2 August 2019

Narcissist, orang paling fake dalam dunia ni.


Assalamualaikum


It's August and I didn't write anything here lol. So harini aku nak share sikit pasal Narcissist. Aku rasa tak ramai pernah dengar term 'narcissist' ni sebab ini term psychology sebenarnya. Aku belajar pasal narcissist ni almost two years already. Belajar tu maksud aku, aku cuba pahamkan haha. To be honest tajuk narcisist ni terlampau besar untuk dibincangkan sampai aku sendiri confuse macam mana nak start dan scope mana aku nak cerita. So utk post kali ni hanya pengenalan je kot pasal narcissist hahah. I have so many things inside my brain pasal narcissist ni, tapi aku tak nak keluarkan semuanya, dan aku ada sebab tertentu untuk tak nak cerita. Okay lets start!

Al kisah ada cerita dongeng seorang lelaki bernama Narcissus yang sangat handsome rupa paras dia. Dia tak pernah tengok rupa dia sampai suatu hari dia rasa dahaga dan pegi suatu tasik untuk minum tapi dia dah jatuh cinta dengan pantulan diri dia sendiri dari air tasik tu.


Setiap kali dia nak minum air tu, reflection diri dia hilang. Jadi di singkatkan cerita Narcissus ni mati disebabkan terlalu dahaga. Dia tak minum sebab dia tak nak pantulan muka dia hilang dari air tu. Ni kisah dongeng ye, korang tak yah la pecaya bulat bulat.

Jadi apa yang kita paham ialah Narcissus ni orang yang sangat cinta akan diri dia sampai benda tu makan diri sendiri. Kalau dalam psychology, Narcissistic Personality Disorder (NPD) ni datang dari term Narcissus tu sendiri. NPD ni mental ye and included in DSM. Sejenis mental yang buat orang tu rasa dia ni paling hebat dalam dunia ni, paling cantik/hensem dalam dunia dan semua orang patut hormat dan tunduk dekat dia. Tapi.. aku tak nak cerita sampai masuk detail pasal NPD sebab NPD ni agak kritikal topik dan kewujudan NPD hanya 0.5%-1% dalam population. Secara jujur, aku pernah jumpa the truest NPD ni tapi aku sendiri rasa takut untuk bercerita sebab topik tu bole jadi sangat sangat sangat besar. Dia macam create banyakkk problem dalam dunia ni. Dari A boleh link kepada B boleh link kepada C lol. Macam aku bagitau tadi, aku just nak explain pengenalan sahaja pasal narcissist.

1. Apa itu narcissist?

Macam kisah dongeng yang aku cerita tu, narcissist ni term yang digunakan utk orang yang ada self- admiration atau in bahasa orang yang selalu bangga dengan diri dia sendiri. Semua orang dalam dunia ni ada traits narcissist. Cuma traits tu range dia besar atau tak je. Even kau kata "Mana ada, aku tak pernah bangga bangga pasal diri aku pun" Nope nope nope. Everyone ada narcissitic traits. Semua orang ada rasa nak diri dia disayangi or care by people. And that is one of the narcissitic trait, wanted to be loved or admire by others. Opposite kepada traits narcissist ni term dia dipanggil empath. Empath ni datang dari word empathy. Empati bermaksud kemampuan seseorang untuk letak diri dia dalam diri orang lain. Tetapi most in psychology, kita tak panggil empath. Kita panggil codependent. 


Macam aku cakap tadi, semua orang ada narcissistic traits, celebrities/artis/boss semua ni range narcissistic agak tinggi. Dorang jenis suka attention from others, suka bila ramai admire, suka bangga kejayaan dorang, suka selfies lol. Apa yang beza NPD dan orang yang ada narcissistic triats ni adalah how fragile their self esteem is. Boleh baca updated post pasal narcissist ni dalam penulisan post aku yang baru. Apa yang aku nak fokus ni yang 0.5-1% population ni. Percentage ni macam sikit tapi percayalah you'll meet one, even you tak perasan. Dalam seratus pasti ada seorang. Based on diagram kat atas, orang yang spectrum narcissist dia agak tinggi, mempunyai less empathy, dan kalau orang tu spectrum dia sebelah kanan banyak, empati dia tinggi, narcissistic traits dia kurang. So kalau the real NPD yang 0.5-1% ni agak agak empati dia banyak mana? Some people kata narcissist ni tak da empati, tapi.. aku pernah jumpa the real narcissist yang sebenarnya ada empati cuma dia tak ambik kisah je. Bagi aku psychopath je yang tak da empati langsung.

