Time ni roomate baru tak pindah lagi.
Aku duduk dalam kolej ni memang tak ambik tau langsung pasal hal luar sampailah aku dengar kat kawasan lain dah banjir teruk dah. Kmkt ? Naik air depan tangga je.
Serius, sapa hati dia rasa tak cukup kuat, tak payah laa jejak kmkt. Aku dengar tak de air sebab tangki yg pam air bersih tuu rosak. Sebab banjir. So mana kitorang dapat air ? Jeng jeng jeng ..
Maaf ye yan, letak gambar tak bagitau.
Bila aku upload gambar ni, semua orang tanya, eh korang mandi air longkang ? Memang itu longkang, tapi air yang datang tu air bukit. Tapi sebenarnya, bagi aku memang macam air longkang pon. haha kuangjaa. Takde lah, Bau dia bau tanah so aku tak berminat nak letak air tu dekat kulit aku. hahaha. So acena dapat air bersih ? hehehe.
Sehari sebelum air takde kitorang dah tadah air dah. Tapi gile kau nak cukup air tu dalam 2-3 hari. Aku guna air bersih aku tuu untuk wuduk ja. 26 Dec tak silap aku lah, aku dgn jiran-jiran aku semua mandi kat blok A sebab dapat tau satu-satunya blok yang still keluar air. Dua hari kot aku mandi sana. Aku tanya budak laki, diorang semua mandi kat bilik tuto n lab. Hari ketiga blok A dah takde air, so kitorang berjalan laa jauh sampai ke lab untuk mandi. Aku siap bawak baldi aku yang air dah tinggal suku je untuk tambah lagi.
Berat kott nak angkat sampai tingkat 3
Hari keempat ? Agak-agak ada air lagi ke? Pukul 6 pagi, hari keempat tuu, kitorang dah hangkut baju bakul semua ke lab nak mandi, serius taktau pun seluruh kmkt dah tkde air. Sampai lab nampak toilet laki diorang tarik paip bomba masuk toilet. Time tu dah syak lab dah tak de air. Lari naik lab bio, tingkat satu. Pun takde air.
Dapat air dari paip bomba.
Hari keempat ? Agak-agak ada air lagi ke? Pukul 6 pagi, hari keempat tuu, kitorang dah hangkut baju bakul semua ke lab nak mandi, serius taktau pun seluruh kmkt dah tkde air. Sampai lab nampak toilet laki diorang tarik paip bomba masuk toilet. Time tu dah syak lab dah tak de air. Lari naik lab bio, tingkat satu. Pun takde air.
Dapat air dari paip bomba.
Macam desperate gile nak air bersih, orang lain rilek jee mandi air longkang. Tapi serius sepanjang air tkde aku tak penah lagi ambik dari longkang tu untuk mandi. Baju ? Hehe. Aku tak basuh baju berhari jugak laaa, memula basuh baju guna air hujan, bila dah berhari dah terpaksa sangat aku bawak trun basuh guna air yg turun dari blok A. Jernih air tuu, entah dari mana datang pun taktau.
Cuti maulidur rasul tuu, ramai yg balik sebab tak tahan tak dak air. Sunyi je aras 3 time tu, n pagi jumaat tu aku pegi KB Mall. Time nak keluar tuu Pengarah tegur kitorang. Dia cakap petang ni ada orang mai buat boarding apa tah bawah tanah punya nak keluarkan air kat blok asrama. Time naik bas pegi kb, jalan raya semua dah surut , dan nampak kayu something mcm almari yg pecah dekat tepi jalan. Diorang kumpulkan. Padi semua mati. Kesian.
Dan aku ingat kat KB Mall ada air laa, tapi masuk2 jaa, pergghh bapak panas weh. Aircond takdak. Air mineral dalam pacific terhad 2 botol untuk seorang. Tu pon botol yg normal tuu. Bukan botol besar. Tapi yang best barang semua murah. Hahaha. Seluar slack RM9, baju laki 70% diskaun.
Esok tuu, air dah ada. Tapi air tuu aku tak pasti datang dari mana. Bawah tanah laa kot. Mmg bukan air yg Pasir Puteh punyaaa laa. Sampai sekarang air kat kelantan stiil tak dak. Kesian. Tapi sekejap jaa air ada. Ttba air tak dak balik, sebab ramai yg guna. Dia tak sempat penuhkan tangki. Blok A tak dak air langsung. Blok laki tingkat bawah ja kot. Tak pasti. Tapi sejak buat boarding air bawah tanah tuu, air ada kejap tak de. Cmtuu laa.
Sampai laa kemarin, dengar ura ura cakap matrik kelantan akan cuti sebab dengar ada orang dapat penyakit sbb guna air longkang tuu. Pagi khamis tu buat perjumpaan, dan Pengarah cakap kitorang dapat cuti sampai selasa ni. Dan semalam jugak aku bertolak balik. Tak sangka jalan Gerik dah bukak. Semalam 9 orang dari kitorang akan penuhkan bas apa tah yg mmg akn singgah butterworth laa senang cita. Hati aku cakap tanak arr, nak naik ngn geng2 budak2 utaqa nii. Tak sangka aku dah pilih salah bas.
Malam tu , semua orang tido, aku ja takleh tido sebab bas tu bawak laju dan asyik potong time selekoh. Kaki aku asyik nk tekan brek sebab dia ikut rapat sangat dengan lori. Dlam pukul 12 cmtu aku tertido. Tetiba bas tu melelong dan dia brek mengejut sampai aku terjatuh dari tempat duduk and sound effect dan hentakan diaa perghhh. Memang kalau kau ada dalam tuu kau fikir kau nak mati je.
Fon aku melunsur ke depan n aku dah tak kisah dah. Pukul 1 time tuu, bas tu langgar tiang lampu jalan. Aku tanya orang depan dia cakap bukan salah driver. Memang jalan tu gelap, dan memang tak nampak. Lagi satu meter mcm tu baru perasan ada tiang.
Then kitorang tukar bas, pkul 6 baru aku sampai. Alhamdulillah aku masih hidup. N now aku tak beli apa2 tiket bas balik lagi sebab tak pasti cuti ni akan extend atau tak. Nak ups dah kot. Aduii. Btw, it was a big experience.