17 July 2016

Manusia Introvert dan Extrovert

Hai uolls. Nampak benauu bosan dduk rumah sampai tetiba rasa nak buat post pasal introvert n extrovert hahah. Sebenarnya aku terbaca senior fizik aku post kat fb dia pasal orang introvert ni. Entah kenapa rasa berminat nak tau lebih detail. Well sorg dalilah memang suka ambik tau pasal personaliti/behaviour seseorang, senang kata aku suka pasal psikologi ni (walaupun kos fizik lol)

Introvert

Introvert ni orang yang mempunyai personality pendiam, tak suka social dengan orang, tak minat nak duduk dalam kelompok ramai ramai, kalau boleh dduk sorg sorg lagi best. Tak banyak kawan dan mostly seorang introvert ni overthinking, suka observe orang, good in writing, bad in spoken.

Extrovert

Extrovert ni vice versa kepada introvert. Orang yang jenis talkaktive, bising, kat memana je dia suka cakap tk kisah dia kenal tak orang tu. Kadang cakap ikut lepas je, ramai kenalan. Good in spoken bad in writing.

Tapi kalau anda sendiri tak pasti anda intro or extro, kemungkinan anda seorang ambivert which is both.

Aku ada tanya kawan aku, adakah this personality traits (extro/intro atau ambivert) ni naturally berlaku. Yes. Maknanya sesiapa yang dilahirkan introvert tak boleh ubah diri dia jadi extrovert dan sebaliknya untuk orang extrovert tak boleh ubah diri dia jadi manusia introvert. TAPI..

Kalau sesiapa je kenal ak masa sekolah, tambah tambah sekolah rendah. Aku adalah manusia introvert. Tanya la, even sekolah menengah pun aku still introvert. My brain is wired to be introvert. Aku tak banyak kawan, tak banyak cakap. Suka duduk sorg sorg and lack of confidence. Tapi sejak masuk matrik, aku cuba ubah diri aku, konon konon nak ada life baru la kan. kenapa nk berubah? sbb mostly orang introvert ni mmg dikenali dgn sifat baik sgt. so aku rasa dh penat biar org pijak kepala aku kot kehkeh.

Roommate aku, Maya. Dia seorang extrovert. Extremely extrovert. Aku banyak terikut perangai dia. tapi kat matrik aku tak ikut dia lagi, aku suka observe cara dia je. Dan bila kat uni, aku berubah jadi dari introvert kepada extrovert. Kawan aku dekat uni, lala, she cant believe it bila ak cakap “sebenarnya aku bukan macam ni dulu, aku sangat pendiam” aku dekat uni, aku jenis tak kisah pun kau senior ke, kau kos lain ke, kau jaga library ke, kau pak cik bas ke aku bedal cakap je.

Tapi aku mengaku sebenarnya walaupun orang nampak aku ni mcm extrovert, tapi ada certain perangai introvert aku tk boleh hilang. Contoh, secara naturally, otak aku boleh berfungsi dengan baik, aku gain more knowledge, study masuk kepala bila sorg sorg. Aku tak bole study group apa semua tu. Kalau dalam kuliah, aku lagi prefer duduk atas dan sorg2. Aku overthinking, suka observe orang, and bila nak bercakap dia jadi tak terluah, tapi bila menulis panjang pulak jadinya hahah. Aku tak suka meeting, discussion dalam group which aku rasa mcm tak dak idea bila ramai ramai. Tapi kalau soalan tu tanya secara individual atau secara personally ada pulak idea aku. Lol

So kenapa boleh keluar statement “someone cant change their personality traits”? aku ada baca kt Quora pasal benda ni. basically, the way your brain is wired is based on your DNA. So jika otak anda di wire utk jadi manusia introvert, dan anda cuba ubah jadi extrovert, the only way is do some genetic engineering in order to change the way it work and this is impossible boleh terjadi. Tapi anda bole belajar to act more extroverted in public and social situations, and train yourself to last longer while socializing. Dan untuk manusia extrovert cuba ubah jadi introvert, you can just learn to take joy in the quiet moment in life, learn how to recharge in a quiet setting. But of course, don’t deny who you are, pegi laa jumpa manusia manusia lain kt luar sana tuh.

Ada jugak orang bagi definition yang extroversion dan introversion as regaining or recharging your energy by socialising or spending time on yor own. Beza introvert dan extrovert is an introvert recharges while alone dan extrovert gets more energy when around people. so betul laa. aku tak berubah jadi extrovert pun sbb sejujurnya aku recharges bila sorg2 even nampak aku mcm bnyk ckp dekat public. aku just ubah cara aku bersosial dengan orang tapi sifat introvert masih ada.

Aku ada jugak tanya someone which is senior fizik, dia dulu introvert dekat sekolah dan matrik. bila masuk uni dia terlibat dalam banyak benda yg force diri dia untuk bercakap dikhalyak ramai dan sikit sikit dah berubah mcm extrovert. tapi bila aku tanya dia. dia kata susah sebenarnya nk berubah jdi exactly mcm org extrovert walaupun org sekililing nampk dia mcm extrovert sekarang ni. so kes dia mcm aku la. diri kita je sendiri yang tau kita recharges time org ramai atau time kita sorg2.