Adakah NPD ni sejenis mental yang memberi effect yang positive atau negative? Kalau dah nama personaliti disorder, kau sendiri boleh jawab soalan ni. Yep, NPD ni manusia yang bila kau jumpa, kau akan rasa dia ni busuk hati, dengki, dan macam macam lagi la tuduhan negatif dekat orang macam ni.

2. Type of narcissists

Narcissist terbahagi kepada dua, overt and covert. Overt kalau dalam malay kan, maksudnya macam benda tu kau boleh nampak. Covert ni berselindung or tak nampak. Ibarat introvert or extrovert la senang cerita. Overt narcissist ni sejenis manusia yang kejahatan dia memang terang terang kau nampak. Usually overt narcissist ni memang sejenis manusia yang bossy, aggressive, bullying and expect orang lain untuk ikut cakap dia. Kira jenis selalu rasa diri tu betul laa.  Nak spot overt narcissist sangat senang. Orang yang selalu bangga dengan apa dia ada, post gambar "Hey tengok ni aku beli BMW" and kadang kadang sengaja mendrama kan sesuatu benda sebab narcissist ni perlu attention. So bila orang sekeliling tak bagi attention tu, dia akan bertindak untuk put down orang orang yang reject dia or dia akan buat public shaming terhadap orang tu. 

Covert narcissist ni pulak invisible kejahatan dia. Serious, even aku sendiri yang dah study theory pasal narcissist for a long time ago, pun tertipu dan jatuh hati dengan narcissist ni. Hebat betul. Covert narcissist ni orang yang introverted, nampak baikk je and sangat loving. Ya Allah taktahu nak kata baik tu macam mana. Ibarat satu dunia suka dia. hahah. Sebab memang kalau kenal covert narcissist ni, kau sendiri tak dapat cari kat mana flaws dia. Even kalau tanya kawan kawan dia, semua orang akan kata "Ye dia memang baik, selalu tolong orang" Tapi dah nama pun narcissist, of course la sebenarnya dia jahat. Cuba teka siapa je dalam dunia ni yang tahu dia jahat? Family dia? Even family dia pun taktahu. Yang paling funny, even dia sendiri pun taktahu dia jahat lol. Macam tak masuk akal je aku cerita hahah. Yela orang gila mana sedar dia gila. So sama la, orang narcissist mana tahu dia jahat. Dia percaya dia normal. Kejahatan dia hanya diketahui oleh narcissistic supply sahaja. Jeng jeng jeng apa tu narcissistic supply? Banyak pula term sorry heh hahah, macam aku cakap tadi, topic ni sangat besar sebab dia connected mcm macam. Pengenalan pun dah bnyak term, tu tak masuk yang lain lagi. haha.

3. Kejahatan Narcissist

Okay narcissist ni, dorang sebenarnya ada low self-esteem. Self-esteem paham tak apa benda? Bukan self-confidence ye. Itu keyakinan diri. Narcissist ada self-confidence yang sangat tinggi, tak kira la overt or covert, dedua memang sangat yakin dengan diri sendiri. Self-esteem ni bermaksud, apa yang kita rasa bila orang lain tengok kita. Hm. kena bagi contoh ni, takut tak paham. hahah. Contoh nak tahu level self-esteem kau kan, bila kau kena speak depan public and crowd, apa yang kau fikir orang lain fikir pasal kau. Adakah dalam hati kau, kau rasa macam

"Aduh mesti dorang tak paham apa benda aku cakap tadi" 
"Mesti orang malas nak dengar apa aku nak cakap japgi"

Ini adalah contoh orang yang ada low self-esteem. Dia rasa macam orang lain fikir negatif pasal dia. Kalau orang yang ada high self-esteem ni, dia akan fikir yang orang lain fikir positif pasal dia. Lepas dia habis speak depan orang ramai, dalam hati dia, dia yakin orang lain suka apa yang dia cakap, orang lain paham apa dia explain. Maksud nya orang yang ada high self-esteem ada keyakinan yang orang lain view diri dia sebagai positif. Sebenarnya kalau nak kupas pasal self-esteem ni sangat menarik ye. Bole bukak satu new post tajuk self-esteem hahah sebab kerana self-esteem lah manusia boleh jadi jahat tak kisah lah kau manusia normal ke or mental ke. Kalau dalam malaysia ni, kita panggil dengki. Haa masalah dengki bagi aku datang nya dari kurang self-esteem. Orang selalu kata "Dia tu busuk hati" Tapi bagi aku kejahatan atau tindakan seseorang datang dari otak bukan dari hati. Maksudnya otak dia yang busuk hahah dan benda yang kena fix adalah otak dia. Of course opinion aku oppose dengan orang lain. hahah Sampaikan ada yang keluarkan hadis kat aku

Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging, apabila dia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik, dan sebaliknya apabila dia buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk, Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah “Qolbu” iaitu hati.

