Hi. Since
lama jugak aku study MBTI ni, terasa nak share sikit tapi for those yang minat
je la. I know ramai yang tak minat since MBTI ni theory semata mata but kalau kau
jenis suka psychology maybe kau akan sangkut dgn MBTI ni. You guys yang tak
pernah dgr MBTI test ni apa, bole cuba dulu jawab soalan dekat 16personalites
Banyak
article and actually banyak orang cakap MBTI ni tak accurate sebab result test
dorang keep berubah ubah by time. Yass dan aku mengaku result test aku berubah
ubah dulu. First time aku test dapat INFP. Lama lepastu test dpt INTJ lol. tapi
aku try banyak website utk test MBTI ni sampai la aku conclude kan diri aku
sebagai INTJ sbb rasa mcm kena dengan diri bila baca profile dia. Tapi lama
selepas tu test aku dapat ENTP pulak. Pelik kan even MBTI test ni tak reliable,
banyak company yang pakai test ni untuk ambik pekerja.
Actually
setelah aku study MBTI ni, aku sedar yang MBTI ni bukan personality test tapi
preference of cognitive functions. Haa preference cognitive functions tu maksd
nya, apa yang otak kita prefer dalam interactions dan jugak semasa membuat
decision. Sebenarnya kau tak perlu ambik test online pun untuk tahu personality
type kau. MBTI ni bagi aku sangat accurate kalau kau kenal diri kau, dan kau
belajar cognitive functions.
1) Tapi
kenapa MBTI test tak accurate dan berubah ubah?
Aku tak
galakkan sangat ambik test MBTI ni sebab selalunya kita akan jawab soalan tu
mengikut apa yang kita rasa diri kita nak jadi.
Contoh salah
satu soalan test MBTI berbunyi “Being
able to develop a plan and stick to it is the most important part of every
project” and mostly orang akan agree on this statement. Walaupun dia jenis ada
option dan sentiasa terbuka for any changes, dan tak rasa anxious pun kalau
suddenly plan A tak jadi dalam sesuatu projek, tapi dia cenderung untuk agree
on this statement sebab dia nak diri dia jadi macam tu. Sebab kita rasa macam
statement tu positive, so kalau kita disagree kita rasa macam kita ni negative.
Lagi satu, MBTI test ni tak sesuai untuk orang yang berumur 19 tahun ke bawah
since cognitive funtions belum develop betul betul lagi dan tak stable or kau
just still unhealthy to answer this test. Unhealthy means toxic. Sorry bukan
nak kata orang bawah 19 tahun semua toxic ye, tapi kau belum boleh fikir mature
dalam make a decision in life.
MBTI test jugak tak sesuai kepada sesapa yang
tengah stress in long term period. Contoh kalau kau tengah handle a project
right now, dan tengah stress pikir kerja, tak sesuai jawab test MBTI ni. Kalau kau
tengah tak stress, tapi jawapan kau banyak kepada situasi yang kau tengah
stress pun tak sesuai jugak hahaha. Contoh soalan “You have no difficulties coming up with a personal timetable and
sticking to it” Ada orang yang bila tengah stress je baru stick kepada
timetable, masa dia tengah relax relax tak de pulak dia ikut jadual. Tapi yang
peliknya dia jawab agree untuk statement ni sebab dia meng imaginasi kan situasi
semasa dia stress.
2) MBTI
accurate jika bergabung dengan Jung’s Theory
Macam kita
tahu, MBTI ada empat functions, either kau Extrovert
atau Introvert, iNtuitive or Sensing, Feeling or Thinking, Perceiving or Judging.
Apa yang menjadikan orang tak minat or tak percaya MBTI ni sebab ramai yang
menganggap diri dia bukan antara dua ni. Contoh dia ambivert. So dia rasa dia
bukan extro or intro. Feeling or Thinking pun kadang kadang orang rasa macam
dia kat tengah tengah. Tapi bila kau try untuk utk pahamkan cognitive function
or Jung’s Theory, sebenarnya MBTI menganggap setiap manusia itu perlu balance
and healthy (rounded) person. So kalau kau jumpa orang yang terlampau
introverted atau terlampau extroverted, dia adalah orang yang tak healthy dan
brain dia belum mature sepenuhnya. So, Myers Briggs Theory + Jung Theory sangat
la bagus for you to check sama ada kau menjadi manusia balance atau kau masih
toxic.
