya patut dahulukan ?

    Lastly , mcm mana dgn keadaan akak skrg ni ? Rasa lega tak dgn keputusan akak pilih geophy ni ?
    Harap akak balas ni bfore spm tiba... terima kasihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Betul tu, usm tak da diploma. Asasi dan matrik sama je dik. cum rasanya asasi silibus lagi susah cth mcm PASUM. kalau kat matrik belajar matematik je, tapi pasum bljar calculus. asasi n matrik setahun. sama period dia. dedua fast track. kalau tak berani pegi je diploma sains. tapi 2tahun setangah laa.

      Oh dulu akk ada senior yg pilih geofizik compare to medic sbb dia kata geofizik lagi kaya dari doctor lol. tapi after grad mmg dia dpt kerja in oil n gas.

      Bab either pilihan family atau pilihan sndri tu sbnrnya bg akk pilih laa ikut apa yg kita nak pergi dan suka. Intuition kita tahu yg mana tempat utk kita. sebab bila kita pilih benda yg kita suka dan nak, kita berada di tempat yg betul, jumpa dengan orang yg betul. lagi satu medic ni nak masuk payah la. harus 4flat matriks tu pun ramai je tk dpt. sbb terlampau ramai.

      Akk tak pernah rasa menyesal pilih geofizik sbb mmg benda yg akk pilih tu benda yg akk nak. Dan akk yakin, usm tu part of my destiny. Orang orang yg akk jumpa/yg cross my path adalah org yg shud be in my life.

      Delete
  47. Assalamualaikum kak,
    Saya nk tanya skrg ni masih banyak lg ke peluang kerja utk bidang geofizik ni?
    Sbb saya skrg dlm proses utk mohon upu tp saya rasa ragu2 sbb saya takut peluang pekerjaan kurg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. peluang tu ada awak tapi competition kuat. kalau ragu ragu better ke kos yg awk rasa kerja mudah dapat. tapi kena ingt ye zaman skrg even grad kos yg peluang kerja nya banyak pun x tentu gak dpt kerja. belambak sgt fresh grad menganggur. so plih la kos based on apa yg ask minat dan boleh go selama 4 tahun

      Delete
  48. Hahahhaa jumpa pon blog yg katanya course rare ni hahahaha curious betul nk tau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA ALAMAKKKK. RAJIN NAWWW CARIKAN 😂

      Delete
    2. Hahahaha gelak besor nampak, org dh bagi clue, so kena laa cari jawapan kann2

      Delete
  49. assalamualaikum kak,saya students spm 2021 thats mean x exam lagi...tapi saya mcm ada minat ngan geofizik...nak tanya kakak lah...hanya usm je ke yg menawarkan geofizik ni?uitm xde ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. yass geofizik mmg ada kt usm je. kecuali higher level mcm master. kalau master or phD ada laa kos geofizik. utk bachelor mmg usm je tawarkan

      Delete
  50. Assalamualaikum akak. Kalau saya ada basic Physics time SPM je tapi time asasi tak ambik Physics, boleh ke saya survive degree Geophysics ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tambah. Time asasi CGPA saya 3.90 and saya ambik course math, bio, chem but tak ambik course phy.

      Delete
    2. wasalam. bole survive tapi masa first year degree kena rajin sikit.

      Delete
  51. assalamualaikum kak, nak tanya kalau tak minat subjek fizik tapi nak ambik kos geofizik ni boleh go tak? tough tak course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. tak minat fizik then masa first year maybe struggle laa sikit. sbb masa first year je belajar fizik ni. Bole go since sem 3 ke atas no more fizik. hmm bg akk okay jeee. bole skor. x berat mcm kos engineering.

      Delete
  52. Assalamualaikum kak, nk tnya, kes saya nih lain sikit, saya x isi upu tp skrng baru rasa nk smbng sbb tgok kawan2 smua pakat smbng, klau nk beli no pin direct ke University tuh, kn beli Kat bsn juga ker? Lpastu semua course pendidikan di USM ngn upsi memang open market ke? Soalan ketiga saya, saya nk tnya pndpt akak, saya minat nk jd cikgu geografi atau ekonomi, pada Masa yg sama saya juga minat nk jd perancangan bndar Dan wilayah yg Ada dlm USM tuh😭 pndpt kak yg Mana lgi okay antara Dua tuh dlm peluang kerjaya. Lupa Pula nk bgitau, saya pelajar lepasan STPM, pointer 3.33 jerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. universiti ni dia ada kemasukan dia. mcm uitm kalau xsilap ada kemasukan mac. cuba cek uni lain. dekat website memasing ada. kalau nk tggu kemasukan upu kena tggu tahun depan bulan jan or feb beli pin dia.

      pasal kos tu open market ke tak bole tgk kt upu sndri, ada list kos. nnt dia akan tulis kt situ. open market atau x.

      kalau betul nk jdi cikgu better pegi ke kos pendidikan. sbb nanti kalau ambik kos bukan pendidikan kena ambik DPLI pulak. even kita ada master pun x bole nk jdi cikgu sekolah selagi x ambik kursus pendidikan mcm DPLI tuu. so rugi masa. tapi kalau x pasti nk jdi cikgu ke tak better ke kos bukan pendidikan. peluang kerjaya susah akk nk ckp skrg. terlalu ramai graduan yg nganggur. jadi semuanya bergantung kepada rezeki. pilih lah kos kos berdasarkan minat.

      Delete
  53. Salam kak, nak tanya, kalau nak jadi meteorologist means kena ambil bidang geofizik la nanti d U?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak sangat jadi meteorologist ni tapi tak yakin sebab physics dan maths saya lemah...

      Delete

You can comment below even as an anonymous 🤗