25 March 2019

ADHD

Assalamualaikum.

Apa itu ADHD



ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder ni sejenis mental disorder. Maksudnya no cure untuk masalah ni. Sebab mental disorder = gangguan mental, bukannya mental illness = penyakit mental. Kalau penyakit ada ubat dia, dan boleh sembuh. Tapi kalau gangguan, tak boleh sembuh sebab brain tu dah wired macam tu, means that youre being born with it. Tapi jangan salah paham ya, tak semua disorder atau gangguan mental terjadi disebabkan 'dilahirkan' macam tu. In fact, banyak mental disorder lain terjadi disebabkan environment semasa childhood dan juga parenting styles. 

Okay, senang cerita kalau nak explain ADHD ni sejenis masalah otak yang menyebabkan seseorang tu tak boleh fokus terhadap sesuatu. Bila kita hidup kat dunia ni, buat kerja apa pun, kita wajib fokus kan. Contoh, nak makan pun kena fokus, kalau tak fokus mungkin ter gigit bunga cengkeh ke lawang ke apa tah. So bila kita buat sesuatu tanpa fokus, kita akan buat silap. Haaa macam tu la orang yang ada ADHD ni. Dia akan  buat kesilapan demi kesilapan dalam kehidupan seharian dia. Tapi ADHD bukan masalah fokus je heh, ada banyak lagi simptom. Nanti kita go thru. Kalau ikut dulu, masalah disorder ni ada dua type, ADD dan ADHD. Tapi sekarang kalau ikut DSM-5, ADD dan ADHD ni condition yang sama sebab beza dia, orang ADD tak hyperactive je, tapi simptom lain semua ada so term ADD ni kira outdated dan orang dah tak sebut.

Attention Deficit Disorder (ADD)

Orang ADD ni di kategorikan sebagai orang yang inattentive. Kalau dalam malay apa heh, tidak memberi tumpuan atau tak peka kot hahaha. So simptom orang ADD ni :
  • Tak peka kepada benda detail. Selalu buat silap yang orang selalu sebut careless.
  • Mengalami masalah nak pay attention lama lama.
  • Nampak macam tak dengar apa yang kita tengah cakap dengan dia.
  • Selalu tak ikut arahan dan tak siap kerja.
  • Selalu hilang barang dan barang tu penting pulak, macam document ke buku ke.
  • Senang distracted atau terganggu dengan benda benda sekeliling dia. 
  • Selalu lupa apa aktiviti harian dia.
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Kalau ADHD ni ada dua type, impulsive and hyperactive.

Impulsive
  • Interupt atau potong cakap orang lain even orang tu tak habis explain lagi/menjawab sebelum soalan habis ditanya.
  • Rush bila buat sesuatu kerja
  • Tak tenang or bermasalah bila situasi kena tunggu turn, dia jadi impatient.
Hyperactive
  • Tangan or kaki dia akan fidget, like salu gerak gerak, nampak macam tak tenang. Kalau duduk kat kerusi tu, dia akan constantly putar putar kerusi dia. 
  • Selalu bangun dari kerusi kalau tempat tempat penting, macam meeting ke, dalam kelas ke.
  • Kalau dia budak2 lagi, dia akan suka lari lari, panjat habis semua benda.
  • Tak tenang bila kena duduk sorang sorang atau kena buat kerja diam diam.
  • Nampak macam jenis on the go and cakap banyak.
Usually, most of the boys are being diagnosed by ADHD, and girls commonly have ADD tapi ada je girls yang ADHD and vice versa la. 


2. Kenapa orang ADHD tak boleh fokus?

Nak pahamkan masalah disorder ni, kena pahamkan pasal otak dulu. Otak kita ni, ada millions of cells or neurons, yang function dia untuk transmitkan information from brain to our body. Dan cell yang carry messages ni dipanggil neurotransmitters. Neurotransmitters ni macam nama umum la, dan ofkos kita ada nama nama specific untuk setiap neurons dalam otak kita. So salah satu cell yang sangat important ialah dopamine, yang mana function dia to control feelings and wellbeing dan jika cells ni lack boleh menyebabkan banyak masalah lain contohnya depression. 