3) MBTI
Theory
Kalau kau
ambik MBTI test kau akan dapat 4 huruf yang akan indicate kau punya personality
type. Contoh type aku ENTP. E indicate aku ni extroverted person, N iNtuitive, T Thinking, dan P Perceiving.
Arrangement dia memang macam ni tak bole tertukar jadi NETP ke PENT ke lol
hahaha. Sebenarnya disebalik empat huruf ni, kau boleh keluarkan cognitive
preferences yang Carl Jung dah proposed.
Function ke empat from MBTI theory iaitu
antara Perceiving or Judging ni ramai yang definasi kan sama
ada kau organize ke tak. Contoh kalau kau punya type is ISFJ. J kan huruf ke empat tu, means Judging. Orang J ni structure, organize dan ikut rules. Kalau kau dapat type
ISTP, so huruf ke empat kau tu P
which is Perceiving. Perceiving ni orang yang spontaneous,
flexible, random dan messy. TAPI, sebenarnya
J dan P ni bukan indicate tu je. Dia berfungsi untuk control cognitive
functions untuk sesuatu type tu. Macam mana P dan J ni control
function? Haaa ni susah sikit nak explain hahahah.
Contoh
lepas kau dah buat MBTI test, kau dapat INFJ. J akan control function decision
making kau, iaitu F. Bila kau punya type J,
means kau punya decision making akan extraverted. Maksud nya untuk kes INFJ ni,
Feeling dia akan extraverted.
Extraverted maksud nya apa? Benda yang dia tunjuk dekat external world la, dan orang
akan nampak. Feeling-extraverted ni Jung
panggil Fe or Extraverted Feeling. Kalau
INTJ? Thinking dia lah yang akan extraverted;
Te.
Kalau
INFP? Hahah INFP tak de J. Lol. Hbs
macam mana nak tahu Feeling dia extraverted ke tak? Okay, kalau huruf belakang
dia P maksudnya Feeling dia Introverted la; Fi.
Kalau INTP, Thinking dia Introverted;
Ti. Tapi sebenarnya fungsi P ni bukan untuk control decision
making, dia guna untuk control cara brain kau to process information. For INFP,
P akan control N dia. Means Intuition dia extraverted; Ne. Kalau ISTP, S dia
extraverted; Se. Kalau INFJ tadi.. N dia extra ke intro? N dia
introverted; Ni. Sbb? Sebab dia tak
de P la lol. ISFJ pun Sensing dia
akan introverted; Si.
Haaa,
aku taktau laa korang yang baca ni paham ke tak, haha tapi kalau tak paham
tkpe, move on kepada arrangement cognitive function pulak. Aku bagi contoh satu
type dulu, ENFP. Sebab dia P, so Feeling dia introverted; Fi and N dia extraverted; Ne.
Disebabkan ENFP ialah seorang extrovert, jadi function pertama yang dia pakai adalah?
Ne. Lepastu baru Fi. Untuk mem balance kan cognitive
function ni, Ne dan Fi kena ada support dari function yang opposite dari dia.
Opposite Fi apa? Te. Opposite Ne? Si. So susunan for
ENFP ialah Ne Fi Te Si. Contoh kedua
aku bagi, ISTJ pulak. Sebab J, so Thinking dia extraverted; Te. Sebab tak de P, so Sensing dia introverted; Si.
Disebabkan ISTJ ialah seorang introvert, benda pertama yang dia pakai Si. Susunan for ISTJ ialah Si Te Fi Ne.
Kepada
sesiapa yang tak boleh paham tulisan warna biru ni, aku dah tolong summary kan
every cognitive functions for every types. Ye, aku tau tak ramai yang paham
sebab aku dulu pun belajar by pattern je, sebab tak de sapa nk explain macam
mana dia keluarkan function2 ni.
