11 December 2014

Result PSPM teruk ?

Assalamualaikum

Wuhuuu. Result PSPM dh keluar doe. Cehhh ayat happy je. Padahal pointer aku 3.5 pon tak lepas. Kehkeh. Okay sebenarnya post aku kali ni nak bangkitkan semangat kawan kawan aku yg result dia kurang cemerlang. Contohnya macam aku lah ye.

Aku start dengan kisah hidup aku boleh ? Kisahnyaa bermulaa... (Takpyah nak formal sgt kot?) aku ditakdirkan alhamdulillah straight A PMR time tuu, then disebabkan tuu, semua org suruh aku amek jurusan sains. Aku tak pasti aku dah buat keputusan yg salah sebab ikut kawan atau memang takdir aku ke arah sains. Disebakan bermulanya result PMR aku tulahh, sampai sekarang aku still stuck dengan subjek2 sains.
Aku tak minat kimia dan aku benci fizik. Dan aku bukan jenis otak mengira. Aku kalau bab2 sejarah, agama, ict yg tuu jaa boleh A. Otak aku otak membaca. Sejak aku terstuck dlm subjek sains masa form 4, form5 aku dah psang niat aku takkan belajar sains lepas SPM. Aku dah tanak tgk semua tuu. Aku penat sangat hadap benda yg aku benci. Tapiii. Tu lahhh mcm aku cakap. Tak pasti. Mungkin memang takdir aku dibidang sains lagi walaupun aku buat mcm2 nak lari daripada sains.
UPU aku isi dari atas sampai bawah semua asasi bukan sains. Aku tak isi diploma langsung. Sebab aku niat aku nak asasi atau matrik ja. Sumpah aku mati2 tak nak pegi matrik. Tapi tulahhh last choice yg aku ada. Aku tak dpt UPU. Mungkin sebab aku mintak asasi law dari atas sampai bawah. Aku ada cakap nak tukar akaun kat matrik. Tapi mak cakap setaun je. Sambung je sains. Nanti degree nak sambung apa semua boleh. Dan sekali lagi aku still tak boleh lari dari sains. Masa hari first orientasi, time aku perkenalkan diri. Time tu Pn Idrawati yg jaga ldk, dia tanya aku nanti degree nak sambung apa, mulut ku terkeluar satu course yg entah aku pun terkejut apa yg aku sebut."Kaunseling"
Entah. Tapi tak dak niat nak amek sains. Dan lepas result keluar semalam lagi kuat hati aku cakap jangan sambung sains dah. Sebab aku dah kata kat diri aku , kalau pointer atas 3.5 maksudnya aku akan sambung sains tapi kalau bawah dari 3.5 aku akan sambung course yg bukan sains. Tak pasti lagi apa. Aku ikut takdir. Ye aku tau, kalau kimia aku B solid bukan B minus, pointer aku akan jadi 3.5 tepat. Tapi aku tak nak sebut perkataan KALAU. Cikgu aku cakap Allah tak suka org yg sebut 'kalau'. Sebab macam kita tak redha dengan rezeki yg Allah bagi. Aku dah janji kat diri yg aku takkan persoalkan gred2 yg tertulis dekat result PSPM. Sebab semua tu ada sebab.
Aku redha dengan result aku. Sikit pun aku tak sedih. Macam mana nak tau hati redha ke tak. Bila kau tak sedih dan tak mempersoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Aku pun taktau kenapa aku tak dak rasa apa2 pun atas result aku. Mungkin sbb aku tak expect apa2. Sebab aku tau suatu hari nanti aku akan berterima kasih sebab dapat result mcmtu.
 Suatu ketika dulu, aku penah cakap "Kalau lahh semua B+ aku jadi A- aku dah dapat 8A 1B dan kemungkinan besar aku dapat asasi. Aku takkan jejak matrik".
Tapi takkk. Kau rasa asasi tu yg terbaik, tapi Allah kata TAK. Rezeki kau kat matrik. Tak semestinya kalau dapat asasi masa depan kau cerah. Allah kata matrik adalah tempat terbaik untuk kau.
Dan sekarang bila ada kat matrik aku rasa aku lah manusia paling bertuah sebab sampai sini. Sampai aku cakap "Ya Allah tima kasih sebab bagi aku 5A. Tima kasih sebab suma yg lain jadi B+. Tima kasih sebab aku tak dapat asasi. Kalau tak aku takkan jumpa budak2 ni, aku tak rasa semua ni.





Dan ditakdirkan Allah aku dapat Kelantan. Tempat yg banyak sangat kekurangan. Allah ajar kami semua belajar cintakan setiap kekurangan, tak semestinya yg sempurna tuu akan bagi kebahagian. Kepada pelajar matrik yg dapat result bawah 3.0 jangan susah hati. Tak semestinya 3.5 cgpa yg kau rasa tahap selamat tuu akan dapat U bagus2.

Ni bedasarkan pengalaman aku la. Kawan aku SPM dia 4A 3B 2C dan C dia akaun and add math. A dia pun semua A- je. Jurusan akaun pulak. Kira kalau nak banding result aku dengan dia kira berganda lagi terer ar. Tapi. Allah kata rezeki dia bukan dekat result spm tapi result upu. Kau tau dia sambung mana sekarang ? Asasi senibina UIA. See ? Rezeki Allah kita tak sangka. Jangan cakap pointer bawah 3.0 takleh pegi U bagus2, boleh jadi budak2 pointer atas 3.5 pon tak dapat apa kau dapat nanti.

Aku sangat2 benci manusia yang think negative. Taktau kenapa. Rasa mcm nak tampor jaa.
Dan paling penting jangan cemburu dengan rezeki orang! Kadang2 kita tengok kawan2 kita belajar biase je, dia makan kita makan, dia tidur kita tidur, masa dia belajar kita pun belajar. Tapi bila keluar result, perghh result gempak habis. Time tu mesti hati kata "dia ni tak belajar sangat pun tapi kenapa dia dapat result gempak."

Sila tampor muka anda. Woiii tak reti bersyukur ke ? Kita tak nampak. Mungkin rezeki dia kat pembelajaran. Dan mungkin keluarga dia tak sebahagia kita. Tak seharmoni kita. Dan mungkin dia tak sekaya kita. Tak dapat mcm apa yg kita nak. Rezeki kat mana2 wehhh. Allah dah atur rezeki masing2. Dan rezeki tu mcm2. Kita mungkin ada segala benda yg kita nak tapi mungkin dia tak penah dapat apa yg kita dapat. So kenapa kau nak mempersoalkan rezeki dia. Boleh jadi rezeki kau nanti dalam bidang pekerjaan.

Aku rasa dah penat aku bebel. Haha. Tengok aku chill je result KO. Haha. Siap pegi sana sini tanya result org padahal result mcm pfffttt. Haha. Pesanan aku satu je, yakin setiap yg Allah aturkan adalah yg terbaik. Okay.