2 July 2018

Myers Briggs Type Indicator (MBTI) dan Jung's Theory


Hi. Since lama jugak aku study MBTI ni, terasa nak share sikit tapi for those yang minat je la. I know ramai yang tak minat since MBTI ni theory semata mata but kalau kau jenis suka psychology maybe kau akan sangkut dgn MBTI ni. You guys yang tak pernah dgr MBTI test ni apa, bole cuba dulu jawab soalan dekat 16personalites

Banyak article and actually banyak orang cakap MBTI ni tak accurate sebab result test dorang keep berubah ubah by time. Yass dan aku mengaku result test aku berubah ubah dulu. First time aku test dapat INFP. Lama lepastu test dpt INTJ lol. tapi aku try banyak website utk test MBTI ni sampai la aku conclude kan diri aku sebagai INTJ sbb rasa mcm kena dengan diri bila baca profile dia. Tapi lama selepas tu test aku dapat ENTP pulak. Pelik kan even MBTI test ni tak reliable, banyak company yang pakai test ni untuk ambik pekerja.

Actually setelah aku study MBTI ni, aku sedar yang MBTI ni bukan personality test tapi preference of cognitive functions. Haa preference cognitive functions tu maksd nya, apa yang otak kita prefer dalam interactions dan jugak semasa membuat decision. Sebenarnya kau tak perlu ambik test online pun untuk tahu personality type kau. MBTI ni bagi aku sangat accurate kalau kau kenal diri kau, dan kau belajar cognitive functions.

1) Tapi kenapa MBTI test tak accurate dan berubah ubah?

Aku tak galakkan sangat ambik test MBTI ni sebab selalunya kita akan jawab soalan tu mengikut apa yang kita rasa diri kita nak jadi.

Contoh salah satu soalan test MBTI berbunyi “Being able to develop a plan and stick to it is the most important part of every project” and mostly orang akan agree on this statement. Walaupun dia jenis ada option dan sentiasa terbuka for any changes, dan tak rasa anxious pun kalau suddenly plan A tak jadi dalam sesuatu projek, tapi dia cenderung untuk agree on this statement sebab dia nak diri dia jadi macam tu. Sebab kita rasa macam statement tu positive, so kalau kita disagree kita rasa macam kita ni negative. Lagi satu, MBTI test ni tak sesuai untuk orang yang berumur 19 tahun ke bawah since cognitive funtions belum develop betul betul lagi dan tak stable or kau just still unhealthy to answer this test. Unhealthy means toxic. Sorry bukan nak kata orang bawah 19 tahun semua toxic ye, tapi kau belum boleh fikir mature dalam make a decision in life.

 MBTI test jugak tak sesuai kepada sesapa yang tengah stress in long term period. Contoh kalau kau tengah handle a project right now, dan tengah stress pikir kerja, tak sesuai jawab test MBTI ni. Kalau kau tengah tak stress, tapi jawapan kau banyak kepada situasi yang kau tengah stress pun tak sesuai jugak hahaha. Contoh soalan “You have no difficulties coming up with a personal timetable and sticking to it” Ada orang yang bila tengah stress je baru stick kepada timetable, masa dia tengah relax relax tak de pulak dia ikut jadual. Tapi yang peliknya dia jawab agree untuk statement ni sebab dia meng imaginasi kan situasi semasa dia stress.

2) MBTI accurate jika bergabung dengan Jung’s Theory

Macam kita tahu, MBTI ada empat functions, either kau Extrovert atau Introvert, iNtuitive or Sensing, Feeling or Thinking, Perceiving or Judging. Apa yang menjadikan orang tak minat or tak percaya MBTI ni sebab ramai yang menganggap diri dia bukan antara dua ni. Contoh dia ambivert. So dia rasa dia bukan extro or intro. Feeling or Thinking pun kadang kadang orang rasa macam dia kat tengah tengah. Tapi bila kau try untuk utk pahamkan cognitive function or Jung’s Theory, sebenarnya MBTI menganggap setiap manusia itu perlu balance and healthy (rounded) person. So kalau kau jumpa orang yang terlampau introverted atau terlampau extroverted, dia adalah orang yang tak healthy dan brain dia belum mature sepenuhnya. So, Myers Briggs Theory + Jung Theory sangat la bagus for you to check sama ada kau menjadi manusia balance atau kau masih toxic.