Kenapa orang introvert cuba ubah jadi extrovert

so aku rasa ramai orang introvert rasa mcm nk ubah diri dia jadi mcm org extrovert. mungkin org tertanya, kenapa nk ubah? just live your life, its a gift from God. tapi aku pernah jadi orang introvert so aku tau kenapa. selalunya terjadi dekat orang yang belajar sampai peringkat tinggi and need to face ppl everyday. kawan kawan kau akan feel weird and salu anggap kau pemalu, ada pure hearted, innoncent just sbb kau jenis tak reti nak sosial dengan orang n keep the converstion going. dan mostly kau jenis tk dak enemy sbb orang sekeliling kau tktau pun apa yg kau fikir tentang dorg. senang cerita ramai yang susah faham perangai kau dan you feel lonely. pastu kau teringin nak orang layan kau mcm manusia extrovert. dan ada jugak sesetengah manusia introvert rasa mcm benci sgt dekat diri dorg n cuba nak ubah.

lagi satu bila skrg dunia competition utk dpt kerja hebat sangat sengit. orang semua terkejar kejar scholarship, dan kau rasa kau kena ubah jdi extrovert yelah mcm mana nak pass iv scholar kalau phone call pun takut nak angkat. hahah orang extrovert mungkin tak phm knp introvert jdi mcm tu. orang extrovert akan marah bila dia call tapi kau deny n choose to text. kdg2 kawan kau akan kata "aku tepon kau angkat laa, asal payah sgt" orang introvert tak suka angkat call tambah tambah dari nomber yg tak dikenali. dia akan rasa mcm "sapa pulak call aku ni" "aku kenal ke, apa dia nak cakap heh" dan lepas 3 saat mcm tu berfikir baru kau rasa mcm nk angkat. yeah nampak tak betapa overthinkingnya seorang introvert kehkeh. utk pass scholar iv jugak, there will be group discussion yang mana kau kena interact dengan ppl so tu antara punca kenapa manusia introvert rasa mcm perlu ubah diri dia.

So mcm mana?

Aku just boleh bagi suggestion lah. sbb mcm aku cakap tadi, brain kau mmg dah wired to be introvert which is you gain bila sorg2. cuba kau perhatikan kenapa extrovert disayangi ramai (kononya) orang suka berkwan dengan manusia extrovert, orang tak pernah tinggal belakang, orang salu ingt extrovert dan kau mcm invisible je, orang akan sambut birthday extrovert dengan surprise yang wow gila tapi birthday kau org tk ingt pun. cuba fikir kenapa? mesti la jawapan dia kau tak reti sosial dengan orang, kau tak reti nk buat someone tu jadi rapat dengan kau.

manusia introvert bukan pemalu, dorg cuma rasa mcm 'tak de' benda nak cakap. tak da any particular thing to say w someone. contoh satu situasi, bila orang tanya kau "hai mcm mana test harini?" so kau akan jwb "okay jaa" then kau kriks. orang yang bertanya akan rasa sangat awkward bila kau diam dan dia akan rasa "okay dia tak nak cakap ngn aku" padahal kau just rasa mcm nk sorg2, malas nk bercakap, dan kalau nk bercakap ngn dia, kau akan rasa "aku nak cakap apa je kt dia"

manusia extrovert suka bercakap even orang tu tak tanya dia. jadi suggestion aku, kau cerita ja apa kisah kau even orang tk tanya. mungkin bagi kau, kau rasa mcm cerita kau bosan dan orang tak nak dengar pun, tapi believe me, cara ni berkesan. aku introvert aku tau la. orang tu tanya "mcm mana test harini?" instead of ckp okay ja cuba cakap "okay ja. kau tau tadi...." bila dah start sebut kau tau.. means kau dah start bercerita benda yg orang tak tanya.

Perlu ke introvert berubah jadi extrovert?

Eh aku tak cakap pun perlu. Yang aku bagi suggestion kat atas tu sebab untuk manusia yg rasa dah penat jadi introvert, teringin nak ada ramai kenalan haaa tu jaa. whether you are introvet or extrovert, you are normal. semua orang ada kelebihan dan kelemahan sendiri.


Hidup je mcm mana pun, biar la orang nak kata kau pendiam ke, atau bising sangat ke, tu sifat natural kau kan. Ada sbb kenapa Allah takdirkan your brain to be wired like that. alright.

p/s: sebenarnya i do take a test kat google to know i am introvert or extro. test menunjukkan aku ambivert. lol. tapi aku sendiri sedar walaupun ak ambivert, tapi diri aku lebih cenderung terhadap introvert. eh? mesti ramai kwan uni aku bangkang aku cakap aku cenderung kepada introvert. lol. i know time bila ak recharge okay.

No comments:

Eh? Dah baca ? Comment dulu boleh ? ^_^