ESFP – Se Fi Te Ni
ESTP – Se Ti Fe Ni
ESFJ - Fe Si Ne Ti
ESTJ - Te Si Ne Fi
ENFP - Ne Fi Te Si
ENTP – Ne Ti Fe Si
ENFJ – Fe Ni Se Ti
ENTJ – Te Ni Se Fi
ISFP – Fi Se Ni Te
ISTP – Ti Se Ni Fe
ISFJ – Si Fe Ti Ne
ISTJ – Si Te Fi Ne
INFP – Fi Ne Si Te
INTP – Ti Ne Si Fe
INFJ – Ni Fe Ti Se
INTJ – Ni Te Fi Se
4) Theory
Carl Jung
Oh yaa aku
lupa nak cerita, tadi kat point no 3 kita belajar dari 4 huruf from MBTI test
boleh keluarkan 4 functions lagi kan. 4 function tu memang arrangement dia
lagutuh, hang jangan duk susun ENTP jadi Ne Si Fe Ti pulak, jadi manusia gila
dah tu hahaha tak balance dalam otak. Okay apa aku nak habaq la ni, contoh 4
functions tu ada nama dia. Dominant function, Auxiliary function, Tertiary
function, dan Inferior function. Contoh INFJ, Dominant function dia Ni, Auxiliary dia Fe, Tertiary dia Ti dan
Inferior function dia Se.
Dominant
function ni memang naturally dalam diri kita. Kau tak perlu nak try hard apa
pun. Ada orang kata dominant function ni dari kau kecik pun dah develop dalam
brain. Auxiliary function ni guna untuk balance kan dominant function. Kalau
dom kau extraverted, auxiliary kau mesti introverted, perasan tak? At certain
age, aku lupa dah umur berapa, auxiliary akan develop. Usually kita akan pakai
dua ni je dom and aux dalam everyday life kita semasa mengkumpul information
dan buat decision. Tapi, sebenarnya ramai je yang tak develop aux dan terus
skip pakai tertiary. Kenapa ramai yang skip? First sebab dom and tertiary
function ni chemistry dia sangat kuat. Second sebab tak semua situasi kita
pakai aux. Third sebab orang tu tak healthy. Contoh tak healthy tu mungkin dia
depression, or ada mental illness lain, anxiety selalunya sangat common kenapa
orang tak develop auxiliary function.
Auxiliary ni
kalau nak dia develop elok elok dalam brain, masa kau kecik kecik kau kena ada
supportive environment, which mean kau dapat kawan baik baik, family yang
penyayang, environment kau healthy la kiranya. Tapi kalau kau membesar dalam
chaotic environment, or orang bully kau, kau akan tends ter skip terus
auxiliary dan pakai dom and tertiary function. Which means? Which means kau
toxic, tak balance, tak mature, self-centre, salu rasa diri tu betul,
anti-social, manipulative, sociopath! Ceh marah pulak cik dalilah hahahah. Lol.
Tertiary
pulak ramai yang pakai bersama sama dengan dom, tapi tertiary ni tak matang dan
tak bagus untuk guna dalam membuat keputusan. Inferior function ni function
yang sangat lambat nak develop. Sampai kau dah tua pun inferior ni tak kuat
mana pun. Inferior func usually akan menjelma kan diri dia bila kita stress. Ha
sebab tu aku tak galakkan ambik MBTI test time stress, nanti result jadi salah.
Okay mesti tak berapa paham kan every function aku cerita ni, takpa nanti kita
go thru one by one for each personality type. For now macam point no 4, kita
bincang sikit pasal teori Jung.
1) Ni (Introverted Intuition)
Introvert
intuition ni orang yang deep, insightful, seek for meanings in everything.
Abstract dan big picture, always see the pattern, future oriented thinker. Yang
aku cita ni dominant Ni je heh,
iaitu INFJ and INTJ. Usually dominant Ni,
ni orang yang genius dan cenderung kepada sesuatu yang misteri contoh
astronomy, psychology. Tapi macam ENFJ dan
ENTJ, dia pakai aux Ni, so Ni dia tak kuat sangat, tak powerful
macam orang yang pakai dom Ni.
Disebabkan nama pun intuition yang introvert, so orang sekeliling dia tak
perasan yang dia (INFJ, ENFJ, INTJ, ENTJ) ni seek meaning and abstract thinker
kalau tengok dari luaran la. Kalau macam kes ISFP and ISTP, dia pakai Ni jugak, tapi Ni dia tertiary. So tak strong abstract view dia tentang world,
malah view dia bila pakai sudut abstract, tak matang pun. ESFP and ESTP pakai Ni tapi inferior. Bila dia dah matang
nanti Ni dia baru develop dan ada.
Tapi macam aku cakap, bila kita stress inferior akan keluar. So ESxP ni akan
nampak tetiba jadi insightful semacam bila dia stress.