3) MBTI Theory

Kalau kau ambik MBTI test kau akan dapat 4 huruf yang akan indicate kau punya personality type. Contoh type aku ENTP. E indicate aku ni extroverted person, N iNtuitive, T Thinking, dan P Perceiving. Arrangement dia memang macam ni tak bole tertukar jadi NETP ke PENT ke lol hahaha. Sebenarnya disebalik empat huruf ni, kau boleh keluarkan cognitive preferences yang Carl Jung dah proposed.

 Function ke empat from MBTI theory iaitu antara Perceiving or Judging ni ramai yang definasi kan sama ada kau organize ke tak. Contoh kalau kau punya type is ISFJ. J kan huruf ke empat tu, means Judging. Orang J ni structure, organize dan ikut rules. Kalau kau dapat type ISTP, so huruf ke empat kau tu P which is Perceiving. Perceiving ni orang yang spontaneous, flexible, random dan messy. TAPI, sebenarnya J dan P ni bukan indicate tu je. Dia berfungsi untuk control cognitive functions untuk sesuatu type tu. Macam mana P dan J ni control function? Haaa ni susah sikit nak explain hahahah.

Contoh lepas kau dah buat MBTI test, kau dapat INFJ. J akan control function decision making kau, iaitu F. Bila kau punya type J, means kau punya decision making akan extraverted. Maksud nya untuk kes INFJ ni, Feeling dia akan extraverted. Extraverted maksud nya apa? Benda yang dia tunjuk dekat external world la, dan orang akan nampak. Feeling-extraverted ni Jung panggil Fe or Extraverted Feeling. Kalau INTJ? Thinking dia lah yang akan extraverted; Te.

Kalau INFP? Hahah INFP tak de J. Lol. Hbs macam mana nak tahu Feeling dia extraverted ke tak? Okay, kalau huruf belakang dia P maksudnya Feeling dia Introverted la; Fi. Kalau INTP, Thinking dia Introverted; Ti. Tapi sebenarnya fungsi P ni bukan untuk control decision making, dia guna untuk control cara brain kau to process information. For INFP, P akan control N dia. Means Intuition dia extraverted; Ne. Kalau ISTP, S dia extraverted; Se. Kalau INFJ tadi.. N dia extra ke intro? N dia introverted; Ni. Sbb? Sebab dia tak de P la lol. ISFJ pun Sensing dia akan introverted; Si.

Haaa, aku taktau laa korang yang baca ni paham ke tak, haha tapi kalau tak paham tkpe, move on kepada arrangement cognitive function pulak. Aku bagi contoh satu type dulu, ENFP. Sebab dia P, so Feeling dia introverted; Fi and N dia extraverted; Ne. Disebabkan ENFP ialah seorang extrovert, jadi function pertama yang dia pakai adalah? Ne. Lepastu baru Fi. Untuk mem balance kan cognitive function ni, Ne dan Fi kena ada support dari function yang opposite dari dia. Opposite Fi apa? Te. Opposite Ne? Si. So susunan for ENFP ialah Ne Fi Te Si. Contoh kedua aku bagi, ISTJ pulak. Sebab J, so Thinking dia extraverted; Te. Sebab tak de P, so Sensing dia introverted; Si. Disebabkan ISTJ ialah seorang introvert, benda pertama yang dia pakai Si. Susunan for ISTJ ialah Si Te Fi Ne.

Kepada sesiapa yang tak boleh paham tulisan warna biru ni, aku dah tolong summary kan every cognitive functions for every types. Ye, aku tau tak ramai yang paham sebab aku dulu pun belajar by pattern je, sebab tak de sapa nk explain macam mana dia keluarkan function2 ni.

