Assalamualaikum
Harini aku nk share interview aku dekat UTM KL semalam kos Teknologi Serta Pendidikan Elektrik dan Elektronik. Bila aku bagitau member aku pasal kos ni ramai yg pelik, sejak bila UTM ada kos pendidikan? Ehh kau pergi iv UTM? UTM ada kos interview ke ? Itulaaa korangg, masa isi UPU main redahh je tk baca panduan. Tapi lepas pegi iv semalam, aku mula rasa nk dapat kos tu agak susah sebab ramai yg dh pernah ada basic elektrik sbb diorang dari matrik teknikal dan diploma. Kalau tengok syarat khas dia
Keutamaan akan diberi kepada calon yg dapat kepujian dlm mata pelajaran elektrik dan elektronik. Tapi kalau tengok syarat khas kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dia tak cakap pun diberi keutamaan pada org yg ada basic elektrik.
Entahlah, kalau ada rezeki ada laah. Aku tak kisah pun dapat tak, dah sampai tahap iv pun dh bersyukur. Ramai je yg nk pegi iv, tapi tak dpt sebab tak lepas ujian MedSI. And lagi sedih tak dpt pun panggilan ke ujian MedSI. Aku ni kira dah bertuah sebab dah sampai tahap ni.
Sampai sana, pukul 8 dah bukak pendaftaran, aku g laa beratur then masa nak sign nama nampak no ic 93, 95, 96. Kiranyaa yg dtg iv ada yg diploma, ada yg form six, ada yg matrik, n ada yg asasi. Tapi kos Tesl ramai jgk laaa. Elektrik pun ramai. Tapi pepagi tuu iv utk tesl dulu, so kos aku ni semua duk tunggu je kat luar.
Aku duduk je sorg sorg situ, pastu ada pmpn duduk sebelah aku then sembang sembang la dengan dia. Dia lepasan Matrik Teknikal Pahang. Dia ambik modul elektrik sebab tu dia nak kos elektrik. Lama jugak aku tunggu kat luar. Setiap yg masuk dua orang je, dalam 20 minit keluar. Nk tggu kos tesl hbs memang lambat, then tetiba budak yg sembang sembang ngan aku cakap dia nak balik, sebab mak dia kerja. Tapi sijil kitorang memang dah ambik masuk bilik iv. Nak balik terus tak bole laa.
Tiba tiba nampak 3 laki yg interview budak budak tesl keluar, mungkin diorang nk rehat kejap g makan kot sebab dah ramai diorang interview kan. Ada sorg macam pengawas kat situ, aku rasa dia lecture kat situ, so budak pmpn sblah aku yg nk balik ni terus bangun gitau nak mintak balik sijil n nak balik sebab dah lambat. Pmpn pengawas tu tak bagi dia balik tanpa iv so dia g kejar 3 laki tadi suruh masuk balik bilik iv and iv kan bdak pmpn ni. Tapi kan sekali iv dua orang. Tak sangka nama aku sebenarnya pair dengan dia.
Takdir aku laaa interview awal padahal nak tunggu kos tesl habis lambat lagi, tu pun tak pasti kalau hbs kos tesl, samada kos mekanikal dulu or elektrik. Disebabkan 3laki tadi tak sabar nak rehat, so aku rasa aku duduk dalam tu kejap je. Dlm 10 minit. Hahaha.
First soalan - Introduce yourself
Pergghh nasib aku dapat soalan english yg senang, sebab setiap temuduga mesti ada soalan in english tapi kita tak dpt predict soalan apa nak tanyaa. Kira aku bernasib baik dapat soalan introduce yourself. Hahaha. Tu pun disebabkan aku nervous, semua ayat yg aku karang aku lupa dan semua yg aku ckp time tu spontan.
Soalan kedua - Kenapa ambik kos elektrik dan elektronik. Ni pun sbnrnyaa aku dh prepare jawapan dia tapi nervous kan. Lupa habis. Rasa kecewa sgt apa yg dah prepare tapi blank bila pandang muka interviewer.
Soalan ketiga - Disebabkan kamu ambik kos eletrik da elektronik, maknanya kamu akan ditempatkan di sekolah Vokasional dan sebagainya, bukn sekolah biasa la. Jadi kamu tau kan perangai budak budak sekolah vokasional ni mcm mna. Jadi saya nak tnya, jika kamu ni cikgu, bagaimana cara kamu kendalikan pelajar pelajar sebegini. Pangggggg ! Soalan kbkk. Soalan yg mmg aku kena fikir sekejap baru bole jawab tapi laki 3 org ni pandang aku nak jawapan. Jawapan aku tak de kena mengena dengan soalan, mmg lari habis, dan apa yg aku cakap tak de point pon sebenarnyaa. Hahaha.
Soalan keempat- Adakah sistem sekolah vokasional ni baik di Malaysia ? Soalan ni kena berdiri dan bercakap, ini ibarat berhujah. Dan aku hanya dapat pikir dua point. Dan bila aku tengah cakap utk point petama, aku terlupa point kedua aku apa. Aku terdiam dalam 6 saat jugak laa baru teringat balik. Hahaha. Dan tak sangka dia ambik time aku bercakap, seminit lebih je nakk.