Aku tak boleh argue kalau orang bagi statement fact ni hahaha. Sebab aku argue by logic and opinion. Tapi lepas buat experiment sikit, aku perasan orang yang banyak guna feeling dalam decision dia, bagi dia tindakan datang dari hati dan kalau orang tu banyak guna logik dalam decision dia, dia akan kata tindakan datang dari otak. So aku rasa pengertian qolbu ni macam.. based on orang tu. Tapi ada satu explaination aku terbaca pasal qolbu ni kat facebook. Kalau nak baca klik sini. Dan kalau korang ada opinion sendiri dan buat research yang mengatakan tindakan/behaviour manusia datang dari hati boleh la share dekat ruangan komen haha sebab aku sendiri malas nk buat research pasal ni.

Narcissist ni disebabkan confidence dia tinggi, so orang sekeliling tak dapat detect level self-esteem dia. Dan self-confidence ni digunakan untuk cover or mask his own fragile self-esteem. Disebabkan dia ada low self-esteem, dia macam automatik kena put people down supaya dia rasa dia hebat. Paham tak maksud aku. Contoh ye, narcissist ni sebenarnya lelaki yang sangat soft and sensitive in nature. Memang personaliti dia gituh. Tapi dia rasa, orang lelaki tak boleh jadi soft, kena jadi strong. So untuk jadikan diri dia 'strong man' dia kena jatuhkan orang lain supaya dia rasa dia kuat. Okay back to term narcissistic supply tadi tu, seorang narcissist perlukan seseorang untuk buat dia rasa  dia kuat. Dan orang yang boleh buat dia rasa kuat adalah codependent. Ingat lagi tak term codependent yang aku cita kat atas tadi lol haha.


Codependent adalah satu manusia yang jugaaaa ada low self-esteem tapi cara defense self-esteem dia adalah dengan please orang lain. Terbalik dengan narcissist, cara defense self-esteem dia adalah dengan jatuhkan orang lain. So sebenarnya codependent dan narcissist ni macam a mirror which is orang yang sama tapi cara berbeza. Dia macam the other side of the coin. Fuhh! aku rasa sangat challenging untuk cerita one by one a basic of who is narcissist hahah. Sebab bila dah masuk part narcissist berjumpa dengan codependent, topic ni jadi sangat sangat besar. Sebab dua orang ni create problem yang mana tak de sapa dalam dunia ni paham, even nak cari bukti yang mengatakan narcissist ni jahat pun susah. Codependent macam trap, dan tak boleh lari dari ikatan bersama sama narcissist. Kadang kadang ada codependent yang hidup 30 tahun merana bersama narcissist. Aku rasa sedih tapi tak dapat tolong sebab.. sebab sangat complex sampai aku tak nak cerita mengapa codependent sanggup stay dengan narcissist yang selalu buli dan abused mental dia.

4. Kenapa seseorang jadi narcissist

Disebabkan post aku ni tajuk narcissist, jadi aku tak mampu nak cerita kenapa someone tu bole jadi codependent sebab memang bole buat buku if nak type semua hahahaha. Jadi aku cuba ringkaskan utk point no 4 ni n cerita pasal narcissist sahaja. Narcissist ada dua kan, satu overt satu covert. Overt narcissist terjadi disebabkan parents dan orang sekeliling dia. Masa dia kecik dulu, around age 0-7, mak bapak si overt narcissist ni sangat sangat kagum dan bangga dengan anak dia. Parent dia kalau sembang dengan orang lain ha mula laa cerita "Anak saya ni handsome sangat sampai tv sanggup bayar beribu ribu untuk iklan" Lol. Lepastu parent dia kalau communicate dengan dia, memang puji je 24 jam. "Along kan anak mak paling pandai dan hebat, along mesti boleh buat benda ni" "Adik tengok gambar mak post kat instagram ni, gambar adik dapat sejuta likes. Tahu tak kenapa? Sebab adik paling comel and cantik sangat. Paling bergaya dalam dunia ni" LOL. Contoh anak dia pemalu, tapi dia keep cakap kat anak dia "Anak mak kan berani dan outspoken, mesti lah terer buat benda ni" So disebabkan label yang parent dia bagi, dia percaya diri dia charming dan outspoken sedangkan personaliti dia opposite dari tu. Dan dia membesar dengan percaya kata kata mak dia. Orang sekeliling dia nampak dia fake dan tak jadi diri sendiri tapi dia tak perasan pun sebab itulah apa yang selalu orang sekeliling dia cakap masa dia kecik kecik dlu. "I am the best, most powerful and influence dalam dunia ni dan semua orang patut puji dan respect sebab tak dak orang lagi macam aku, I am the most unique creature yang mampu buat benda ni. No one can do like what I do" So dia sangat perlukan admiration dari orang sekeliling dan dia akan punish orang yang tak puji dia or tak admire dia. Tapi macam aku cakap, overt narcissist ni tak merbahaya sebab narcissistic supply dia ramai. Kalau kau tak suka dia, dia cari orang lain utk suka dan puji dia. Tapi untuk kes covert narcissistic  ni are way more cunning than overt narcissist, sampaikan kau terikat dengan dia dan dia takkan lepaskan kau sampai mati.