2) Ne (Extroverted Intuition)
Extrovert
intuition ni dah nama pun extrovert kan, maksud nya Ni yang extrovert la. Sama je macam Ni, orang yang pakai dominant Ne
(ENTP, ENFP) orang yang always searching for pattern, connecting the dots, abstract
thinker, big picture and see possibilities everywhere. Apa yang lain dari Ni, Ne ni pergi mana mana pun dalam dunia ni, dia tends nak terkeluar
abstract view dari mulut dia. Ye, orang yang pakai dom Ne, suka cakap pasal idea yang tah papa, cakap psal theory tu,
theory ni. Cakap pasal alien kat planet tu la apa. Bagi orang sekeliling dia,
dia sembang karut la. Hahaha. INTP and INFP pun pakai Ne tapi aux. Sama je macam ENxP tapi dia tak sembang karut sebab
dah di filter oleh decision making dia; Fi
or Ti. ESFJ dan ESTJ pakai tertiary Ne, tapi Ne yang tak matang. Sama je macam aku explain ISxP kat atas tadi.
Cume Ne ni membuatkan kau jadi happy
go lucky dan unpredictable. ISFJ and ISTJ pakai inferior Ne dan bila stress korang akan nampak dua type ni suddenly jadi big
picture person lol.
3) Si (Introverted Sensing)
Introverted
sensing ni orang yang guna sensor dia dan introvert kan benda yang dia sense.
Hahaha. Karut aku explain. Macam ni. Sensor kau paham tak benda apa? Benda yang
kat tubuh badan kau yang boleh sense dan receive information kat sekeliling
kau. Haha contoh benda kat tubuh badan kau tu, mata, telinga, tangan. Orang
yang pakai Si ni akan guna sensor
dia dan introvert kan ke dalam otak. Si
jugak orang yang sangat detail dan nampak benda kecik kecik yang orang lain tak
nampak. Usually orang yang pakai dominant Si
(ISFJ dan ISTJ) ni orang panggil Wikipedia lol hahaha sebab dorang ingat segala
benda yang dorang tengok, dengar, pegang dan rasa. So kalau korang lupa apa
apa, korang cari la ISFJ dan ISTJ ni sebab dia ni ingat segala benda. Dorang
jugak antara yang bijak kat sekolah sebab memory dorg kuat, exam kalau hapal
hapal ni bagi kat dom Si, konfom
skor. ESTJ dan ESFJ pun pakai Si,
tapi aux je. So memory pun bole tahan kuat, bole cari both of them jugak kalau
lupa apa apa haha. Both INTP dan INFP pakai Si as tertiary which memory dorang tak power dan tak mature macam
dom and aux Si. ENTP dan ENFP pakai inferior Si. Haaa bila dorang tengah
stress korang akan nampak both type ni tiba tiba je detail dan perfectionist
semacam.
4) Se (Extroverted Sensing)
Extroverted
Sensing ni guna sensor dan outward kan kepada world. Maksudnya kalau kau jumpa
orang jenis suka gerak kan tubuh badan dia, lompat sana sini, suka aktiviti
lasak, hiking ke, terjun bangunan ke, haa dominant Se la tuh. Dom Se (ESTP dan ESFP) akan sangat sangat excited dengan
benda sekeliling dia. Dari sudut luaran, Se
dan Ne nampak hampir sama. Both are
really excited person. Tapi Ne
future oriented, Se pulak living in
the moment. Apa yang aku maksud kan Ne
orang yang sangat excited apa akan terjadi, tapi Se orang sangat excited dengan apa yang sedang terjadi. Contoh dom Ne dan dom Se berada di suatu tempat kemalangan. Dom Ne akan tanya “Weh kereta dia ni boleh repair balik ke” Tapi dom Se akan tanya “Kereta langgar apa tu?
Orang tu cedera teruk ke” So Ne Se
tak ngam sikit sebab Se akan rasa
pehal Ne cakap tah apa apa, tak
masuk akal. Tapi Ne akan rasa Se cakap benda yang nampak. Who cares
dengan benda yang terbentang depan mata. Dah kau nampak benda tu, tanya lagi.
Lol. Dominant Se jugak mempunyai populasi yang sangat besar dalam dunia. Pls feel lucky if you are this personality
type sebab kau akan ada banyak kawan sekepala. Dominant Se jugak sangat bagus dengan direction. So kalau nak pegi hiking,
suruh Dom Se lead laluan hiking,
dorang sangat peka dengan benda sekeling dorang dan dorang jugak bising dekat
mulut. Haha. ISFP dan ISTP pakai aux Se.