Pastu rupanyaa diorang dapat tau kita mintak kos dkt UTM ni pilihan keberapa. Perggg nasib baik aku pilihan pertama. Budak sebelah aku pilihan kedua. Then pihak interviewer ni mmg nk psycho dia sebenarnya, so diorang tanya dia betul betul nak jadi engineerr ke nak jadi cikgu ni. Then bila dekat aku dia tnyaa, pilihan kedua dan ketiga mintak apa. Aku cakap aku mintak kedua dan ketiga UKM. Tapi yg kedua kos geologi, ketiga kos Teknologi Kimia. Panggggg ! Aku kantoi besar dekat situ sebab ? Nampak sangat aku tak minat betul betul kos elektrik pun sebenarnya, main random je mintak. 3 org laki ni duk bincang "Eh geologi batu kan ? Teknologi kimia pasal kimia, mcm mana bole lain lain ni" hahahaha aku hanyaa mampu diam. Tak de ayat nak cover benda tu. Mmg aku mintak UPU secara random sebab aku tak de cita cita. Aku tak kisah pun dpt kos apa pun.
Then habis iv terus aku balik sbb keja petang. Rasa nak dapat tu agak tipis laa. Dan aku aggap semua ni pengalaman je. Tak dpt pun tk apa.
UPDATE
Hai tak sangka aku lulus iv pendidikan dekat utm ni tapi aku lebih pilih usm.
Update 2019 : Hi. Tak sangka after bachelor kat USM, aku sambung master di UTM. Tak sangka jodoh tu kat UTM jugak 😂
usm kos apa bro ?? ad iv jugak kan .. ? soalan apa yang ditanya ?
ReplyDeleteUsm kos geofizik, n tak ada iv laaa.
Deletehai saya nak tanya kalau awak ada kawan yg prnh prgi interview dkt usm kursus kejuruteraan awam???
ReplyDeleteAda n dia skrg pursue.course civil kt usm. Cer cri twitter dia https://twitter.com/_AnisSyahirah
DeleteApa nak jawab kalau dia tanya kenapa ambil kos elektrik dan elektronik tu?
ReplyDeleteOh depends laa, klau akk dulu akk kata, dlm fizik, concept plg senang n mudah phm ialah electricity 😂😂
DeleteAssalamualaikum..nak tnye yang soalan ketiga akk jawab mac mana? dan soalan perkenalkan diri perlu lama tak? Terima kasih 😊
ReplyDeletewasalam. hahaha. tak ingat laa akk jwb apa tpi lari laaa. hahaha. perkenal kan diri kejap je. seminit je kot hahah.
DeleteOuhh okay tq kak..akk utk iv tu perlu pakai nametag tak?
Deletetak perlu tapi ikut suka laa. ramai yg pakai blazer.
DeleteHai,saya akan iv jugak jumaat ni course pendidikan pembinaan bangunan, mmg mostly kena jawab speaking ke? and dia ada tanya tak course awak blajr dlu related tak dgan course yang awk mintak ni. thank you and wish me luck !
ReplyDeletetk la, english tu masa tell me about yourself je 😂 tapi prepare je for english skli, mna la nk tahu kan. oh yg tu tak tnya since saya dari matriks. tapi klau from dip better prepare. okayy goodluck awk!!
DeleteAs salam, awak prepare doc apa je ye utk dibawa masa iv tu?
ReplyDeletewslm. sory ye saya betul² lupa yg ni. haha. but mcm biasa je kot, result (spm,matrik/dip), muet, any sijil yg rasa nk bg dia tgk. tapi rasanya masa iv dia tk tgk sangat pun, dia terus start je rasanya. sebab ada borang kena isi (result and details kita) and dia tgk yg tu
DeleteHi dlu awk di request utk buat mock teaching tak msa iv??? :)
ReplyDeleteHi. tak kena since iv pun kejap je 10 minit 😅 but at the end of the iv, sebelum keluar dia mintak kita jalan n dia nk tgk. (mungkin nak tgk ada ciri² seorang cikgu ke tak kot)
DeleteOh really dia nak tgok cara kita jalan? Haha okey thanks for the replies!
Deleteha ahh okay sesama goodluck!
DeleteHi :) usm tu apply through upu jugak ka?
ReplyDeleteHi. nope. masa zaman sy dulu, usm ada pin dia sendiri. rm40
DeleteKalau ijazah sarjana muda pendidikan kejuteraan mekanikal ni , boleh jadi engineer ke cikgu? Atau kedua duanya sekali
ReplyDeletekalau kat kos tu dalam list upu dia tulis open market, means boleh kerja industry jugak. Kiranya tak jamin untuk jadi cikgu.
DeleteTime iv tu kan,,,dia ad tnye soalan base on kos kita x??cnthnya,,kita kos math,,pstu dia ad tnya soalan math x dkt kita
ReplyDeleteMasa akk dlu x de plak. Tapi you be prepare je laaa. sbb dlu akk pun ada prepare topic mna nk ajar. kot kot kena mock teaching kan.. tapi xde msa akak
DeleteOoo,,yg skrg ad mock meeting for sure..tpi yg x sure yg dia tnye time iv tu huhu
DeleteinsyaAllah bolehhh. study je n prepare je semua yg rasa dia nk tanyaaa. goodluck yaaa
DeleteSalam. Nak tanya kalau y kos awk dapat kt utm ni kan asa tulis pendidikan. Means kalau nk mohon pegawai pendidikan 41 kat mana2 sekolah boleh la ye? Confius sbb dpn tu ada tulis teknologi belakang baru pendidikan. Biasakan kita dgr ijazah pendidikan terus huhu
ReplyDeletewasalam. ye kalau x silap bole sbb mmg bwah school education and sy lalui medsi n iv for kos pendidikan. Tapi tulaa kos sy dpt ni xsemestinya akan jdi cikgu sbb open market. bole lari industry.
Deletehello sis can i get ur email? i have a lot of questions to ask you about this huhu thank you
ReplyDeletedallyothman@gmail.com
Delete