ESFP – Se Fi Te Ni
ESTP – Se Ti Fe Ni
ESFJ - Fe Si Ne Ti
ESTJ - Te Si Ne Fi
ENFP - Ne Fi Te Si
ENTP – Ne Ti Fe Si
ENFJ – Fe Ni Se Ti
ENTJ – Te Ni Se Fi
ISFP – Fi Se Ni Te
ISTP – Ti Se Ni Fe
ISFJ – Si Fe Ti Ne
ISTJ – Si Te Fi Ne
INFP – Fi Ne Si Te
INTP – Ti Ne Si Fe
INFJ – Ni Fe Ti Se
INTJ – Ni Te Fi Se

4) Theory Carl Jung

Oh yaa aku lupa nak cerita, tadi kat point no 3 kita belajar dari 4 huruf from MBTI test boleh keluarkan 4 functions lagi kan. 4 function tu memang arrangement dia lagutuh, hang jangan duk susun ENTP jadi Ne Si Fe Ti pulak, jadi manusia gila dah tu hahaha tak balance dalam otak. Okay apa aku nak habaq la ni, contoh 4 functions tu ada nama dia. Dominant function, Auxiliary function, Tertiary function, dan Inferior function. Contoh INFJ, Dominant function dia Ni, Auxiliary dia Fe, Tertiary dia Ti dan Inferior function dia Se.

            Dominant function ni memang naturally dalam diri kita. Kau tak perlu nak try hard apa pun. Ada orang kata dominant function ni dari kau kecik pun dah develop dalam brain. Auxiliary function ni guna untuk balance kan dominant function. Kalau dom kau extraverted, auxiliary kau mesti introverted, perasan tak? At certain age, aku lupa dah umur berapa, auxiliary akan develop. Usually kita akan pakai dua ni je dom and aux dalam everyday life kita semasa mengkumpul information dan buat decision. Tapi, sebenarnya ramai je yang tak develop aux dan terus skip pakai tertiary. Kenapa ramai yang skip? First sebab dom and tertiary function ni chemistry dia sangat kuat. Second sebab tak semua situasi kita pakai aux. Third sebab orang tu tak healthy. Contoh tak healthy tu mungkin dia depression, or ada mental illness lain, anxiety selalunya sangat common kenapa orang tak develop auxiliary function.

Auxiliary ni kalau nak dia develop elok elok dalam brain, masa kau kecik kecik kau kena ada supportive environment, which mean kau dapat kawan baik baik, family yang penyayang, environment kau healthy la kiranya. Tapi kalau kau membesar dalam chaotic environment, or orang bully kau, kau akan tends ter skip terus auxiliary dan pakai dom and tertiary function. Which means? Which means kau toxic, tak balance, tak mature, self-centre, salu rasa diri tu betul, anti-social, manipulative, sociopath! Ceh marah pulak cik dalilah hahahah. Lol.

Tertiary pulak ramai yang pakai bersama sama dengan dom, tapi tertiary ni tak matang dan tak bagus untuk guna dalam membuat keputusan. Inferior function ni function yang sangat lambat nak develop. Sampai kau dah tua pun inferior ni tak kuat mana pun. Inferior func usually akan menjelma kan diri dia bila kita stress. Ha sebab tu aku tak galakkan ambik MBTI test time stress, nanti result jadi salah. Okay mesti tak berapa paham kan every function aku cerita ni, takpa nanti kita go thru one by one for each personality type. For now macam point no 4, kita bincang sikit pasal teori Jung.

1) Ni (Introverted Intuition)

Introvert intuition ni orang yang deep, insightful, seek for meanings in everything. Abstract dan big picture, always see the pattern, future oriented thinker. Yang aku cita ni dominant Ni je heh, iaitu INFJ and INTJ. Usually dominant Ni, ni orang yang genius dan cenderung kepada sesuatu yang misteri contoh astronomy, psychology. Tapi macam  ENFJ dan ENTJ, dia pakai aux Ni, so Ni dia tak kuat sangat, tak powerful macam orang yang pakai dom Ni. Disebabkan nama pun intuition yang introvert, so orang sekeliling dia tak perasan yang dia (INFJ, ENFJ, INTJ, ENTJ) ni seek meaning and abstract thinker kalau tengok dari luaran la. Kalau macam kes ISFP and ISTP, dia pakai Ni jugak, tapi Ni dia tertiary. So tak strong abstract view dia tentang world, malah view dia bila pakai sudut abstract, tak matang pun. ESFP and ESTP pakai Ni tapi inferior. Bila dia dah matang nanti Ni dia baru develop dan ada. Tapi macam aku cakap, bila kita stress inferior akan keluar. So ESxP ni akan nampak tetiba jadi insightful semacam bila dia stress.