Eventho dorg ni introvert, kau akan perasan dia introvert yang jenis suka move
tubuh badan dia. Usually kau akan jumpa aux Se ni jadi penyanyi ke, pemain muzik, pelakon or kalau bukan art
maybe introvert tapi jenis suka buat kerja berat dan practical. Aux Se ni orang panggil outgoing introvert.
ENFJ dan ENTJ pakai tertiary Se. So
Se dia tak kuat sangat tapi still boleh buat kerja practical even both are not sensing.
INFJ dan INTJ pakai inferior Se. haa
bila dorang stress kau akan nampak suddenly INxJ ni jadi practical.
5) Ti (Introverted Thinking)
Orang
yang pakai introverted thinking ni orang yang logic. Semua information dari
luar dia masukkan dalam otak dan filter kan guna logic. Kalau tak logic dia
abaikan. Dom Ti (INTP dan ISTP) both
akan sentiasa nampak a bit critical, cold, serious dan tak sembang karut yang
tak logic. ENTP dan ESTP pulak pakai Ti
as auxiliary function. Lepas dah collect information from outward using Ne dan Se, they both akan analyse pakai logic so kau boleh nampak ExTP ni
suka experiment benda benda yang dorang jumpa dari sekeliling dorang. Dorang nak
test logic ke tak benda yang dorang nampak atau fikir tu. Tertiary Ti, INFJ dan ISFJ pakai Ti untuk balance kan aux dorang which
is Fe. Dengan adanya Ti, dorang still boleh pikir logic
even dorang adalah a Feeler. Macam aku cakap, tertiary function ni tak matang.
So logic yang diguna pakai oleh IxFJ tak power macam Dom dan Aux Ti. Inferior Ti (ESFJ dan ENFJ) jarang guna logic dalam kehidupan seharian tapi
bila stress kau akan nampak dorang jadi critical semacam.
6) Te (Extroverted Thinking)
Te ni orang yang nak efficiency dan
effectiveness dalam semua benda. Kalau suruh jadi leader apa apa organization, Dom
Te (ESTJ dan ENTJ) akan angkat
tangan calonkan diri dia sebagai ketua. Dorang ni cukup pantang benda tak
tersusun, semak, tak structure. Rasa gatal je tangan tu nak nak bagi benda tu
organize. Dom Te jugak orang yang
nak semua plan tu terjadi. Realist dan a doer la senang cita. Maksudnya dorang
memang tak suka dengan orang yang sembang kosong kata nak jadi businessman tapi
sampai sekarang tak buat apa apa pun lol. Aux Te (INTJ dan ISTJ) walaupun introvert tapi suka akan structural
environment. Ye dorang tak minat jadi leader, tapi kalau nak cari dorang ni
senang je. Kat kedai buku ke pa, kau fikir tu pekerja tengah susun buku ikut
abjad rupanya bukan. hahaha. Tertiary Te
(ESFP dan ENFP) ni tak nampak sangat structure dia tu. Te for these type are more saying out loud benda yang dorg thinking.
Both ExFP nampak charming sebab both are witty dan pandai bercakap. Inferior Te (INFP dan ISFP) ni guna Te dia untuk balance kan Dom Fi dia. Tapi macam biasa inferior tak
wujud kecuali kau dah tua dan stress.
7) Fe (Extrovert Feeling)
Orang
yang pakai Dominant Fe (ESFJ dan
ENFJ) both are very friendly and people person. Dom Fe ni memang seek akan harmony dan peace. Dorang tak suka gaduh
gaduh or conflict. Dorang suka connected dengan orang sekeliling. Dorang tak
suka pergi travel sorang sorang ke pa, mesti kena ada teman! Dom Fe suka tolong orang, sangat baik hati
dan ada emotional intelligent yang sangat tinggi. Aux Fe (INFJ dan ISFJ) guna Fe
untuk membalance kan dom dorang iaitu Ni
dan Si. So eventho dorang introvert,
dorang still suka connecting with people around dan ada ramai kawan. Both IxFJ
seek peace macam Dom Fe dan akan
banyak mengalah supaya orang sekeliling dia happy. ESTP dan ENTP walaupun a
thinker and may look cold, tapi dorang guna Fe as tertiary. Eventho dorang buat keputusan menggunakan logic,
disebakan adanya Fe, ia akan mem
balance kan logic dorang dan akan cuba consider perasaan orang lain. Macam aku
cakap, tertiary tak matang so Fe
dorang pun tak matang. Usually both ENTP dan ESTP ni sangat lawak kalau dorang
guna Fe dorang dalam kehidupan
seharian. Inferior Fe, INTP dan ISTP
always look critical and cold hearted, but bila dorang dah tua or matang nanti
dorang akan start untuk consider keharmonian di sekeliling dorang.