                    

Orang yang ada ADHD ni otak dia lack aktiviti dekat 4 regions :

a) Frontal lobe
- attention (tumpuan)
-executive function (urus masa, mengingat detail etc)
- organization (mengurus dan merancang)
b) Limbic system (emosi)
c) Basal Ganglia (motor control contoh proses mengarah muscle or limb kita untuk bergerak)
d) Reticular Activating System (macam network yang menghubungkan region2 otak)

Orang ADHD bukannya kurang neurons dopamine tapi, manufacture atau pengeluaran dia tu lack dekat certain region dalam brain. Dopamine nilah orang panggil happy pills. Bila kita buat benda yang meng happy kan diri kita, macam menyanyi ke so dopamine ni akan terhasil. Tetapi, bagi orang ADHD, penghasilan dopamine ni ada rules dia sendiri yang mnyebabkan orang ADHD akan perlu more and more dopamine compare to others. Dorang struggle untuk sustain motivation atau benda yang buat dorang happy dalam jangka masa yang lama sebab dorang crave more and more dopamine. Kalau benda tu best, nak best lagi. Kalau tak, dia akan bosan dan tak nak buat benda tu and cari benda lain yang buat dorang stimulate. So disebabkan tu, dorang akan terjebak dalam aktiviti yang tak bagus macam drinking alcohol, taking drugs sebab benda ni increase dopamine dengan cara cepat. 

Orang ADHD juga sensitive kepada stimuli luar macam noise, touch, sight dan benda benda camni menggangu dan menyebabkan orang ADHD tak boleh fokus. Disebabkan dorang ni sensitive, dorang akan cepat upset atau cepat terkesan jika ada berlaku any perubahan kecil dalam life dorang. Selalunya dorang disorganized, messy, intense, feel something 'more' than others. Kebanyakkannya bijak dan creative tetapi usually underachiever sebab dorang susah untuk concentrate (their thought always on high volume) dan ada msalah untuk stick kepada same interest. 

You silap jika you fikir orang ADHD ni takleh fokus dalam semua benda dia buat. Tak boleh function sebagai manusia laa macam tu. Tapi orang ADHD ni ada satu kuasa luar biasa iaitu dipanggil HYPERFOCUS. Hyperfocus terjadi apabila si ADHD terlampau fokus akan sesuatu kerja dia buat sampai dia tak hiraukan atau tak sedar apa yang dah jadi dekat environment dia. Hyperfokus hanya akan terjadi bila si ADHD minat dengan benda tu. Kalau orang panggil nama dia pun dia tak dengar, makan pun tidak, ngantuk pun tidak. Sebab? Sebab dia suka buat benda tu dan benda tu keep feeding brain dia. 


3.Macam mana nak tahu kita ni betul betul ada ADHD ke tak?

Kalau baca simptom simptom ADHD, aku rasa ramai yang akan mengaku diri dia ADHD. Hahaha. Contoh orang ADHD selalu procrastinate kerja smpai dah last minit baru nak buat. Ramai je ada personaliti macam tu. Contoh lain, orang ADHD messy, disorganized, always late, selalu berangan. Aku rasa ramai je macam tu. Tapi apa yang membezakan ADHD dan orang yang ada traits ni adalah, disorder. Disorder jangan buat main main heh. Termasuk dalam DSM-5 kott. Orang yang ada disorder ni tak boleh function macam orang normal. Kau boleh function macam orang normal ke tak? Lagi satu, ADHD takkan terjadi semasa kau dah besar. Maksudnya kalau simptom kau berangan, tak ingat asyik lupa je, hilang barang, tak boleh fokus semua tu jadi waktu umur dah 18 tahun ke, 23 tahun ke itu bukan ADHD. ADHD wujud dari umo below 12 lagi. Masa umo below 12 ni, memang kau tak boleh function macam normal. 

Orang yang ADHD jugak, kemungkinan besar akan ada disorder lain, usually kau takkan ada ADHD je, mungkin kau ada anxiety disorder, mungkin autism, mungkin BPD. Depends kepada otak kau la. 
Nak tahu kalau kita ni betul betul ada ADHD or just a trait, kau tengok family kau. ADHD ni inherited. Maksudnya, if aku ada ADHD and ada anak, anak aku akan ada ADHD. Tapi contoh kalau aku ada dua anak, tak semestinya kedua dua nya akan ada ADHD. Genes kan. Mana kau boleh control. Genetic ni complex.

Orang ADHD ni pergi mana pun dia akan rasa dia tak boleh join any group. Sebab dia creative. Apa maksud creative? Creative is bila you buat lain daripada orang lain. Masalah dengan society kita harini, semua orang cuba fit in. Semua orang tak nak rasa kena left out, semua orang nak ada group, nak ada geng. So semua orang cuba fit in, walaupun tak boleh join dengan orang tu, tetap nak stay in group sebab tak nak nampak loner. Tapi tak jugak sebenarnya. Ada orang value relationship or socialising. Bila kita value benda tu, dan kita buat benda yang kita value, kita akan rasa life kita meaningful. Jadi  kita tak boleh judge semua orang cuba fit in, mungkin memang personaliti orang tu suka socialize so sebab tu dorang takut bila sorang sorang.

Sebenarnya aku  sendiri taktahu nak cerita apa dah pasal ADHD. Harap jadi awareness kepada yg membaca supaya kita tak senang2 judge orang. Okay setakat ni je la aku share pasal ADHD ni. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

You can comment below even as an anonymous 🤗