2) Ne (Extroverted Intuition)

            Extrovert intuition ni dah nama pun extrovert kan, maksud nya Ni yang extrovert la. Sama je macam Ni, orang yang pakai dominant Ne (ENTP, ENFP) orang yang always searching for pattern, connecting the dots, abstract thinker, big picture and see possibilities everywhere. Apa yang lain dari Ni, Ne ni pergi mana mana pun dalam dunia ni, dia tends nak terkeluar abstract view dari mulut dia. Ye, orang yang pakai dom Ne, suka cakap pasal idea yang tah papa, cakap psal theory tu, theory ni. Cakap pasal alien kat planet tu la apa. Bagi orang sekeliling dia, dia sembang karut la. Hahaha. INTP and INFP pun pakai Ne tapi aux. Sama je macam ENxP tapi dia tak sembang karut sebab dah di filter oleh decision making dia; Fi or Ti. ESFJ dan ESTJ pakai tertiary Ne, tapi Ne yang tak matang. Sama je macam aku explain ISxP kat atas tadi. Cume Ne ni membuatkan kau jadi happy go lucky dan unpredictable. ISFJ and ISTJ pakai inferior Ne dan bila stress korang akan nampak dua type ni suddenly jadi big picture person lol.

3) Si (Introverted Sensing)

            Introverted sensing ni orang yang guna sensor dia dan introvert kan benda yang dia sense. Hahaha. Karut aku explain. Macam ni. Sensor kau paham tak benda apa? Benda yang kat tubuh badan kau yang boleh sense dan receive information kat sekeliling kau. Haha contoh benda kat tubuh badan kau tu, mata, telinga, tangan. Orang yang pakai Si ni akan guna sensor dia dan introvert kan ke dalam otak. Si jugak orang yang sangat detail dan nampak benda kecik kecik yang orang lain tak nampak. Usually orang yang pakai dominant Si (ISFJ dan ISTJ) ni orang panggil Wikipedia lol hahaha sebab dorang ingat segala benda yang dorang tengok, dengar, pegang dan rasa. So kalau korang lupa apa apa, korang cari la ISFJ dan ISTJ ni sebab dia ni ingat segala benda. Dorang jugak antara yang bijak kat sekolah sebab memory dorg kuat, exam kalau hapal hapal ni bagi kat dom Si, konfom skor. ESTJ dan ESFJ pun pakai Si, tapi aux je. So memory pun bole tahan kuat, bole cari both of them jugak kalau lupa apa apa haha. Both INTP dan INFP pakai Si as tertiary which memory dorang tak power dan tak mature macam dom and aux Si. ENTP dan ENFP pakai inferior Si. Haaa bila dorang tengah stress korang akan nampak both type ni tiba tiba je detail dan perfectionist semacam.

4) Se (Extroverted Sensing)

Extroverted Sensing ni guna sensor dan outward kan kepada world. Maksudnya kalau kau jumpa orang jenis suka gerak kan tubuh badan dia, lompat sana sini, suka aktiviti lasak, hiking ke, terjun bangunan ke, haa dominant Se la tuh. Dom Se (ESTP dan ESFP) akan sangat sangat excited dengan benda sekeliling dia. Dari sudut luaran, Se dan Ne nampak hampir sama. Both are really excited person. Tapi Ne future oriented, Se pulak living in the moment. Apa yang aku maksud kan Ne orang yang sangat excited apa akan terjadi, tapi Se orang sangat excited dengan apa yang sedang terjadi. Contoh dom Ne dan dom Se berada di suatu tempat kemalangan. Dom Ne akan tanya “Weh kereta dia ni boleh repair balik ke” Tapi dom Se akan tanya “Kereta langgar apa tu? Orang tu cedera teruk ke” So Ne Se tak ngam sikit sebab Se akan rasa pehal Ne cakap tah apa apa, tak masuk akal. Tapi Ne akan rasa Se cakap benda yang nampak. Who cares dengan benda yang terbentang depan mata. Dah kau nampak benda tu, tanya lagi. Lol. Dominant Se jugak mempunyai populasi yang sangat besar dalam dunia. Pls feel lucky if you are this personality type sebab kau akan ada banyak kawan sekepala. Dominant Se jugak sangat bagus dengan direction. So kalau nak pegi hiking, suruh Dom Se lead laluan hiking, dorang sangat peka dengan benda sekeling dorang dan dorang jugak bising dekat mulut. Haha. ISFP dan ISTP pakai aux Se. Eventho dorg ni introvert, kau akan perasan dia introvert yang jenis suka move tubuh badan dia. Usually kau akan jumpa aux Se ni jadi penyanyi ke, pemain muzik, pelakon or kalau bukan art maybe introvert tapi jenis suka buat kerja berat dan practical. Aux Se ni orang panggil outgoing introvert. ENFJ dan ENTJ pakai tertiary Se. So Se dia tak kuat sangat tapi still boleh buat kerja practical even both are not sensing. INFJ dan INTJ pakai inferior Se. haa bila dorang stress kau akan nampak suddenly INxJ ni jadi practical.