8) Fi (Introvert Feeling)
Orang
yang pakai dominant Fi (ISFP dan
INFP) akan nampak macam a dreamer. Both type suka mengelamun sikit. Banyak
melayan perasan tapi tak pernah say out loud perasaan dorang. ISFP mungkin akan
say out loud but bukan dengan mulut. Mungkin pakai action since ISFP are
practical. Usually IxFP akan tend untuk bagitau perasaan dorang melalui lagu or
puisi. Tapi both dom Fi kadang
kadang kita rasa macam dia ni too emotional. SIkit sikit nak terasa hati. Dom Fi akan buat keputusan dengan apa yang
dia rasa betul dan ber manner. Kalau dia rasa benda tu tak ber etika, dia
takkan buat. Aux Fi (ESFP dan ENFP)
pun lebih kurang macam dom Fi, agak
emotional. Tapi both ExFP guna Fi untuk
filter benda yang dia tengok atau fikir tu betul atau tak. Betul atau tak tu
ikut perasaan dia sikit, tak pakai logic. So a thinker (xxTx) akan tak paham
pehal orang yang pakai Fi ni nak
terasa hati je memanjang dan kadang kadang tak boleh nak lawan temptation
sendiri. A thinker akan pandang dom and aux Fi sambil berkata dalam hati “Fikir la logic sikit, kau tu tak de
duit pastu nak gak beli benda tu. Ikut sangat perasaan tu” lol. Tapi Dom dan
Aux Fi akan rasa a thinker ni
insensitive. “Tak tahu ke benda ni boleh buat aku happy” kata seorang dom Fi dan Aux Fi membalas percakapan a thinker tadi hahaha. Dom Fi ni selalunya ikut mood sikit. Kalau
dia rasa dia tak happy harini dia malas nk cakap dengan sapa sapa. Senang cita
Dom Fi ni asyik ikut perasaan je!
INTJ dan ISTJ walaupun dorang ni a thinker tapi ada Fi! Tapi macam aku cakap la, tertiary function ni tak matang. Both
INTJ dan ISTJ look cold but disebabkan adanya Fi, ia akan mem balance kan Aux Te dorang dan consider decision dorang tu betul ke tak. Decision
dorang buat tu ber moral ke tak. Both IxTJ ni kau takkan dapat teka apa dorang
rasa. Kau tak nampak perasaan dia. Inferior Fi (ESTJ dan ENTJ) adalah orang yang kau tak boleh teka langsung
perasaan dia. Dia ni asyik tunjuk apa yang dia fikir je tapi kau takkan pernah
tahu dia ni sedih ke apa. Both are a leader and dorang nak kerja jalan, tak
kira apa jadi. Tapi bila stress kau akan nampak tiba tiba je dorang emotional
lol.
5)
Conclusion
Okay setakat
tu je aku nak cerita pasal MBTI. Sumpah ada banyak lagi benda dalam otak aku
sebenarnya hahaha. So korang yang dah ambik test MBTI, bila baca cognitve function rasa kena tak dengan diri? Kalau tak kena maksudnya masa kau jawab soalan tu kau banyak tipu diri kau sendiri sikit hahah tak lah maybe kau tengah stress or tak healthy. Aku nak cerita kenapa kadang kadang kita rasa kita tak kena
or tak match langsung dengan any 16 type ni tapi post kali ni tak meng izinkan
hahaha. Nanti la weh aku cerita orang yang tak healthy, toxic bila auxiliary
function dia tak develop. Bila stress kita berubah dari type kita jadi type
lain (contoh aku ENTP tapi bila stress aku jadi INTJ) lol ada sebab dia kenapa tapi
bukan post kali ni sorry. Bye thanks for reading.