Covert narcissist terjadi disebabkan dia kena abused masa dia kecik kecik. Abused tak semestinya physical je heh, mental abused pun boleh jadikan someone tu narcissist. Even kalau tak kena abused pun, parent neglect pun boleh jadikan someone tu narcissist. Aku bagi satu contoh je la heh since mechanism terjadinya covert narcissist ni macam complex je nak cerita haha. Contoh aku namakan dia A. A ni masa kecik kecik dia sangat soft dan sensitive. Tapi disebabkan sensitive nya dia ni, orang keep gunakan dia. Orang selalu bully dia and kutuk kutuk dia. "Eee lembik nya kau ni" something like that la kan. Jadi dia membesar dengan low confidence dan low self-esteem. Parent plak unsupportive dan bagi conditional love je. Apa maksud conditional love? Bila anak dia dapat gred baik, mak dia jadi baik dengan dia. Tapi bila dia dapat gred tak baik, mak dia buat perangai macam tak kisah pasal dia. Jadi kefahaman dia tentang life "Oh aku kena jadi hebat baru orang sayang aku", "Oh aku kena jadi lelaki yang strong baru ramai suka aku dan tak kutuk aku" Tapi, disebabkan naturally diri dia yang sebenar adalah soft, opposite dari apa yang dia nak jadi, he come too strong with it. Macam mana nak cerita ye.. ahhaha susah plak aku nk bagitau. Macam ni.. kalau seseorang tu pemalu dan low confidence, lepastu dia dapat tahu "Aku kena exposed diri aku dan tunjuk kepandaian aku untuk nampak confident" so dia punya perbuatan  untuk exposed diri dia  jadi terlampau and over confident. Kesilapan narcissist disini ialah, dia tak belajar how to be confident naturally. Bukan by tunjuk dia pandai akan membuatkan dia nampak confident tapi by accepting himself fully akan buat dia nampak confident.

5. Conclusion


Hahaha sorry sorry la tetiba terus conclusion. Mati la nak cerita semua pasal narcissist haha. Korang boleh baca sendiri kat google, kisah kisah orang yang berjumpa dengan narcissist, they manipulate you dan sebagainya hahha. sorry aku tak bagi any link references since post aku kalini mcm spontaneous aku type apa yg aku ingat dan aku malas nk go very detail pasal narcissist. So, seseorang tu boleh jadi narcissist adalah disebakan dia tak sayang diri dia for who he is. Dia sayang separuh je tentang diri dia. Nak tahu kenapa narcissist selalu terjebak relationship dengan codependent? Sebab kita sebagai manusia takkan nampak the real who we are until we meet someone yang reflect diri kita, masa tu baru kita perasan selama ni you are wrong with who you are. Dan cara cure narcissism adalah dengan accept and love all your flaws, all your bad and all your good. And know you're enough even just by being you. Not trying to be someone else. 



“The most terrifying thing is to accept oneself completely.”  ― C.G. Jung

9 comments:

  1. Terbaik...i love the way u described si narsissist...Thank you

    ReplyDelete
  2. Good reading material. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  3. menariknya cara akak terang. senang nak faham. saya tteringin nak tahu pasal self-esteem pulak, akak

    ReplyDelete
  4. i am dealing with covert narcisstic partner sekarang ni..diam tak diam 7 tahun dah. Ingatkan something wrong with me..but then baru realized..selama ni asyik kena gaslighting and provoking je..

    ReplyDelete
  5. Tolong ajarkan saya semua pasal NPD.

    ReplyDelete

You can comment below even as an anonymous 🤗