5) Ti (Introverted Thinking)

            Orang yang pakai introverted thinking ni orang yang logic. Semua information dari luar dia masukkan dalam otak dan filter kan guna logic. Kalau tak logic dia abaikan. Dom Ti (INTP dan ISTP) both akan sentiasa nampak a bit critical, cold, serious dan tak sembang karut yang tak logic. ENTP dan ESTP pulak pakai Ti as auxiliary function. Lepas dah collect information from outward using Ne dan Se, they both akan analyse pakai logic so kau boleh nampak ExTP ni suka experiment benda benda yang dorang jumpa dari sekeliling dorang. Dorang nak test logic ke tak benda yang dorang nampak atau fikir tu. Tertiary Ti, INFJ dan ISFJ pakai Ti untuk balance kan aux dorang which is Fe. Dengan adanya Ti, dorang still boleh pikir logic even dorang adalah a Feeler. Macam aku cakap, tertiary function ni tak matang. So logic yang diguna pakai oleh IxFJ tak power macam Dom dan Aux Ti. Inferior Ti (ESFJ dan ENFJ) jarang guna logic dalam kehidupan seharian tapi bila stress kau akan nampak dorang jadi critical semacam.

6) Te (Extroverted Thinking)

            Te ni orang yang nak efficiency dan effectiveness dalam semua benda. Kalau suruh jadi leader apa apa organization, Dom Te (ESTJ dan ENTJ) akan angkat tangan calonkan diri dia sebagai ketua. Dorang ni cukup pantang benda tak tersusun, semak, tak structure. Rasa gatal je tangan tu nak nak bagi benda tu organize. Dom Te jugak orang yang nak semua plan tu terjadi. Realist dan a doer la senang cita. Maksudnya dorang memang tak suka dengan orang yang sembang kosong kata nak jadi businessman tapi sampai sekarang tak buat apa apa pun lol. Aux Te (INTJ dan ISTJ) walaupun introvert tapi suka akan structural environment. Ye dorang tak minat jadi leader, tapi kalau nak cari dorang ni senang je. Kat kedai buku ke pa, kau fikir tu pekerja tengah susun buku ikut abjad rupanya bukan. hahaha. Tertiary Te (ESFP dan ENFP) ni tak nampak sangat structure dia tu. Te for these type are more saying out loud benda yang dorg thinking. Both ExFP nampak charming sebab both are witty dan pandai bercakap. Inferior Te (INFP dan ISFP) ni guna Te dia untuk balance kan Dom Fi dia. Tapi macam biasa inferior tak wujud kecuali kau dah tua dan stress.

7) Fe (Extrovert Feeling)

            Orang yang pakai Dominant Fe (ESFJ dan ENFJ) both are very friendly and people person. Dom Fe ni memang seek akan harmony dan peace. Dorang tak suka gaduh gaduh or conflict. Dorang suka connected dengan orang sekeliling. Dorang tak suka pergi travel sorang sorang ke pa, mesti kena ada teman! Dom Fe suka tolong orang, sangat baik hati dan ada emotional intelligent yang sangat tinggi. Aux Fe (INFJ dan ISFJ) guna Fe untuk membalance kan dom dorang iaitu Ni dan Si. So eventho dorang introvert, dorang still suka connecting with people around dan ada ramai kawan. Both IxFJ seek peace macam Dom Fe dan akan banyak mengalah supaya orang sekeliling dia happy. ESTP dan ENTP walaupun a thinker and may look cold, tapi dorang guna Fe as tertiary. Eventho dorang buat keputusan menggunakan logic, disebakan adanya Fe, ia akan mem balance kan logic dorang dan akan cuba consider perasaan orang lain. Macam aku cakap, tertiary tak matang so Fe dorang pun tak matang. Usually both ENTP dan ESTP ni sangat lawak kalau dorang guna Fe dorang dalam kehidupan seharian. Inferior Fe, INTP dan ISTP always look critical and cold hearted, but bila dorang dah tua or matang nanti dorang akan start untuk consider keharmonian di sekeliling dorang.

8) Fi (Introvert Feeling)

            Orang yang pakai dominant Fi (ISFP dan INFP) akan nampak macam a dreamer. Both type suka mengelamun sikit. Banyak melayan perasan tapi tak pernah say out loud perasaan dorang. ISFP mungkin akan say out loud but bukan dengan mulut. Mungkin pakai action since ISFP are practical. Usually IxFP akan tend untuk bagitau perasaan dorang melalui lagu or puisi. Tapi both dom Fi kadang kadang kita rasa macam dia ni too emotional. SIkit sikit nak terasa hati. Dom Fi akan buat keputusan dengan apa yang dia rasa betul dan ber manner. Kalau dia rasa benda tu tak ber etika, dia takkan buat. Aux Fi (ESFP dan ENFP) pun lebih kurang macam dom Fi, agak emotional. Tapi both ExFP guna Fi untuk filter benda yang dia tengok atau fikir tu betul atau tak. Betul atau tak tu ikut perasaan dia sikit, tak pakai logic. So a thinker (xxTx) akan tak paham pehal orang yang pakai Fi ni nak terasa hati je memanjang dan kadang kadang tak boleh nak lawan temptation sendiri. A thinker akan pandang dom and aux Fi sambil berkata dalam hati “Fikir la logic sikit, kau tu tak de duit pastu nak gak beli benda tu. Ikut sangat perasaan tu” lol. Tapi Dom dan Aux Fi akan rasa a thinker ni insensitive. “Tak tahu ke benda ni boleh buat aku happy” kata seorang dom Fi dan Aux Fi membalas percakapan a thinker tadi hahaha. Dom Fi ni selalunya ikut mood sikit. Kalau dia rasa dia tak happy harini dia malas nk cakap dengan sapa sapa. Senang cita Dom Fi ni asyik ikut perasaan je! INTJ dan ISTJ walaupun dorang ni a thinker tapi ada Fi! Tapi macam aku cakap la, tertiary function ni tak matang. Both INTJ dan ISTJ look cold but disebabkan adanya Fi, ia akan mem balance kan Aux Te dorang dan consider decision dorang tu betul ke tak. Decision dorang buat tu ber moral ke tak. Both IxTJ ni kau takkan dapat teka apa dorang rasa. Kau tak nampak perasaan dia. Inferior Fi (ESTJ dan ENTJ) adalah orang yang kau tak boleh teka langsung perasaan dia. Dia ni asyik tunjuk apa yang dia fikir je tapi kau takkan pernah tahu dia ni sedih ke apa. Both are a leader and dorang nak kerja jalan, tak kira apa jadi. Tapi bila stress kau akan nampak tiba tiba je dorang emotional lol.

5) Conclusion

Okay setakat tu je aku nak cerita pasal MBTI. Sumpah ada banyak lagi benda dalam otak aku sebenarnya hahaha. So korang yang dah ambik test MBTI, bila baca cognitve function rasa kena tak dengan diri? Kalau tak kena maksudnya masa kau jawab soalan tu kau banyak tipu diri kau sendiri sikit hahah tak lah maybe kau tengah stress or tak healthy. Aku nak cerita kenapa kadang kadang kita rasa kita tak kena or tak match langsung dengan any 16 type ni tapi post kali ni tak meng izinkan hahaha. Nanti la weh aku cerita orang yang tak healthy, toxic bila auxiliary function dia tak develop. Bila stress kita berubah dari type kita jadi type lain (contoh aku ENTP tapi bila stress aku jadi INTJ) lol ada sebab dia kenapa tapi bukan post kali ni sorry. Bye thanks for reading.

1 comment:

  1. Thank u. Penerangan yang sangat best ngan sempoi. Senang paham lak tu

    ReplyDelete

You can comment below even as an anonymous 🤗